PERJUANGAN UNTUK PALESTIN – BAHAGIAN 5
Menuju Dunia Pasca ‘Israel’?
17. DALAM SITUASI BAGAIMANAKAH BARAT AKAN MEMPERTIMBANGKAN SEMULA SOKONGANNYA TERHADAP PENDUDUKAN PALESTIN?
Negara-negara Barat didorong semata-mata oleh kepentingan diri mereka sendiri. Jika biaya untuk mendukung entiti pendudukan ternyata melebihi manfaatnya, maka tidak menghairankan malah boleh dijangka bahawa Barat tidak akan tergaak-agak untuk meninggalkan ‘sekutu’nya pada bila-bila masa walaupun pada saat ia sangat diperlukan.
Terdapat beberapa senario di mana situasi ini mungkin berlaku:
1. Jika penentangan terhadap pendudukan betul-betul berubah menjadi sentimen anti-Amerika yang memudaratkannya, maka A.S. akan dipaksa untuk mengutamakan keperluannya sendiri melebihi keperluan ‘rakan’nya.
2. Jika A.S. berjaya menemui entiti lain yang lebih murah dan lebih dipercayai di rantau ini yang memenuhi objektif yang sama seperti pendudukan Zionis, maka bertukar kesetiaan menjadi mudah baginya.
3. Jika perkembangan serantau meledak di luar jangkaan Amerika, maka ia akan terpaksa merundingkan semula parameter penglibatannya dan mengutamakan keperluannya sendiri berbanding orang lain.
4. Jika perkembangan geopolitik yang lebih luas memerlukan keutamaan Amerika yang lebih besar, seperti penglibatannya dengan China atau Rusia, maka mendukung entiti pendudukan dalam semua perkara mungkin sekadar menjadi memori.
5. Jika retakan dalaman dalam A.S. terus melebar, dan sentimen anti-pendudukan menjadi liabiliti domestik yang serius, tidak syak lagi parti-parti politik dari semua fahaman akan segera meninggalkan entiti pendudukan atas alasan pragmatik. Seolah-olah tanah air Yahudi bukanlah benar-benar idea yang mereka laburkan. Sebaliknya mereka lebih bersedia membelanjakan peruntukan untuk kepentingan mereka sendiri.
Semua senario ini mudah dibayangkan, dan kemungkinan ia menjadi kenyataan menjadi lebih jelas setiap hari.