[Aktiviti] KUALA LUMPUR, Zulhijjah 1445H – Di sepanjang bulan Zulhijjah ini, aktivitis MHTM KL telah menjalankan beberapa siri Street Dakwah mingguan disalah satu taman di Ibu kota Kuala Lumpur sempena menjayakan kempen The Power of Ummah.
Para aktivis menjelaskan kepada para pengunjung berkenaan konflik di Palestin dan keadaan politik seluruh wilayah umat Islam serta keperluan mendesak untuk mengembalikan kekuatan umat Islam di bawah satu kepimpinan yang benar.
Alhamdullilah para pengunjung memberi maklumbalas dan sokongan yang baik.








