[Ath-Thariq] Sejarah dan Penerapan Islam (Bahagian 1/2)
Penulis: Syeikh Ahmad Athiyat
Dalam minda kita hendaklah jelas dengan sejelas-jelasnya bahawa ideologi Islam itu merupakan sumber asasi untuk memahami Islam dengan segenap perincian dan hukum-hukumnya. Oleh kerana itu, wajiblah bagi kita—jika kita ingin memahami bentuk Daulah Islam, tatacara mewujudkannya, serta segala sesuatu yang berkaitan dengannya—untuk merujuk pada Islam itu sendiri yang tergambarkan dalam Al-Quran, sunnah, dan yang ditunjukkan oleh keduanya, baik ijmak sahabat atau qiyas. Keempat-empat hal ini merupakan sumber yang satu untuk penetapan hukum (legislasi) Islam dalam setiap segi. Sedangkan apabila kita mengambil hukum syarak dari fukaha dan mujtahid, semata-mata kerana ijtihad mereka itu dibangun diatas keempat-empat sumber yang disebutkan tadi, bukan kerana mereka menjadi ulama atau kaum intelektual.
Berdasarkan hal ini, kita boleh memahami bahawa untuk memahami sebuah ideologi, kita tidak boleh merujuk pada sejarah. Adapun merujuk pada sejarah menjadi boleh hanya dalam satu keadaan, yakni meneliti tatacara penerapan atau berbagai perangkat dan uslub yang diambil untuk menerapkan hukum syarak yang berkaitan dengan salah satu aspek. Jika kita ingin mengetahui hukum syarak yang berkaitan dengan syura misalnya, kita tidak merujuk pada sejarah untuk mengambil hukumnya. Kita semata-mata merujuk pada keempat-empat sumber syarak atau buku-buku fikih yang berkaitan dengan masalah tersebut.
Dengan demikian, kita akan mengetahui bahawa Islam telah memerintahkan musyawarah, kemudian kita baru merujuk pada sejarah untuk melihat cara syura dilaksanakan, dilihat dari segi bentuk majlis dan jumlah anggotanya, serta tatacara memilih anggota dan sidang in’iqad (pengangkatan anggota), dan sebagainya.
Begitu juga perkara yang berkaitan dengan seluruh pemikiran dan ideologi lain. Jika kita ingin mengetahui sistem kapitalisme, misalnya, kita jangan merujuk pada sejarah Britain atau Amerika, tetapi kita hendaklah merujuk pada buku-buku Adam Smith, John Dewey, dan sebagainya. Adapun merujuk pada sejarah dua negara tersebut, tiada lain hanyalah untuk mengetahui tatacara pelaksanaan idea Adam Smith dan John Dewey tersebut, begitu seterusnya.
Oleh yang demikian, keliru apabila sistem Islam diambil dari sejarah Umar, Uthman, Muawiyah, atau Harun ar-Rasyid. Sama saja, baik dari peristiwa sejarah yang melibatkan mereka atau dari buku-buku tentang mereka yang disusun kemudian. Jika kita mengambil pendapat Umar, maka kita tidak mengambil pendapatnya itu atas dasar beliau itu seorang khalifah atau penguasa, tetapi atas dasar bahawa beliau seorang mujtahid yang bersandar pada dalil-dalil syarak yang bersumberkan keempat-empat sumber syarak tadi.
Begitu pula jika kita ingin mengetahui tentang sistem yang diterapkan di suatu tempat pada suatu masa, kita tidak boleh merujuk pada sejarah masa tersebut, tetapi kita mestilah merujuk pada buku-buku fikih dan perundangan yang disusun pada masa itu, kerana semua itu menjadi petunjuk atas apa yang ada. Buku-buku fikih dan perundangan tidaklah disusun hanya untuk menjadi kenikmatan peribadi, tetapi disusun untuk memecahkan permasalahan yang ada pada masa itu.
Contoh terkait hal itu adalah buku Al-Kharraj fi an-Nahiyah al-Iqtishadiyah (Kharraj Ditinjau dari Aspek Ekonomi) karangan Abu Yusuf yang disusun atas dasar permintaan khalifah, agar menjadi rujukan bagi sistem ekonomi. Begitu pula buku “Al-Ahkam al-Sulthaniyyah (Hukum-Hukum para Raja) karangan Al-Mawardi dalam bidang pemerintahan dan Al-Muwatha’ karangan Imam Malik dan sebagainya.
Dengan merujuk pada buku-buku fikih yang disusun dalam rangka menetapkan solusi atas permasalahan manusia, kita tidak akan menemukan di dalamya kecuali solusi yang berlandaskan pada Islam. Di samping setiap solusi merupakan hasil istinbat dari berbagai dalil, maka buku-buku ini sering kali mencatat peristiwa tersebut dan solusi yang ditetapkan untuk memecahkannya.
Sesungguhnya sejarah telah dimaksudkan untuk menyebut karakter para peribadi dan keistimewaan mereka, dan menukil peristiwa tanpa diteliti atau diuji terlebih dahulu sehingga sangat dangkal kualiti penukilannya. Berdasarkan hal ini, kita tidak boleh memalingkan perhatian padanya, kecuali hanya untuk meneliti tatacara penerapan. Sedangkan ketika ada keinginan dalam diri kita untuk mengetahui tatacara penerapan Islam dari sejarah; yakni tentang pelaksanaan hukum-hukum Islam, maka sebelumnya kita hendaklah memperhatikan beberapa poin berikut:
- Tidak boleh meneliti tatacara penerapan bersumberkan buku-buku sejarah yang dikarang oleh para pengkaji sejarah yang memusuhi Islam. Hal ini kerana hubungan mereka dengan Islam semata-mata tegak di atas landasan permusuhan dan kedengkian. Mereka ini ada dua golongan;
Pertama, peneliti sejarah Barat yang dengki pada Islam dan mereka yang menulis sejarah dengan diliputi jiwa penuh kedengkian, fanatisme, dan dengan maksud memperdaya, menghasut, dan memberikan gambaran buruk pada Islam dan penganutnya serta menjauhkan kaum muslim dari agamanya.
Kedua, murid-murid yang dididik oleh pengkaji sejarah tersebut, yang menulis sejarah dengan semangat dan maksud yang sama sebagaimana pendahulunya, atau dengan kejahilan mereka yang tak terhingga ketika mereka menukil dari “mahaguru‟-nya tanpa diteliti atau disemak terlebih dahulu.
Ada banyak bukti atas hal itu, di antaranya adalah pengakuan sebahagian orang Barat penulis buku itu sendiri, ilmuwan Perancis, Alconte Decastre, mengatakan dalam bukunya, Islam, “Saya tidak tahu apa yang dikatakan kaum muslim seandainya mereka tahu berbagai cerita abad pertengahan dan memahami apa yang dilantunkan dalam lagu-lagu penyanyi kristiani (penyanyi gereja). Seluruh lagu-lagu kami–bahkan lagu yang ada sebelum abad kedua belas Masehi–terlahir dari idea yang satu, sebabnya adalah peperangan salib. Semuanya dipenuhi oleh kedengkian terhadap kaum muslim, kerana ketidaktahuan yang menyeluruh akan agama mereka. Kadang-kadang lagu-lagu tersebut memunculkan cerita-cerita dalam akal kami yang sebenarnya bertentangan dengan agama dan meneguhkan kesalahan dalam minda kami. Sebahagian kesalahan tersebut masih tertanam kuat hingga hari ini. Setiap penyanyi menganggap kaum muslim sebagai kaum musyrik (politeis) yang tidak beriman dan penyembah patung.”
Ini merupakan contoh dari ribuan contoh lain yang menjelaskan betapa dengki dan bencinya orang Barat dan pengkaji sejarah kepada Islam dan umatnya. Apakah kita rela mengambil sejarah kita dari cerita-cerita yang mereka karang? Oleh kerana itu, kita tidak boleh merujuk pada buku-buku mereka, sebagaimana ketidakbolehan merujuk pada buku-buku karangan murid-murid mereka seperti Jurji Zaydan dan Phillip Hute.
- Tidak boleh meneliti penerapan Islam dari buku-buku para sejarawan muslim kecuali setelah diteliti dan diperiksa secukupnya. Hal ini tiada lain kerana sebahagian besar mereka ada yang mencela dan ada pula yang memuji. Jarang di antara mereka ada penulis yang benar-benar bersih, yang menulis sejarah seobjektif mungkin. Yang menunjukkan akan hal itu adalah sejarah Daulah Islam pada masa Bani Umayyah yang ditulis dengan satu versi sebelum keruntuhannya, kemudian berubah seluruhnya setelah berkuasanya Bani Abbasiyah. Demikian pula sejarah keluarga Ali di Mesir yang hingga tahun 1952 M, buku-buku sejarah di sana senantiasa menggambarkan keluarga alawiyah ini dalam bentuk yang paling indah, dan bentuknya kemudian berbalik menjadi gambaran yang paling hitam hanya kerana hilangnya kekuasaan dari keluarga tersebut dan ditulis oleh tangan sejarawan sendiri. Hal yang sama tampak dalam buku-buku sejarah tentang Abdul Nashr sebelum kewafatannya, tentang Anwar Sadat sebelum pembunuhannya, bila dibandingkan dengan apa yang ditulis setelahnya. Oleh kerana itu, perlulah diteliti terlebih dahulu dan dipastikan kebenarannya sebelum menerima sejarah yang menceritakan berbagai peristiwa.
- Qiyas Syumuli (analogi generalisasi) dalam penelitian ini mestilah dijauhi. Tidak boleh mengambil gambaran tentang Daulah Islam hanya dari corak pemerintahan semasa zaman Umar atau Mu’tashim saja. Tidak boleh pula mengambil gambaran Daulah Islam pada masa Bani Umayyah dari tulisan tentang Umar bin Abdul Aziz atau Yazid bin Muawiyah saja. Sebagaimana juga tidak boleh mengambil gambaran Daulah Islam dari buku-buku seni dan sastera yang menjelaskan satu segi saja, seperti buku Al-Aghani karangan Al-Ashfahani yang khusus dikarang untuk memberitahu tentang para pelawak dan orang-orang fasik, dan juga tidak boleh mengambil dari buku-buku orang zuhud dan para sufi. Bila hal itu dilakukan, akibatnya akan memberikan gambaran yang salah dari apa yang sebenarnya terjadi sehingga realitinya sekali semasa menjadi zuhud, pada lain semasa menjadi fasik, yang ketiganya semasa jihad, dan sebagainya.
Ketahuilah bahawa contoh gambaran ini tidak tersedia (ada), kerana tulisan sejarah yang ada hingga sekarang hanya terbatas pada informasi tentang penguasa yang menonjol saja, dan jarang kita temukan orang yang melakukan penulisan sejarah hingga aspek-aspek masyarakat yang lain seperti ekonomi, pergaulan sosial, pendidikan, dan lain sebagainya. Sebahagian besar buku tersebut tidak boleh dipercaya sehingga ucapan para penulisnya tidak perlu dipertimbangkan.
Sumber-sumber yang dikenal hingga sekarang ada tiga:
- Buku-buku sejarah.
- Atsar (Monumen Sejarah).
- Riwayat.
[Bersambung ke bahagian 2/2]
Sumber artikel: Syeikh Ahmad Athiyat, Ath-Thariq (Jalan Baru Islam)