PERJUANGAN UNTUK PALESTIN – BAHAGIAN 1
INTIPATI PERJUANGAN.
BAGAIMANA PENDUDUKAN INI BERLAKU?
1. APAKAH INTIPATI PERJUANGAN PALESTIN?
Berdasarkan Jurisprudens Islam, Palestin diklasifikasikan sebagai tanah Islam. Ia dibuka oleh Khalifah kedua, Umar bin Al- Khattab (ra). Makna penting dari hal ini adalah umat dilarang menyerahkan tanah tersebut kepada bangsa lain. Jika Ummah kehilangan tanahnya, maka menjadi kewajipan ke atasnya untuk kembali bertanggungjawab ke atas tanah tersebut, dan menegakkan semula agama Allah (swt) yang adil. Allah swt berfirman:
“…dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman.“ (TMQ An-Nisaa’ [4]:141)
Palestin telah diduduki oleh British semasa Perang Dunia I dan kemudiannya diserahkan kepada Zionis untuk membentuk tanah air Yahudi selepas Perang Dunia Kedua.
Pembentukan entiti pendudukan tersebut berlaku melalui pembunuhan besar-besaran, pengusiran dan pemindahan secara paksa terhadap sebahagian besar penduduk Palestin.
Pendudukan Palestin tidak pernah diterima, begitu juga penyerahannya sebagai tanah air Yahudi. Manakala usaha-usaha penentangan yang bertujuan untuk mengubah kembali pendudukan ini (kepada status asal tanah Palestin) masih berlanjutan hingga ke hari ini.