Terus Suarakan Pembebasan Palestin!
Oleh: Ustaz Iwan Januar
Hari-hari terakhir dalam kehidupan Yazan Kafarneh begitu memilukan. Anak usia sepuluh tahun penderita cerebal palsy itu bak kerangka hidup. Lekukan tulang tengkoraknya begitu terlihat jelas dalam balutan kulit putihnya yang pucat. Daging di sekujur tubuhnya telah mengecil dan menyusut. Berminggu-minggu tak ada pengambilan gizi yang layak bagi anak itu untuk mempertahankan tubuhnya. Anak malang itu akhirnya tak berumur panjang. Dia meninggal dalam kelaparan yang menyeksakan.
Foto-foto Yazan Kafarneh sebelum beliau meninggal viral di banyak platform media sosial dari seluruh dunia. Para pemilik akaun itu ingin menunjukkan penderitaan penduduk Gaza. Khususnya keadaan anak-anak Gaza akibat sekatan bantuan makanan dan ubat-ubatan. Netizen ingin menggegar pintu negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat, Britain, Kanada, Perancis, Jerman yang masih terus menyokong tindakan negara Zi0nis melakukan genosid di Semenanjung Gaza. Netizen meminta mereka untuk menghentikan bantuan pada entiti Yahudi di Palestin dan menghukum negara Zi0nis tersebut.
Banyak orang di seluruh dunia sudah muak dengan kekejaman Zi0nis Yahudi. Warga di Amerika marah kerana merasa duit cukai mereka disalahgunakan pemerintah Biden untuk membayar operasi kejam genosid di Gaza. Beberapa aktivis kemanusiaan menghalang para anggota Kongres, terutama yang diketahui dekat dengan AIPAC (American Israel Public Affairs Committee/Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Israel Amerika. AIPAC adalah organisasi lobi yang membela kebijakan-kebijakan pro-Israel pada cabang-cabang legislatif dan eksekutif AS. AIPAC menggambarkan dirinya sebagai organisasi bipartisan. Rancangan undang-undang yang dilobi di Kongres sentiasa ditaja bersama oleh Parti Demokrat dan Parti Republik.
Nazisme dan genosid
Para pendukung Zi0nis Yahudi sering menjadikan cerita holocaust sebagai cara menarik simpati dunia untuk terus mendukung mereka. Mereka memunculkan opini antisemitisme atau kebencian terhadap kaum Yahudi. Kaum Zi0nis mahu agar dunia terus merasa kasihan atas derita sejarah yang dialami kaum Yahudi. Cara itu juga mereka gunapakai untuk membenarkan genosid terhadap penduduk Palestin. Frasa ’self defense’ dari serangan kaum teroris dan kelompok anti semitisme menjadi jualan kaum Zi0nis terhadap dunia.
Namun, hari ini dunia melihat tindakan entiti Yahudi mengimitasi holocaust ala Nazi Hitler terhadap warga Palestin, khususnya di Semenanjung Gaza. Memang, tidak ada bilik gas yang mematikan. Namun, serangan bom yang brutal dari berbagai artileri adalah holocaust nyata buatan Zi0nis Yahudi.
Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan dalam tempoh lima bulan sejak aksi Hamas pada tanggal 7 Oktober tahun lalu. Jumlah mangsa korban dari pihak Palestin sudah mencecah angka di atas 30 ribu nyawa. Angka ini akan terus bertambah kerana banyak mangsa korban yang masih terkubur di bawah reruntuhan.
Siapapun yang masih berakal sihat akan melihat taktik yang digunakan Zi0nis Yahudi terhadap penduduk Gaza mengarah pada genosid alias pemusnakan massa, atau juga ethnic cleansing (pembersihan etnik). Entiti Yahudi mengarahkan serangan tenteranya untuk membersihkan Semenanjung Gaza dari penduduk asal.
Negara-negara Barat seperti Presiden AS Joe Biden atau PM Kanada Justin Trudeau menolak tuduhan bahawa telah terjadi tindakan genosid oleh pihak Zi0nis. Namun, banyak bukti kuat menunjukkan bahawa yang terjadi di Gaza adalah tindakan pemusnahan massa penduduknya.
Pertama: Ada seruan dari para rabai Yahudi dan beberapa pegawai pemerintahan Zi0nis untuk melakukan pembunuhan terhadap setiap penduduk Gaza, termasuk ibu-ibu dan kanak-kanak. Pada bulan Mac Ketua Jabatan Keagamaan Yeshiva “Shirat Moshe” di Jaffa, Rabai Eliyahu Mali, meminta murid-muridnya yang bertugas di Pasukan Pendudukan Israel (IDF) untuk membunuh semua orang di Gaza. Dia menyatakan, “Menurut undang-undang Yahudi, semua penduduk Gaza mesti dibunuh. Pembunuhan massa penduduk Palestin di Semenanjung Gaza diizinkan berdasarkan prinsip halakhic (Halakha),” tambahnya. Mali juga menjawab ia tidak memandang siapakah mangsa korban itu, baik bayi atau warga tua, semuanya sama sahaja.
Kedua: Tentera Yahudi membantai siapa saja dari kalangan penduduk Gaza; anak-anak dan kaum perempuan, orang tua. Beberapa video yang terakam menunjukkan seorang ibu dan anaknya yang masih kecil menjadi sasaran sniper Zi0nis. Dalam video lain empat orang anak muda yang sedang berjalan tanpa senjata menemui ajal dengan cara dibom oleh tentera Zi0nis.
Serangan artileri juga sengaja diarahkan pada kerumunan penduduk seperti yang sedang membeli makanan di kedai roti, menunggu bantuan trak makanan, dan sebagainya. Ini menandakan bahawa Zi0nis Yahudi mensasarkan ethnic cleansing, pembersihan Semenanjung Gaza dari penduduknya.
Ketiga: Tentera Zi0nis juga menggunakan senjata berat bahkan terlarang dalam berbagai serangan ke Semenanjung Gaza. Dengan begitu jumlah korban yang jatuh menjadi besar dan memberikan impak kerosakan yang dahsyat pada berbagai bangunan di kawasan Gaza. Di bahagian utara Semenanjung Gaza hanya tinggal 25 peratus bangunan dan menjadi tempat ribuan penduduknya mengungsi.
Diterbitkan oleh Pejabat Berita Anadolu Ajans yang bermarkas di Turki, pihak pasukan Israel telah menjatuhkan 18000 tan bom di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober. Bom-bom itu disebut lebih dahsyat dibandingkan dengan ’Bom Hiroshima’. Seorang pegawai di wilayah yang dikepung menyebut bom yang dijatuhkan sekitar 1.5 kali ganda kekuatan ledakan bom yang dijatuhkan di Hiroshima, Jepun, pada Perang Dunia II. Tentera Zi0nis juga menggunakan bom fosforus putih yang sebenarnya telah dilarang penggunaannya oleh PBB kerana kesan yang dihidap oleh mangsa begitu mengerikan.
Keempat: Sasaran pemusnahan massa makin terlihat dengan taktik Zi0nis menghancurkan fasiliti kesihatan, seperti klinik dan hospital, termasuk membunuh para doktor dan tim pegawai perubatan. PBB melaporkan pasukan Yahudi telah menghentam sebanyak 94 kemudahan kesihatan, termasuk 79 ambulan, serta menghancurkan 26 dari 36 hospital di Gaza. MER-C Indonesia melaporkan hanya 10% fasiliti kesihatan yang masih boleh beroperasi di sana. Beberapa pesakit meninggal kerana ketiadaan hospital dan ubat-ubatan. Beberapa pembedahan pesakit dilakukan tanpa ubat bius.
Kelima: Zi0nis menggunakan taktik menciptakan kelaparan massa di kawasan Gaza. Mereka menyekat dan menyerang berbagai kiriman bantuan ke Gaza. Akibatnya, penduduk Gaza kehilangan bekalan elektrik, air bersih, makanan dan ubat-ubatan. Beberapa akaun media sosial melaporkan bahawa tidak sedikit penduduk yang terpaksa memakan rumput untuk terus bertahan. Cara ini akan membunuh penduduk Gaza secara perlahan. Sekarang ada 800 ribu penduduk Gaza terancam kelaparan. Sudah ada lebih 30 anak yang meninggal disebabkan kelaparan yang dahsyat.
Apa yang dilakukan Zi0nis Yahudi adalah praktik Nazisme. Memusnahkan satu kaum dengan cara barbarik. Tidak ada bezanya Netanyahu dengan Hitler. Para rabai yahudi beserta komandan IDF adalah pasukan SS yang membantai penduduk Gaza tanpa belas kasihan.
Berharap Pada Barat?
Krisis yang terjadi di Gaza menyebabkan sebahagian besar umat Islam masih ragu-ragu dalam bersikap. Di satu sisi mereka begitu marah kepada entiti Yahudi dan rasa simpati luar biasa pada penduduk Gaza. Namun, di sisi lain ada sebahagian dari umat masih berharap pada negara-negara Barat, juga badan antarabangsa seperti PBB dan International Court of Justice (ICJ), dapat menghentikan kekejaman Zi0nis Yahudi. Ada juga sebahagian dari mereka yang masih berharap para penguasa Arab dan Dunia Islam dapat turun ke lapangan menghentikan kegansan brutal terhadap Muslim Gaza.
Sikap ragu-ragu ini muncul kerana ketidak-jernihan melihat krisis Gaza dan Palestin. Terlihat dari masih adanya seruan pengakuan dua negara dalam satu wilayah (two states solution). Juga ketidak-cermatan dalam melihat kedudukan negara-negara Barat serta semua institusi antarabangsa hasil bentukan Barat. Yang paling parah adalah kekeliruan memandang krisis Gaza dari sudut pandang hukum syariah.
Sepatutnya krisis besar di Gaza, bahkan sejak pendudukan Palestin oleh entiti Yahudi, menyedarkan umat bahawa semua yang berlaku ini telah dirancang dengan terperinci oleh Barat. Britain sebagai bidan yang melahirkan negara Zi0nis dan meruntuhkan perisai pelindung umat, Khilafah Islamiyah, telah meninggalkan serangkaian rancangan politik yang busuk di Dunia Islam.
Krisis ini sepatutnya juga membangunkan umat dari tidur mereka bahawa tidak mungkin—bahkan haram hukumnya—menyandarkan nasib mereka pada negara-negara Barat. Faktanya, negara-negara Barat adalah pihak yang berada di belakang pembantaian Muslim Gaza. Keganasan brutal Zi0nis didanai oleh mereka dan dipersenjatai oleh senjata buatan mereka. Di tengah genosid yang begitu vulgar di depan mata, pemerintah AS menyetujui bantuan tentera sebesar RM1.3 bilion untuk negara Zi0nis. Tentera Yahudi juga terbukti menggunakan bom berjenis Joint Direct Attack Munitions (JDAM) buatan perusahaan senjata Boeing asal AS.
Kekejaman di Gaza juga semakin menonjolkan sikap hipokrit negara-negara Barat. Mereka merespon keras serangan Rusia ke atas Ukraine. Mereka bahkan mencurahkan bantuan wang, senjata dan pasukan untuk Zelensky. Semua itu dengan alasan untuk membela diri. Namun, mereka membiarkan penduduk Gaza dihancurkan oleh mesin perang yang justeru datang dari Barat.
Beberapa negara Barat seperti AS, Britain dan Kanada—sekurangnya 18 negara bersama Uni Eropah—menghentikan bantuan kewangan bagi Badan Bantuan PBB untuk pengungsi Palestin atau United Nations Relief and Work Agency for Palestine Refugees in Near East (UNRWA). Negara penderma itu menerima begitu saja tuduhan tentera Zi0nis bahawa beberapa staf UNWRA terlibat dengan gerakan Hamas. Tuduhan ini sangat tidak masuk akal.
PBB, melalui Sekretariat Jeneral Antonio Guterres, sudah angkat tangan. Dia menyatakan bahawa PBB tidak sanggup menghentikan keganasan entiti Yahudi dan menyerukan kepada mereka “yang berkuasa untuk melakukan hal itu.”
Sementara itu, para penguasa Arab dan Dunia Islam hanyalah hero podium. Bahkan sebahagiannya secara terang-terangan menempatkan diri mereka sebagai anjing-anjing penjaga kepentingan AS dan negara Zi0nis. Beberapa penguasa Muslim masih terus menjalin kerjasama dan hubungan perdagangan dengan negara Yahudi. Erdogan, yang sering dihormati sebagai pemimpin Muslim berintegriti, faktanya tidak pernah menghentikan kebijakan perdagangan negaranya dengan negara Yahudi. Bahkan menurut data dari Turkish Statistical Insitute (TUIK) pada bulan Januari 2024, Turki menjual persenjataan ke negara Zi0nis seperti; bahan peledak, zat-zat mudah terbakar, peluru, persenjataan dan alat gantinya (spare parts). Bukankah ini juga pengkhianatan besar terhadap Muslim Gaza?
Tentera dan Khilafah
Tidak ada solusi yang tepat dan selaras dengan hukum syariah untuk menyelesaikan krisis Gaza melainkan dengan mengirimkan pasukan tentera untuk menghentikan keganasan puak Zi0nis. Hukum syariah tentang hal ini telah jelas. Gaza memerlukan operasi tentera, bukan sekadar bantuan logistik, termasuk makanan dan ubat-ubatan. Serangan tentera tidak boleh dilawan dengan gandum dan minyak samin, tetapi perlu dengan kekuatan tentera pula. Allah SWT telah berfirman:
وَقَٰتِلُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ ٱلَّذِينَ يُقَٰتِلُونَكُمۡ وَلَا تَعۡتَدُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُعۡتَدِينَ ١٩٠
“Perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kalian, (tetapi) janganlah kalian melampaui batas, kerana sungguh Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas (TMQ al-Baqarah [2]: 190).
Selain itu, semua bentuk kerjasama dengan negara Zi0nis mesti dihentikan. Termasuk sekatan laluan udara, darat dan laut yang menjadi laluan transportasi menuju dan dari negara Yahudi tersebut. Faktanya, negara Zi0nis adalah negara lemah yang amat bergantung pada bekalan-bekalan dari negara-negara kelilingnya. Memutus semua bentuk hubungan perdagangan dan laluan transportasi akan mengisolasi negara Zi0nis dan membuatkan mereka kehilangan bekalan pendukungnya.
Akan tetapi, semua itu tidak mungkin dapat dilakukan oleh tangan kotor para penguasa Muslim hari ini yang berlumuran darah umat. Tidak mungkin para penguasa boneka itu melawan dalang yang menggerakkan dan yang memberi mereka kekuasaan. Para penguasa itu berdiri di atas kekuasaan semu tanpa dukungan rakyat.
Umat memerlukan institusi yang bersih dari campur tangan asing. Itulah institusi dan kepemimpinan yang berkhidmat pada umat atas titah Allah SWT dengan melaksanakan hukum syariah. Itulah Khilafah Islamiyah yang wajib ditegakkan oleh umat. Eksistensi Khilafah, bahkan pada masa kemundurannya, terbukti masih mampu melindungi tanah dan warga Palestin. Apalagi jika berdiri dengan kekuatan penuh, Khilafah akan menjadi perisai yang kuat sebagai pelindung umat.
Ketika sebahagian Muslim skeptikal dengan Khilafah, justeru umat hendaklah semakin terbuka dan sedar bahawa seluruh krisis yang terjadi pangkalnya adalah kerana hilangnya pelindung umat ini. Tidak ada kepemimpinan dan institusi yang sanggup melawan, menghentikan, seterusnya mengusir keganasan tentera terhadap negeri-negeri Muslim selain Khilafah.
Negara Zi0nis boleh wujud kerana dilindungi oleh negara-negara Barat. Umat juga memerlukan pelindung yang jauh lebih kuat dan sudah ditetapkan oleh syariah. Tidak ada alasan mencari solusi krisis Gaza pada negara-negara Barat, PBB, ataupun para pemimpin Arab dan Dunia Islam. Umat perlu berdiri di atas kaki sendiri dengan kekuasaan yang sah secara hukum syariah. Itulah Khilafah.
WalLaahu ta’ala a’lam bi ash-shawaab.
Sumber: Alwaie