[Nafsiyah] Bisyarah Kemenangan Kaum Muslim Ke atas Yahudi Pada Akhir Zaman
Penulis :Irfan Abu Naveed
Bumi Al-Quds membara. Kaum Muslim berduka. Ribuan kaum Muslim Palestin insya- Allâh menjadi syuhada dalam korban perang menghadapi pengganas Zionis Yahudi laknatullah alaihim. Kejahatan Zionis dipamerkan di hadapan mata dunia, mengulangi tragedi berdarah di belahan Bumi Syam, Syria yang sebelumnya juga dibiar tanpa tindakan nyata, bagaikan menonton filem perang yang sekadar terlintas di fikiran saja. Apakah tindakan mereka yang diamanahkan dengan kekuasaan, beserta dengan beberapa siri pasukan tentera yang berpotensi dengan kekuatan ketenteraan mereka? Umat ini seumpama unta yang mati kehausan. Padahal di punggungnya tersimpan air, seperti ungkapan Al-Imam Ibn Muflih al-Hanbali (w. 763 H) dalam Al-adâb al-Syar’iyyah (III/104):
كَالْعِيسِ فِي الْبَيْدَاء يَقْتُلُهَا الظَّمَا #
وَالْمَاء فَوْقَ ظُهُورِهَا مَحْمُولُ #
”Bagaikan unta di padang pasir mati kehausan
padahal air tersimpan air di belakangnya”
Namun, adakah masih ada secebis harapan bagi kaum Muslim di akhir zaman? Apakah balasan terhadap kejahatan Yahudi? Ash-Shâdiq al-Mashdûq, Rasulullah SAW menegaskan dalam kondisi yang berbeza. Masa depan kaum Muslim akan berakhir dengan kemenangan. Sebaliknya, kaum Yahudi terhina kerana menjadi pengikut Dajjal. Al-Jazâ’ min jins al-’amal. Balasan yang bersesuai dengan jenis perbuatan.
Palestin: Pusat Kekhilafahan Akhir Zaman
Rasulullah SAW telah memberi khabar bahawa akan tertegaknya kembali Khilafah dengan manhaj kenabian pada akhir zaman.Ia diperkukuhkan dengan khabar penubuhan Khilafah yang menjadikan Bumi Syam khususnya Palestin sebagai pusat pemerintahan Khalifah. Salamah bin Nufail RA berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
عُقْرُ دَارِ الْإِسْلَامِ بِالشَّامِ
”Pusat Darul Islam adalah di Negeri Syam” [HR ath-Thabarani].
Al-Imam ash-Shan’ani (w. 1182 H) dalam Syarah al-Jâmi al-Shaghîr (VII/246) menjelaskan bahawa seolah-olah Rasulullah SAW menunjukkan bahawa ibu kota Khilafah akan tertegak semasa tersebarnya fitnah. Negeri Syam ketika itu menjadi tempat paling aman. Kaum Muslim di dalamnya paling selamat. Hadis ini juga menggalakkan umat Islam untuk bergantung harap kepada bumi Syam di saat munculnya fitnah, sebagaimana yang banyak ditunjukkan oleh beberapa hadis yang lain. Negeri Syam yang dimaksudkan adalah Palestin, Rasulullah SAW bersabda:
يا ابْنَ حَوَالَةَ، إِذَا رَأَيْتَ الْخِلَافَةَ قَدْ نَزَلَتْ أَرْضَ الْمُقَدَّسَةِ فَقَدْ دَنَتِ الزَّلَازِلُ وَالْبَلَابِلُ وَالْأُمُورُ الْعِظَامُ، وَالسَّاعَة يَوْمَئِذٍ أَقْرَبُ مِنَ النَّاسِ مِنْ يَدِي هَذِهِ مِنْ رَأْسِكَ
”Wahai putra Hawalah, jika engkau melihat Kekhalifahan telah berdiri di Tanah yang Suci (Palestin), maka sungguh telah dekat bencana gempa dan pelbagai kesedihan serta perkara-perkara besar. Pada saat itu Hari Kiamat lebih dekat kepada umat manusia daripada tanganku ini ke kepalamu” [HR Abu Dawud].
Mengulas mengenai hadis ini, Asy-Syeikh Sa’id Hawa dalam Al-Asâs fî as-Sunnah (II/1025) berkata bahawa hadis zhahir ini memberikan khabar bahawa Khilafah akan tertegak dengan ibu kotanya adalah Al-Quds. Isa bin Maryam AS akan menuju ke al-Quds setelah dia diturunkan di Damsyik. Ini menunjukkan bahawa Palestin pada saat itu berada di dalam genggaman kaum Muslim dan bahawa Negara Yahudi akan lenyap.
Khilafah yang dimaksudkan bukan Khilafah yang mengembalikan Palestin ke pangkuan Islam pada masa Khalifah Umar al-Khattab RA melainkan Khilafah pada akhir zaman. Kekhilafahan al-Imam al-Mahdi. Ini ditandai kalimat, “Pada saat itu Hari Kiamat lebih dekat kepada umat manusia…” Ini memastikan bumi Palestin Al-Quds akan bebas daripada kaki kotor Zionis Yahudi dan penyokong mereka. Pada masa itulah umat Muslim hidup dalam keberkatan dengan penetapan syariah Islam secara total (kâffat[an]) dalam kehidupan, juga tertegaknya masa futûhât dan jihad. Abu Sa’id al-Khudhri RA berkata bahawa Rasullulah SAW pernah bersabda:
لاَ تَقُوْمُ السَّاعَة حَتَّى تَمْتَلِيئَ الأَرْضُ ظُلْمًا وَعُدْوَانًا، ثمَّ يَخْرُجُ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ بَيَتِيْ أَوْ عِتْرَتِيْ فَيَمْلَؤُهَا قِسْطًا وَعَدْلا كَمَا مُلِئَتْ ظُلْمًا وَعُدْوَانًا
”Tidaklah terjadi Hari Kiamat, kecuali setelah muka bumi dipenuhi dengan kezaliman dan permusuhan. Setelah itu keluarlah seorang lelaki dari kalangan keluargaku (Ahlul Bait), atau keturunanku, sehingga dia memenuhi dunia ini dengan keseimbangan dan keadilan, sebagaimana sebelumnya telah dipenuhi dengan kezaliman dan permusuhan” [HR Ibn Hibban, Ahmad dan al-Hakim]
Kehancuran Yahudi Pendokong Dajjal
Tiada suatu kaum yang angkuh dan berlagak melainkan diakhiri masa hidupnya dengan kebinasaan kecuali Yahudi. Daripada dulu hingga akhir zaman sejarah kehidupan mereka dipenuhi catatan-catatan hitam dan kelam, dimulai dengan membunuh para nabi, hingga menjadi penahan Dajjal pada akhir zaman. Rasulullah SAW bersabda:
يَتَّبِعُ الدَّجَّالَ مِنْ يَهُود أَصْبَهَانَ سَبْعُونَ أَلْفًا عَلَيْهِمْ الطَّيَالِسَة
”Akan menjadi pengikut Dajjal dari golongan Yahudi Ashfahan sebanyak tujuh puluh ribu orang. Mereka mengenakan jubah” [HR Muslim].
Bagaimanakah pengakhiran mereka kelak? Tak akan jauh daripada tuannya, Dajjal, yang akan binasa bi idznillâh di tangan Isa bin Maryam AS. Yang akan dibantu oleh al-Imam al-Mahdi dan kaum Muslim. Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ الْيَهُودَ، فَيَقْتُلُهُم الْمُسْلِمُونَ حَتَّى يَخْتَبِئَ الْيَهُودِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْحَجَر وَالشَّجَرِ، فَيَقُولُ الْحَجَرُ أَوِ الشَّجَرُ يا مُسْلِمُ يا عَبْدَ اللهِ هَذَا يَهُودِيٌّ خَلْفِي، فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ، إِلَّا الْغَرْقَدَ، فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ الْيَهُودِ
”Tidaklah terjadi Hari Kiamat hingga kaum Muslim akan berperang dengan Yahudi. Kaum Muslim akan memerangi mereka hingga seorang Yahudi bersembunyi di sebalik batu dan pohon. Lalu batu dan pohon tersebut berkata, “Wahai Muslim, wahai hamba Allah, di sini ada Yahudi bersembunyi di belakangku. Kemarilah dan bunuhlah dia,” kecuali pohon Gharqad, kerana ia adalah pohon Yahudi” [HR Muttafaqun ‘alahi ].
Menurut Al-Imam Ibn ‘Allan asy-Syafi’e (w. 1057 H) dalam kitab syarahnya atas Riyâdh al-Shâlihîn (VIII/644), perkataan pohon tersebut adalah ungkapan lisan yang diungkap dengan kekuasaan Allah sehingga ia mampu berbicara. Ertinya, ia difahami secara hakiki sebagai lisân al-maqâl, bukan sekadar lisân al-hâl (majâzî). Asy-Syeikh Abu al-‘Ala al-Mubarakfuri (w. 1353 H) dalam Tuhfat al-Ahwadzi (VI/410), menukil perkataan Al-Hafizh al-Nawawi (w. 676 H), menjelaskan: “Al-Gharqad: adalah sejenis pohon yang berduri yang didapati tumbuh di sekitar area Baitul Maqdis. Di sanalah terjadi peperangan yang mengalahkan Dajjal dan Yahudi.”
Selaras dengan kenyataan bahawa Dajjal akan dibunuh di Palestin, Syeikhul Islam Ibn Hajar al-Haitami (w. 974 H) dalam Al-Shawâ’iq al-Muhriqah (II/480) menyatakan bahawa al-Imam al-Mahdi akan keluar untuk menolong Isa AS membunuh Dajjal dipintu Ludd di Palestin.Aisyah RA berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
إِنْ يَخْرُجِ الدَّجَّالُ وَأَنا حَىٌّ كَفَيْتُكُمُوهُ وَإِنْ يَخْرُجْ بَعْدِي فَإِنَّ رَبَّكُمْ عَزَّ وَجَلَّ لَيْسَ بِأَعْوَرَ إِنَّه يَخْرُجُ فِي يَهُودِيَّةِ أَصْبَهَانَ حَتَّى يَأْتِيَ الْمَدِينَةَ فَيَنْزِلَ نَاحِيَتَهَا وَلهَاَ يَوْمَئِذٍ سَبْعَة أَبْوَابٍ عَلَى كُلِّ نَقْبٍ مِنْهَا مَلَكَانِ فَيَخْرُجُ إِلَيْهِ شِرَارُ أَهْلِهَا حَتَّى يَأْتِي الشَّام مَدِينَةً بِفِلَسْطِينَ بِبَابِ لُدٍّ، فَيَنْزِلَ عِيسَى عَلَيْه السَّلاَمُ فَيَقْتُلَه ثُم يَمْكُثَ عِيسَى عَلَيْهِ السَّلاَمُ فِى الأَرْضِ أَرْبَعِينَ سَنَةً إِمَاماً عَدْلاً وَحَكَماً مُقْسِطا
”Jika Dajjal telah keluar dan saya masih hidup, maka saya akan membela (menjaga) kalian. Namun, Dajjal keluar setelah kewafatanku. Sungguh Rabb kalian ‘Azza wa Jalla tidaklah buta sebelah (bermata satu). Dajjal akan keluar di tengah kaum Yahudi Ashbahan hingga ia datang ke Madinah dan turun di tepinya. Madinah pada waktu itu memiliki tujuh pintu. Pada setiap pintu terdapat malaikat penjaga. Kemudian orang ramai keluar untuk berkata buruk kepada Dajjal sehingga akhirnya dia pergi ke negeri Syam, di Palestin dan memasuki gerbang Ludd. Lalu Isa AS turun dan membunuh dia. Kemudian Isa AS akan tinggal di bumi selama empat puluh tahun menjadi pemimpin dan penguasa yang adil” [HR Ahmad].
Wa mâ tawfîqi illâ billâh.