PERJUANGAN UNTUK PALESTIN – BAHAGIAN 1
INTIPATI PERJUANGAN.
BAGAIMANA PENDUDUKAN INI BERLAKU?
4. KENAPA BRITAIN MENYERAHKAN PALESTIN KEPADA ZIONIS?
Britain adalah negara penjajah, yang mana usaha dasar luar negerinya wujud hanya untuk memajukan kepentingan-kepentingan negara Britain.
Britain, bersama-sama namun tetap dalam persaingan dengan Eropah, sentiasa berusaha untuk membalas dendam terhadap apa yang mereka anggap sebagai kehilangan bersejarah atas Tanah Suci’.
Walaupun kolonialisme zaman moden berakar umbi dari perebutan kuasa dan eksploitasi material, namun imperatif ideologi yang telah tertanam dalam kedua-dua sekular dan agamalah yang mendorongnya.
Kemenangan komprehensif Eropah ke atas umat Islam merupakan hal yang tidak pernah berlaku sebelum ini kerana ia sama sekali tidak dijangka. Justeru itu, demi mengukuhkan dinamik kuasa baru ini, Eropah merumuskan struktur kolonial yang sistematik yang direka khas untuk melumpuhkan keupayaan umat Islam dari menyerang balas cengkaman Eropah ke atas mereka.
Penyerahan Palestin kepada Zionis mempunyai empat tujuan utama bagi Britain:
1. Mewujudkan sebuah pos dan pangkalan hadapan untuk Britain di tengah-tengah dunia Islam
2. Mengukuhkan pemecahan dunia Islam dengan meletakkan entiti asing di jantung dunia Islam untuk memisahkan Timur dari Barat secara kekal.
3. Berperanan sebagai pengalih perhatian’ yang boleh disembunyikan oleh Britain dan Eropah. Harapannya agar umat Islam akan disibukkan untuk menangani jenayah-jenayah yang dilakukan oleh entiti baru ini sehingga mereka lupa bahawa penjajahlah pihak yang mula-mula menempatkan entiti tersebut.
4. Mendorong migrasi besar-besaran orang Yahudi dari Eropah, terutama setelah bencana Holocaust yang mengerikan, yang mana pada akhirnya membebaskan Eropah daripada apa yang dianggap sebagai “permasalahan Yahudi”nya.