Rencana Amerika ke atas Gaza Pasca Perang
Perang genosid telah dilancarkan oleh entiti Yahudi terhadap warga Gaza. Perang ini didukung penuh oleh Amerika dan Barat yang jahat. Perang ini telah berlangsung hampir satu tahun. Mangsa yang terkorban telah melebihi seratus ribu, mencakupi yang syahid dan yang tercedera. Ditambah penghancuran sebahagian besar bangunannya.
Seiring dengan itu banyak pembicaraan tentang projek solusi untuk pasca Perang Gaza, juga perkaranya akan menjadi seperti apa secara politik. Tentu sesuai dengan rencana negara-negara imperialis, terutamanya Amerika. Apakah kemungkinan-kemungkinan yang bakal terjadi dari rencana-rencana dan solusi-solusi ini? Bagaimana pula solusinya yang sahih?
Rencana Amerika dan entiti Yahudi pasca berhentinya Perang Gaza adalah sebagai berikut:
Pertama: Penyerahan Semenanjung Gaza kepada Pemerintah Palestin dalam kerangka solusi dua negara. Solusi ini yang dituntut oleh Amerika Syarikat secara verbal, tetapi tidak secara benar, yakni sebagai permainan kata-kata semata. Biden mahu Palestin menjadi negara yang dilucutkan senjatanya (terdemiliterisasi). Ertinya, bukan sebagai negara yang memiliki kedaulatan. Presiden AS, Joe Biden, mengatakan bahawa dia telah membahas masalah solusi dua negara dengan Perdana Menteri (Israel) Benjamin Netanyahu. Perdana Menteri (Israel) Benjamin Netanyahu tidak keberatan dengan solusi ini. Namun demikian, entiti Yahudi tidak setuju bahkan terhadap rencana Amerika tersebut. Bagaimanapun, solusi dua negara yang diusulkan oleh pemerintahan Amerika tidak dapat dilaksanakan tanpa perintah serius dari Amerika.
Pemerintahan Biden tidak memberikan tekanan kepada Netanyahu dan pemerintahannya. Ini disebabkan oleh Pemilihan Umum Presiden Amerika yang akan datang. Jelas kerana Biden memerlukan suara orang-orang Yahudi dalam pilihanraya, juga wang dan lobi Yahudi untuk kempen pilihan raya. Terutamanya kerana saingannya adalah Trump, yang sangat mendukung entiti Yahudi.
Eropah dan Britain jelas mengikuti langkah Amerika.
Adapun tuntutan para penguasa di negeri-negeri kaum Muslim dengan solusi dua negara, itu merupakan pengkhianatan yang tidak melebihi apa yang dikatakan Amerika dalam formula negara Palestin yang terdemiliterisasi tanpa kedaulatan. Ertinya, Palestin yang lebih kepada pemerintahan autonomi!
Kedua: Pendudukan kembali entiti Yahudi atas Semenanjung Gaza. Baik Amerika mahupun orang Yahudi umumnya tidak mendukung pendapat ini. Hal itu kerana pendudukan kembali secara ketenteraan terhadap Gaza akan menimbulkan beban-beban bagi entiti Yahudi dan kerugian secara militer dan ekonomi.
Ketiga: Penerusan kawalan Hamas atas Gaza. Amerika, Eropah dan entiti Yahudi tidak mahu Hamas terus bertahan di tampuk kekuasaan di Gaza. Sebab, mereka percaya bahawa hal itu akan menyebabkan berulangnya serangan 7 Oktober.
Keempat: Pasifikasi keamanan di Semenanjung Gaza dari tentera entiti Yahudi ke pasukan antarabangsa. Di antara perkara yang sedang dikaji, khususnya oleh sebahagian ahli politik Amerika, adalah adanya pasukan antarabangsa di Gaza yang berasal dari negara-negara Arab dan negara lainnya.
Kelima: Penyerahan pengurusan awam di Gaza kepada orang-orang Palestin tanpa disatukan dengan Tebing Barat. Namun, entiti Yahudi akan bertanggungjawab atas keamanan sebagaimana keadaan di Tebing Barat. Rencana yang disampaikan oleh Benjamin Netanyahu kepada anggota pemerintahannya mencakupi beberapa rincian mengenai masa depan Semenanjung Gaza. Salah satu ciri terpentingnya dalam bidang keamanan adalah: (Israel) mempunyai kebebasan untuk melakukan tindakan ketenteraan dan keamanan di seluruh wilayah Semenanjung Gaza tanpa batasan waktu, sambil membangun garis keamanan di dalam Semenanjung Gaza sepanjang perbatasannya dengan Palestin yang diduduki pada tahun 1948. Selain itu, (Israel) melucuti senjata dari Semenanjung Gaza, juga melucutkan semua kemampuan ketenteraannya, kecuali apa yang diperlukan untuk menjaga keamanan awam.
Keenam: Dengan mempelajari kemungkinan-kemungkinan sebelumnya dari rencana-rencana Amerika dan Yahudi, yang paling kuat dari apa yang mereka rencanakan untuk dilaksanakan adalah apa yang disebutkan dalam poin (5) di atas: tanpa menyatukan Gaza dengan Tebing Barat. Namun, prosedur keamanan dan ketenteraan di dalam Gaza dan Tebing Barat adalah serupa, iaitu (Israel) mempunyai kebebasan melakukan tindakan ketenteraan dan keamanan di seluruh wilayah Semenanjung Gaza tanpa batasan waktu. Hal ini terutamanya kerana orang-orang Yahudi juga menerapkan rencana yang sama di Tebing Barat. Dilaporkan bahawa Netanyahu menyampaikan rencana ini kepada para pegawai Amerika dan nampaknya telah mendapat persetujuan mereka. “Didakwa Netanyahu memastikan bahawa rencana yang dia siapkan bertepatan dengan rencana Amerika untuk solusi tetap di Timur Tengah, juga bahawa telah dilakukan perbincangan dengan Amerika tentang rencana tersebut melalui Menteri Urusan Strategi Ron Dermer, anggota kabinet kecil perang (Israel), yang memiliki hubungan rapat dengan Washington.” (NTV, 31/01/2024).
Ertinya, Amerika telah mengetahui rencana Netanyahu sebelumnya.
Adapun apa yang diulang-ulang oleh Biden tentang solusi dua negara maka itu tidak banyak berbeza. Ini seperti yang ada di pernyataannya sebelumnya di poin (1) iaitu: Biden, dalam pernyataannya kepada para wartawan, menambahkan bahawa ada beberapa model untuk solusi dua negara. Dia merujuk pada fakta bahawa ada beberapa negara di PBB yang tidak memiliki angkatan bersenjata sendiri (Al-Jazeera, 04/01/2024).
Jadi dia merujuk pada pelucutan senjata negara-negara tersebut. Menurunya, tidak ada halangan solusi dua negara itu didahului oleh masa transisi seperti dalam pernyataannya di poin (2), “Sekarang, kenyataannya adalah mungkin diperlukan masa transisi pada akhir konflik.” (Al-Hurra, 08/11/2023).
Solusi Syarie yang Wajib Dilakukan
Pertama: Dari pemerhatian atas apa yang terdahulu, jelaslah dari rencana-rencana Amerika dan negara Yahudi bahawa mereka merancang untuk menjadikan Tebing Barat dan Gaza sebagai kawasan yang akan dilucutkan persenjataannya (terdemiliterisasi) dan kedaulatan keamanan di situ akan menjadi milik Yahudi. Boleh saja hal tersebut berada di bawah apa yang disebut dengan satu negara di Tebing Barat dan Gaza. Ertinya, dengan menggabungkan keduanya. Meskipun ini terjadi dalam beberapa tahap seperti yang diinginkan Amerika, yakni Tebing Barat tetap terpisah dari Gaza dalam masa transisi. Baru setelah itu Gaza digabungkan ke Tebing Barat tanpa kekuatan ketenteraan. Boleh juga seperti yang diinginkan oleh negara Yahudi, Gaza dari awal hingga akhir tetap terpisah dari Tebing Barat. Keduanya tanpa kekuatan tentera. Kedaulatan sebenar keduanya tetap milik entiti Yahudi.
Jelas dari hal itu bahawa apa yang direncanakan oleh Amerika dan Yahudi adalah racun mematikan. Itu merupakan pengkhianatan kepada Allah, Rasul-Nya dan kaum Mukmin.
Tentu tidak hairan entiti Yahudi dan Amerika merencanakan hal itu kerana mereka adalah musuh. Yang aneh adalah tidak ada satu pun penguasa di negeri-negeri kaum Muslim, terutama yang berada di sekitar Palestin, yang mengambil inisiatif menggerakkan pasukannya untuk menolong Gaza, penduduk Gaza, Al-Aqsa, dan sekitarnya. Tak ada satu pun dari mereka yang berusaha melenyapkan entiti Yahudi dari akarnya dan kemudian mengembalikan seluruh Palestin kepada warganya. Bukankah orang yang menduduki negeri kaum Muslim dan mengusir penduduknya layak diperangi oleh tentera kaum Muslim dan diusir dari sana sebagaimana mereka mengusir penduduknya? (Lihat: TMQ al-Baqarah [2]: 191).
Lalu bagaimana mungkin para penguasa itu tidak memahami hal itu?! Jelas, kesengsaraan mereka telah menguasai mereka, kerana para penguasa patuh berada di bawah ketiak kaum kafir penjajah, khususnya Amerika. Mereka tidak menolak permintaan kaum kafir penjajah itu untuk mempertahankan kerusi mereka yang kosong. Allah SWT berfirman (yang ertinya): „Mereka dilaknat oleh Allah. Bagaimana mereka sampai berpaling?“ (TMQ at-Taubah [9]: 30).
Kedua: Perang ini telah menyingkap dua hal penting:
- Lemahnya Yahudi dan kerendahan mereka sebagaimana yang Allah sebutkan di dalam Kitab-Nya (yang maksudnya): “Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang pada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia” (TMQ Ali Imran [3]: 112). Mereka telah memutus tali Allah setelah para nabi mereka. Tidak tinggal untuk mereka kecuali tali manusia, Amerika dan para pengikutnya. Kaum yang begini keadaannya bukanlah ahli perang atau layak mendapat kemenangan.
- Pengkhianatan para penguasa di negeri kaum Muslim. Mereka memerhati apa yang terjadi. Namun, yang paling baik jalannya dari mereka adalah yang menghitung syuhada dan mangsa terluka. Mereka tuli, bisu dan buta. kerana itu tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar) (TMQ al-Baqarah [2]: 18).
Kedua hal ini sepatutnya mendorong orang-orang mukhlish di antara pemilik kekuatan (ahlu al-quwwah) di dalam pasukan kaum Muslim untuk mendeklarasikan mobilisasi umum. Tujuannya untuk menunaikan kewajipan dari Allah dengan memerangi orang-orang Yahudi yang menduduki Palestin. Allah SWT berfirman (yang maksudnya): ”Janganlah kalian berhati lemah dalam mengejar mereka (musuh kalian). Jika kalian menderita kesakitan, sungguh mereka pun menderita kesakitan, sebagaimana kalian derita, sedangkan kalian mengharap dari Allah apa yang tidak mereka harapkan“. (TMQ an-Nisa’ [4]: 104).
Begitulah. Kalian lenyapkan entiti mereka. Mereka itu lebih rendah bagi Allah untuk mereka meraih kemenangan di dalam peperangan. Berikutnya akan terealisasi janji Allah SWT (yang maksudnya): “Jika datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (Kami mendatangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kalian dan mereka masuk ke dalam masjid, sebagaimana musuh-musuh kalian memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai“. (TMQ al-Isra’ [17]: 7).
Kerana itu bersegeralah menolong saudara-saudara kalian di Gaza. Jika rejim diktator yang wujud di negeri kaum Muslim menghalangi kalian maka tentanglah mereka secara total. Lalu tegakkanlah hukum Allah pada kedudukannya, Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian. Ini sebagai realisasi untuk khabar gembira Rasulullah saw.: “Lalu ada kekuasaan diktator dan akan tetap ada sesuai kehendak Allah. Kemudian Dia mengangkat kekuasaan itu jika Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Selanjutnya akan ada Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian.” Kemudian beliau diam. (Musnad Imam Ahmad).
Ketika itu, Khalifah, para mu’awwin-nya dan para tentera Islam dari pangkat paling tinggi sampai paling rendah akan terus berpindah dari satu kemenangan ke kemenangan yang lain. Mereka melaungkan takbir. Umat juga melaungkan takbir bersama mereka. Mereka kuat dengan Rabb mereka dan mulia dengan agama mereka. Dengan itu musuh tidak berani lagi untuk mewujudkan entiti di bumi Islam. Allah SWT berfirman (yang ertinya): ”Pada hari itu bergembiralah orang-orang yang beriman kerana pertolongan Allah. Dia menolong siapa yang Dia kehendaki dan Dia Maha perkasa lagi Maha Penyayang”. (TMQ ar-Rum [30]: 4-5). []
[Dinukil dari Soal-Jawab Amir Hizbut Tahrir, 12 Ramadhan 1445 H/22 Mac 2024 M]
Sumber:
Https://www.hizb-ut-tahrir.info/ar/index.php/ameer/political-questions/94612.html