Mesej Polos Politik dari Lawatan Paus ke Indonesia
Berita:
Pada awal September, Pope Francis (Paus Francis) melawat Indonesia, di mana beliau menyampaikan ucapan di Masjid Istiqlal- masjid terbesar di negara itu. Bersama-sama dengan imam besar, mereka menandatangani “Deklarasi Bersama Istiqlal 2024,” seperti yang didedahkan sarikatanya, yang mana nampaknya bertujuan “memupuk keharmonian agama demi kemanusiaan” – menangani dua daripada “krisis serius” di dunia hari ini: “dehumanisasi dan perubahan iklim.” Paus juga melawat bahagian hadapan Terowong Silaturahmi, yang menghubungkan Masjid Istiqlal dan Katedral Jakarta, melambangkan keharmonian beragama di Indonesia.
Komentar:
Memang tidak dapat dinafikan bahawa Paus menjadi tokoh yang agak popular bagi sesetengah rakyat Indonesia, sebuah negara Islam terbesar. Kunjungan beliau ke Indonesia juga disambut meriah walaupun oleh generasi muda. Melalui sosok penampilannya dan prasarana perjalanannya yang sederhana, beliau telah digambarkan sebagai pemimpin agama dan pejuang keadilan yang pastinya mempunyai agenda tersembunyi. Sikap anti-kuasa Paus seolah-olah mendikte umat Islam di Indonesia tentang kerendahan hati dan tanggungjawab di sebalik mandat pemimpin; di mana mesejnya sangat jelas bahawa: kelayakan yang paling penting bagi seorang pemimpin ialah tidak mahu menjadi pemimpin.
Mesej polos politik (apolitical) itu semakin jelas pada hari ketiga lawatannya, apabila Paus Francis disambut oleh Imam Besar Nasaruddin Umar di Masjid Istiqlal pada 5 September dan menandatangani Deklarasi Bersama Istiqlal 2024. BBC melaporkan kandungan deklarasi ini dengan sudut yang agak condong: Deklarasi Istiqlal 2024 adalah ‘sedih dan kontras’ di tengah-tengah pertubuhan agama yang menerima permit perlombongan iaitu pertubuhan Islam seperti Nahdhatul Ulama dan Muhammadiyah. Ini menekankan tanggapan bahawa pelaku agama sebenarnya menyokong dehumanisasi dan krisis alam sekitar kerana penglibatan mereka dalam skim ekonomi politik.
Agama mesti menjauhi politik. Ini adalah mesej utama. BBC sebagai media sekular yang cenderung kepada nilai-nilai Barat sengaja membingkaikan bahawa jika agama memasuki alam ekonomi politik maka ia sebenarnya akan mengukuhkan kemusnahan alam sekitar dan dehumanisasi. Ini adalah tambahan kepada pengagungan peribadi Paus yang dilakukan oleh media sekular veteran di Indonesia; bahawa Paus dianggap sebagai orang suci yang memperjuangkan keadilan, dengan gaya hidup sederhana dan dekat dengan orang miskin – sangat berbeza dengan keadaan politik di Indonesia yang penuh dengan nafsu oligarki untuk kuasa. Di mana pentas politik Indonesia terus menayangkan teater murahan dinasti-dinasti kekeluargaan dengan manipulasi undang-undang secara terang-terangan.
Mesej polos politik Paus adalah jelas, politik itu kotor dan agama adalah suci, oleh itu jangan bawa agama ke alam politik termasuk alam ekonomi strategik! Jadi, ini sama dengan mengatakan bahawa syariat Islam dilarang memasuki arena politik dan ekonomi. Sangat sekular. Cara berfikir sebegini tentunya berbahaya kerana ia bercanggah dengan Islam yang mengajar bahawa kepimpinan politik bagi umat Islam adalah fitrah peradabannya.
Akibatnya, mesej halus ini sebenarnya akan memburukkan lagi kemerosotan rohani dan politik ummah dan akan mengukuhkan fahaman sekularisme. Islam menolak sekularisme atau pemisahan agama dan politik. Rasuah pemimpin muslim di Indonesia tidak ada kena mengena dengan ajaran Islam kerana ketidakcekapan mereka dicipta oleh sistem ‘jahiliyyah’ buatan manusia yang mengingkari hukum Allah dalam aspek politik dan ekonomi. Walhal tidak ada aspek kehidupan kita yang tidak dilindungi oleh syariat Islam. Allah SWT berfirman,
[وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ]
“Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran”. [TMQ Al-Ma’idah 5:48].
Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir oleh
Dr Fika Komara
Ahli Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir