[Ath-Thariq] Beberapa Konsep Sosialisme (Bahagian 2/3)
Penulis: Syekh Ahmad Athiyat
[Konsep Marxisme tentang Asas Ekonomi] Marxisme memiliki pandangan bahawa faktor ekonomi merupakan faktor yang paling penting dalam menentukan bentuk masyarakat. Bahawasanya perubahan silih berganti yang menimpa sistem-sistem yang ada sebenarnya semua itu kembali pada satu sebab, yakni perjuangan kelas dalam masyarakat untuk memperbaiki keadaannya yang bersifat material.
Kami telah menjelaskan dalam konsep sosialisme tentang masyarakat dan kami sebutkan di sana bahawa seluruh aliran sosialisme bersepakat menetapkan adanya permasalahan ekonomi itu adalah akibat dari adanya kepemilikan. Kami jelaskan juga bahawa konsep ini sangat bertentangan dengan fitrah manusia.
Dalam pembahasan ini, secara lebih jelas, kami akan cuba menjelaskan kerosakan asas yang menjadi tempat berpijak pandangan Marxisme tentang ekonomi atau problematik ekonomi. Untuk memudahkan pembahasan ini, kami berusaha untuk memberikan penerangan yang boleh menjelaskan kerosakan konsep terpenting Marxisme dalam masalah ekonomi ini.
Pertama, persamaan praktik (real) di antara individu.
Walaupun banyak perbezaan pendapat dalam aliran-aliran sosialisme yang ada, mereka tetap menyepakati pentingnya keberadaan persamaan di antara individu secara praktik, baik persamaan itu berkaitan dengan keuntungan, cara-cara produksi, ataupun persamaan secara mutlak.
Adapun realiti yang ada “bahawasanya kerosakan idea persamaan dengan segala corak dan bentuknya hanya menampakkan kemustahilan dapat terealisasinya idea tersebut.” Seandainya kita boleh menerima alasan bahawa boleh saja semua orang diberi dengan kuantiti dan jumlah yang sama, tetapi adakah mungkin memaksa semua orang untuk menggunakan sesuatu dengan kuantiti yang sama pula?
Atau dengan ungkapan lain adakah mungkin memaksa seseorang untuk memakan lima keping roti, sedangkan dia merasa kenyang setelah memakan dua atau tiga keping saja? Tentu saja tidak mungkin, dan ketidakmungkinan ini akan mengembalikan tahap kepemilikan sebagaimana semula.
Seandainya setiap hari kita memberikan lima dinar pada setiap orang, maka sebahagian mereka akan menggunakannya dan memerlukan tambahan kerana merasa kurang, sedangkan sebahagian lagi akan mempergunakan sebahagian saja dari wangnya itu dan menyimpan bakinya. Hal ini akan mengakibatkan jurang perbezaan yang cukup besar dalam kepemilikan manusia, begitu seterusnya. Oleh kerana itu, adalah sesuatu yang mustahil realisasi persamaan secara praktis tersebut.
Kedua, pertentangan kelas dan perubahan masyarakat.
Adapun berkaitan dengan pernyataan mereka bahawa pergantian dan perubahan sistem masyarakat hanya timbul akibat pertentangan kelas dalam rangka memperbaiki keadaan material mereka, maka pernyataan seperti ini merupakan pernyataan yang keliru, menyalahi realiti, dan dibangun di atas hipotesis-hipotesis yang bersifat teori. Kekeliruan idea ini telah terbukti berdasarkan sejarah dan realiti yang ada.
Ditinjau dari segi sejarah, bahawasanya Rusia sendiri belum berpindah ke tahap sosialisme yang sesuai dengan perjuangan kelas atau hasil evolusi material. Hal seperti itu disimpulkan—yang ia tak berubah sepanjang sejarah—apabila dikaitkan dengan revolusi berdarah yang dilakukan kelompok yang memanfaatkan kelemahan sistem yang ada, lalu kelompok tersebut mengambil alih pemerintahan, dan mula menerapkan idea-ideanya dengan kekerasan dan penindasan.
Begitu juga yang terjadi di Republik Rakyat Cina, realiti yang sama di Jerman Timur dan negara-negara Eropah Timur serta penerapan sistem sosialisme di negara-negara tersebut—setelah dikuasai oleh Rusia—bukanlah hasil dari perjuangan kelas tersebut. Sedangkan berkaitan dengan Hungaria, Cekoslovakia, Yugoslavia, dan terakhir Afghanistan, maka sesungguhnya tercapainya sosialisme tidak terjadi sebagai hasil perjuangan kelas, sosialisme hanya terjadi kerana peperangan yang mempergunakan roket, meriam, dan kereta kebal.
Konsep Sosialisme tentang Akal dan Proses Berfikir
Meskipun berbagai upaya para penganut komunisme merupakan upaya yang minimal dan tidak berguna, yang mengangkat mereka hingga batas pandangan sekalipun, tetapi upaya-upaya itu keliru dalam memandang akal dan proses berfikir. Kekeliruan itu sebahagian besar disebabkan oleh kebulatan tekad mereka untuk memegang teguh idea pengingkaran atas keberadaan Pencipta.
Pemikiran tersebut membawa mereka pada pengingkaran unsur mendasar dalam proses berfikir, yakni perlu adanya informasi awal (al-ma’lumat al-sabiqah). Pengakuan akan adanya informasi awal ini akan merupakan pengakuan akan adanya Pencipta kerana pertanyaan tentang informasi awal yang ada pada diri manusia pertama akan membawa pada kesimpulan adanya Pencipta.
Dalam pembahasan tentang realiti berfikir (al-aql), para penganut sosialisme telah sampai pada tiga dari empat unsur pokok proses berfikir. Mereka mengingkari syarat yang keempat, iaitu mereka mengatakan bahawa proses berfikir itu boleh terjadi secara sempurna dengan adanya pemindahan realiti yang dilakukan oleh indera ke otak. Dengan kata lain, bahawa proses berfikir itu sempurna dengan adanya realiti yang sedang difikirkan, dan pemindahan (transformasi) realiti yang dilakukan indera ke otak yang layak (sihat) untuk berfikir, atau ringkasnya proses berfikir itu terjadi dengan adanya realiti (al-waqi’), indra (al-ihsas), dan otak (ad-dimagh) yang layak digunakan untuk menghubungkan berbagai informasi yang ada.
Akan tetapi, mereka lebih memilih menggunakan istilah refleksi realiti ke otak daripada memilih istilah yang benar, yakni transformasi realiti yang dilakukan indera ke otak. Sedangkan sebenarnya tidak ada refleksi secara mutlak, baik dalam realiti (al-waqi’) ataupun dalam otak (al-dimagh) kerana refleksi itu memerlukan material (substansi) yang menerima pantulan tersebut sebagaimana hal itu terjadi pada cermin dan sinar.
Sebenarnya mereka tidak bermaksud menggunakan istilah refleksi untuk makna ini, walaupun mereka mengatakannya secara jelas. Hal itu tiada lain kerana adanya teks-teks yang jelas dari mereka yang mempergunakan istilah pertama (transformasi).
Berdasarkan hal ini, maka kata “refleksi” yang mereka gunakan—padahal mereka menghendaki istilah pemindahan realiti oleh indera atau penginderaan—tiada lain menunjukkan ketersesatan yang begitu jauh yang terjadi pada mereka yang sangat genius ini. Hal itu menunjukkan bahawa ketelitian dalam menggunakan kata, istilah, dan pemikiran termasuk ciri terpenting dari seorang intelek yang menyedari dan memahami makna dari apa yang dikatakannya.
Sebelum kita memberikan sanggahan atas konsep Marxisme tentang akal, akan kami cantumkan beberapa teks yang lebih menjelaskan konsep-konsep mereka tentang akal tersebut, baik pernyataan mereka yang menggunakan istilah refleksi (al-in’ikas) ataupun transformasi/penginderaan (al-ihsas).
Marx telah berkata, “Gerak berfikir tiada lain hanyalah refleksi saja atas gerak fakta yang dipindahkan ke dalam otak manusia.”
Lenin berkata, “Jika ada beberapa perbezaan dalam pemikiran manusia, hal itu tiada lain kerana realiti yang dipantulkan (direfleksikan) oleh pemikiran kita mengandungi beberapa perbezaan/pertentangan, perdebatan tentang sesuatu mengakibatkan perdebatan dalam pemikiran, bukan sebaliknya.”
Mao Zedong berkata, “Sesungguhnya sumber segala pengetahuan memungkinkan untuk anggota pancaindera dalam diri manusia untuk mengindera alam objektif yang melingkupinya.”
Georges Politzer berkata, “Akan tetapi, apakah sebenarnya yang menjadi titik awal dalam perasaan atau pemikiran, tiada lain itulah penginderaan. Dengan demikian, pendapat Marxisme memberi pengertian bahawa apa yang ada dalam perasaan kita itu tidak memiliki sumber kecuali bahagian-bahagian objektif yang disodorkan berbagai faktor luar yang ada di sekeliling kita dan menjadikan kita boleh menginderanya, penginderaan inilah yang menjadi intinya.”
Dari beberapa pernyataan ini begitu jelas bahawa pendapat para penganut komunisme tentang akal atau proses berfikir adalah bahawasanya akal itu merupakan ungkapan tentang penginderaan atas realiti dan pemantulannya atau perpindahannya ke otak. Walaupun begitu, teori ini sebenarnya bukanlah ciptaan penganut komunisme sepenuhnya, kerana banyak kaum intelektual yang mendahului mereka—menciptakan teori ini—seperti John Locke yang dianggap sebagai penemu pertama teori empirisme tersebut, George Berkeley, David Hume, dan para penganut teori intuisi seperti Rene Descartes.
Berkembangnya para penganut komunisme dengan teori ini tiada lain kerana kristalisasi mereka akan peranan otak dalam proses berfikir. Mereka menjadikan teori ini (empirisme) sebagai salah satu asas tempat berpijak pemahaman mereka tentang proses berfikir.
Penjelasan tentang kerosakan teori ini tampak sangat jelas ketika kita mengamati proses berfikir apa pun secara mendalam. Seandainya kita mengambil seseorang dan memintanya untuk menghukumi dan memahami sebuah realiti dari sesuatu yang tidak pernah dia ketahui sebelumnya, maka orang tersebut pasti tidak akan pernah mengetahui realiti sesuatu itu. Hal itu tiada lain kerana penginderaan tidak akan menghasilkan pemikiran secara mutlak, tanpa adanya informasi awal.
Contoh yang paling jelas tentang hal ini adalah anak kecil. Seandainya kita membawa seorang anak yang belum memiliki informasi sebelumnya, seraya kita letakkan di depannya sepotong besi, sekeping perak, dan sekeping emas, maka pasti anak tersebut tidak dapat membezakan benda-benda tersebut atau menetapkan status hukum atasnya walaupun ia berulang kali menginderanya dengan cara meraba, mencium, ataupun melihatnya. Seandainya anak kecil tersebut mencapai usia empat puluh tahun tanpa memiliki atau mendapatkan informasi (al-ma’lumat) tentang benda-benda itu, maka dia akan tetap seperti semula yang tidak mampu menghukumi dan memahami benda-benda tersebut.
Begitu juga kalau kita mengambil seorang anak kecil yang belum pernah melihat pen, buku tulis, atau beg tangan. Kemudian kita letakkan benda-benda tersebut di hadapannya dan kita memintanya untuk mengetahui salah satu benda tersebut dan mengapa dia menggunakannya. Nescaya anak tersebut tidak akan pernah mengetahui dan tidak mungkin terjadi proses berfikir padanya.
Seandainya kita mengajarinya untuk menghafalkan nama-nama benda tersebut di luar kepala, tanpa disertai bendanya, atau gambarnya, atau ciri-cirinya, maka anak tersebut akan tetap tidak mengetahui benda tersebut. Namun, apabila kita memberikan padanya informasi tentang benda tersebut atau ciri-cirinya kemudian kita sodorkan semua benda tersebut ke hadapannya, maka dia akan mengetahuinya dan boleh menghukumi faktanya. Kedua perumpamaan ini menjelaskan bahawa informasi awal merupakan unsur pokok bagi terjadinya proses berfikir.
Ini jika ditinjau segi akal atau persepsi yang berdasarkan pada pemikiran (al-idrak al-aqliy). Adapun apabila dilihat dari segi persepsi yang berdasar pada perasaan (al-idrak al-syu’uriy), maka ia disebabkan oleh adanya naluri (al-ghara’iz) dan keperluan jasmani (al-hajat al’udhowiyyah). Apa yang terjadi pada haiwan yang disebut dengan persepsi yang bersifat perasaan (instingtif) atau kemampuan membezakan yang bersifat naluriah, terjadi juga pada manusia.
Ketika kita berulang-ulang memberikan buah dan batu pada seekor haiwan, maka hewan tersebut akan mengetahui bahawa hanya buah yang boleh dimakan, sedangkan batu tidak. Begitu pula dengan keledai yang mengetahui bahawa gandum boleh dimakan, sedangkan tanah tidak. Akan tetapi, harus diketahui bahawa kemampuan untuk membezakan ini bukanlah pemikiran, tetapi ia kembali pada naluri dan keperluan jasmani.
Oleh kerana itu, sesungguhnya pemahaman (al-‘aql) atau pemikiran (al-fikr) atau persepsi (al-idrak) merupakan perpindahan (transformasi) penginderaan atas sebuah realiti ke dalam otak dengan adanya informasi awal yang menjelaskan realiti tersebut.
Adapun ketika mereka menyebutkan manusia pertama sebagai dalih kemungkinan terjadinya pemikiran tanpa informasi awal, mereka mengatakan bahawa manusia pertama bertabrakan dengan benda-benda, lalu semua benda tersebut terpantulkan padanya, maka ia pun boleh mengetahui bahawa buah boleh dimakan, sedangkan yang lain tidak, ia pun kemudian melihat api yang menjalar di hutan dan membakarnya serta memanggang kelinci dan kijang yang ada di dalamnya, maka ia pun mengetahui bahawa api itu boleh membakar dan mengetahui pula cara menggunakan api tersebut dan daging yang dipanggang itu lebih enak daripada daging mentah, dan sebagainya, maka penukilan kisah seperti ini keliru ditinjau dari berbagai segi:
– Bahawa landasan yang digunakan dalam memahami realiti berfikir itu harus pasti (qath’ie) dan tidak mengandungi keraguan (zanni). Sedangkan pengetahuan kita tentang manusia pertama dan cara berfikirnya merupakan pengetahuan yang mengandungi keraguan, kerana manusia pertama itu tidak boleh kita indera. Sumber yang digunakan untuk mengetahui proses berfikir manusia pertama itu merupakan riwayat yang zonni. Dengan demikian, menggunakan riwayat yang zonni sebagai asas dalam memahami proses berfikir merupakan sikap yang keliru.
– Bahawasanya yang disebut manusia pertama itu tidak hadir (tidak tampak di hadapan), sedangkan manusia sekarang itu hadir (tampak di hadapan), dan manusia pertama dengan manusia sekarang memiliki kesamaan/kesesuaian dalam sifat kemanusiaannya seperti akal dan naluri. Oleh kerana itu, cara yang benar adalah dengan menganalogikan realiti manusia pertama atas realiti manusia sekarang ini, kerana secara asal hendaknya menganalogikan sesuatu yang ghaib (tidak tampak) atas sesuatu yang tampak, bukan sebaliknya.
Seandainya benar riwayat-riwayat tersebut, maka semua itu tiada lain hanya berkisar pada persepsi yang berdasarkan perasaan (al-idrak al-syu’uriy) atau naluri (al-idrak al-ghariziy), yakni pemahaman yang berkaitan dengan naluri dan cara pemenuhannya, tidak berkaitan dengan akal. Sedangkan pemahaman berdasar naluri itu berbeza dengan pemahaman yang berdasarkan pemikiran. Oleh kerana itulah, riwayat-riwayat tersebut tidak layak untuk dijadikan dalih atas hal tersebut.
Contoh yang lain dari pemahaman yang bersifat naluriah, sebagaimana kisah dan percubaan yang sering diungkapkan, seperti melatih seekor monyet memetik pisang, mengambil tongkat dan kerusi, dan percubaan terhadap dua ekor tikus yang mencuri telur, kisah-kisah seperti ini walaupun ada sejenis bukti penguat di dalamnya, tiada lain hanya menunjukkan bahawa hal tersebut merupakan persepsi yang bersifat naluriah, bukan persepsi yang bersifat aqliyah, kerana ia berkaitan dengan pemenuhan naluri dan keperluan jasmani.
Tidak boleh dikatakan bahawa seseorang boleh menghuraikan alat yang rumit dan menyusunnya kembali seperti semula, sedangkan ia belum pernah melihatnya atau memiliki informasi sedikit pun sebelumnya sehingga ia tidak memerlukan informasi awal. Hal seperti itu tidak mungkin terjadi kerana manusia ini telah menggunakan informasi umumnya.
Informasi umum itu membentuk informasi awal, walaupun hanya sedikit, tentang realiti ini sehingga membantunya dalam proses berfikir. Adapun contoh yang dikemukakan tadi boleh dianalogikan dengan kisah orang Badui Arab atau ahli bahasa yang memasuki laboratorium supaya boleh mengetahui rahasia bom atom. Dengan demikian jelaslah kerosakan konsep sosialisme tentang akal.
Bersambung ke bahagian 3
Sumber artikel: Syekh Ahmad Athiyat, Ath-Thariq (Jalan Baru Islam)