[Pemikiran Politik Islam] Politik dan Politik Internasional (Bahagian 2/2)
Penulis: Syeikh Abdul Qadim Zallum
[Sambungan dari Bahagian 1/2]
Tidaklah cukup bagi para ahli politik, intelektual, dan kaum ulama untuk mengetahui politik internasional dan luar negeri secara umum, serta merasa puas dengan mengetahui akhir dari berbagai kejadian. Walaupun pengetahuan secara umum memang bermanfaat, tetapi tidak cukup berguna untuk menjangkakan datangnya ancaman dan melindungi umat.
Pengetahuan secara umum juga tidak dapat digunakan untuk memahami berbagai kejadian, insiden, maksud, serta tujuannya. Pengetahuan yang terperinci dan analisis yang mendalam mengenai berbagai tindakan politik, kejadian, serta maksud dan tujuannya, merupakan suatu keperluan.
Untuk dapat memahami maksud suatu negara musuh terhadap negara dan umat Islam, pertama kali perlu diketahui kenyataan negara musuh dan situasi pada saat kenyataan tersebut dibuat. Kedua, perlu diketahui tindakan politik negara musuh dan situasi yang melingkupinya. Ketiga, perlu diketahui hubungan negara musuh tersebut dengan negara lain, serta status hubungan itu.
Tanpa ketiga-tiga hal di atas, seseorang tidak akan dapat memahami sepenuhnya maksud negara musuh. Ketiga-tiga hal di atas hendaklah difahami secara terperinci. Maksudnya, kenyataan tersebut hendaklah diketahui secara terperinci dan diikuti dengan saksama sehingga konteksnya dapat difahami dengan benar.
Demikian pula, tindakan politik dan hubungan dengan negara lain perlu dapat difahami secara terperinci. Orang awam (mungkin) tidak memperhatikan ketiga-tiga hal tersebut secara terperinci. Akan tetapi para pemimpin umat, khususnya para ahli politik, perlu memahami ketiga-tiganya dengan baik kerana mereka adalah pemimpin umat dan berhak mengurus kepentingan umat.
Hari ini, politik internasional dan kebijakan negara-negara yang berpengaruh didasarkan pada hubungan diplomasi, yang bermaksud bahawa ia dijalankan oleh penghubung dan wakil negara. Namun demikian, hal ini hanya bersifat sementara kerana tidak adanya suatu kekuatan adidaya yang ditakuti di dunia. Sekiranya pada satu ketika terdapat kuasa besar yang ditakuti di dunia, maka keadaan ini akan berubah.
Politik internasional negara-negara yang berpengaruh itu akan sangat bergantung pada aktiviti-aktiviti politik dan ketenteraan. Walaupun demikian, perincian mengenai kenyataan, aktiviti politik, dan hubungan antara negara tersebut tetap menjadi persoalan yang perlu diperhatikan.
Jadi, apabila terdapat perwakilan suatu negara di negara Islam, mereka tetap perlu dikenali, meskipun mereka berasal dari negara-negara kafir. Hubungan yang terjalin dan aktiviti-aktiviti politik yang terjadi perlu difahami secara rinci, terutama aktiviti-aktiviti yang terselubung.
Politik internasional dan luar negeri, baik yang dilakukan melalui perwakilan mahupun berbagai aktiviti politik dan militer mesti dikenali secara terperinci. Ini bermakna memahami aktiviti politik, serta niat/maksud dan tujuan yang melatarbelakanginya, serta mengetahui makna di balik berbagai kenyataan, tindakan politik, dan hubungan antara negara.
Apabila seseorang belum mengenali dengan baik perincian tentang hal-hal tersebut, makna politik tidak akan dapat difahami. Dia belum boleh dipanggil sebagai seorang ahli politik. Sudah pasti bahawa dia tidak akan mengenali dengan baik niat dan objektif politik luar negeri.
Sumber: Syeikh Abdul Qadim Zallum, Pemikiran Politik Islam, Upaya Membumikan Politik Sebagai Mainstream Gerakan.