Pencerobohan Entiti Penjenayah Yahud! di Kawasan Umat dan Pembunuhan Terhadap Putera-putera Umat ini di Ibu Kota Merupakan Kejahatan Rejim Pengecut Sebelum Kejahatan Entiti Yahud!
Dalam serangan licik yang kejam, entiti penjenayah Yahud! telah membunuh Ketua Biro Politik Hamas di Tehran, di mana Al-akh Ismail Haniyeh dibunuh pada awal pagi oleh musuh Allah, Rasul-Nya, dan umat-Nya.
Kami memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk merahmati dan mengampuni beliau, serta menempatkannya di darjat para syuhada. Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita akan kembali.
Tangan entiti terkutuk Yahud! telah merambah jauh, kerosakannya menyebar, dan kejahatannya melangkau Tanah Suci di mana penduduknya ditimpa pembunuhan, penyeksaan, dan pembantaian, yang menyebar ke seluruh penjuru. Pesawat mereka menjelajahi langit ibu kota negeri-negeri Muslim dan kota-kota mereka, membunuh sesuka hati, menghancurkan dan membakar sesuka hati, serta membunuh bila-bila masa pun mereka mahu. Tidak ada perbezaan antara Gaza dan Yaman, ataupun antara selatan Beirut dan Tehran. Pesan mereka adalah bahawa tidak ada kehormatan bagi kalian, wahai umat Islam, dalam darah dan nyawa kalian, tanah dan langit kalian, tidak ada batas yang dilindungi atau kehormatan yang mencegah. Dan memang demikianlah kenyataannya, di mana tidak ada lagi kehormatan bagi negeri Muslim mana pun yang tidak dilanggar oleh entiti ini, semua itu berlaku di bawah para penguasa yang berkhianat, bersekongkol dengan musuh, dan pengecut. Mereka telah mencapai titik di mana mereka tidak lagi peduli terhadap tanah yang dijarah, kehormatan yang dilecehkan, atau saudara dekatnya di bumi Islam yang dianiaya oleh musuh mereka. Mereka tidak lagi tergerak oleh darah suci yang tertumpah, walaupun itu adalah darah seorang tetamu yang sepatutnya berada dalam perlindungan mereka atau seorang Muslim yang berlindung dari kekejaman Yahud!.
Keadaan para penguasa, baik yang secara terbuka mengumumkan pengkhianatan dan normalisasi, atau yang mendakwa tetap teguh dan ingin melawan, pun tidak ada bezanya. Semua berada dalam keadaan diam bersetuju atau berkonspirasi, atau menjadi pengecut yang hina yang tidak berani merespon meskipun tersentuh oleh serangan, tidak menyatakan hak untuk merespons, atau gementar ketakutan terhadap kuatnya serangan balas padahal mereka sebenarnya mampu melakukannya. Manakala para musuh yang berada di bawah naungan Amerika, terus memukul dengan kekuatan yang membunuh dan menghancurkan, tanpa ada batas yang menghalang atau menghentikannya.
Apa yang dilakukan oleh entiti Yahud! hari ini membuktikan bahawa mereka adalah musuh seluruh umat, bukan hanya secara hukum tetapi juga secara fakta. Mereka telah melancarkan serangan terhadap semua orang, dan keburukan mereka tidak lagi terbatas pada Palestin dan penduduknya. Serangan mereka akan terus meningkat kecuali mereka dicabut dari akarnya, dan serangan mereka akan berlaku selagi mereka masih ada. Ini membuktikan bahawa tidak ada tanah di negeri-negeri Muslim yang aman bagi mereka, baik penduduk asal mahupun bagi saudara mereka (para pelarian). Di bawah para penguasa pengecut ini, tanah mereka akan terus dijarah, kehormatan dan martabat mereka akan terus dilanggar, darah mereka akan terus ditumpahkan, dan nyawa mereka akan terus terancam. Kekuatan umat, kemampuan, jumlah, kekayaan, dan pasukan mereka, walaupun besar jumlahnya, tidak akan membawa makna apa pun selagi sistem pengkhianatan ini terus menyekat dan mengikat mereka. Para penguasa ini tidak akan menjadi penolong atau sandaran bagi umat.
Masalah pembebasan dari para penguasa pengecut yang mengkhianati umat, agama, dan darah mereka, serta mengkhianati Allah Ta’ala dan Rasul-Nya, telah menjadi isu utama dalam setiap peristiwa, bahkan menjadi dasar dari semua bencana yang terjadi di negeri-negeri Muslim. Keberadaan seorang Imam/pemimpin/Khalifah bagi umat Muslim, yang akan menjadi pelindung dan perisai mereka, menegakkan agama dan menghidupkan jihad, melindungi negeri dan rakyat, telah menjadi keperluan yang mendesak dan kewajipan yang mesti dipenuhi.
Ketika itu terjadi, entiti Yahud! dan serangannya hanya akan menjadi biang kerosakan yang akan dihapuskan dan jejak yang akan lenyap dengan izin Allah. Allah Ta’ala berfirman:
كُلَّمَآ أَوْقَدُوا۟ نَارًا لِّلْحَرْبِ أَطْفَأَهَا ٱللَّهُ ۚ وَيَسْعَوْنَ فِى ٱلْأَرْضِ فَسَادًا ۚ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلْمُفْسِدِينَ
“…..Setiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya, dan mereka berusaha membuat kerosakan di bumi. Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan.” (TMQ Al-Maidah: 64)
Pejabat Media Hizbut Tahrir di Bumi Barakah Palestin
25 Muharram 1446H/31 Julai 2024M