[Soal Jawab] Doa untuk Kehancuran Entiti Yahudi
Salasilah Jawapan asy-Syeikh al-‘Alim ‘Atha` bin Khalil Abu ar-Rasytah Amir Hizbut Tahrir Atas Pertanyaan di Laman Facebook Beliau “Fiqhiyun”
Soalan :
Assalamu ’alaikum wa rahmatullah barakatuh.
Semoga Allah senantiasa menjaga Anda di mana saja Anda berada.
Saya ingin bertanya tentang ayat yang mulia ini. Allah SWT. berfirman:
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِي فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ﴾
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.” [TMQ al-Baqarah (2): 186]
Benarkah bahawa Allah menjawab semua doa hamba-Nya? Adakah ada doa yang tidak dijawab oleh Allah?
Sebahagian orang bertanya, kita telah berdoa agar Isr@el dihancurkan oleh Allah, tetapi kenapa mereka masih kuat dan terus menyerang Gaza?
Terima kasih atas jawapan Anda. Semoga Allah membalas Anda dengan yang lebih baik. Wassalamu ‘alaikum wa rahmatullah wa barakatuh.
Jawapan:
Wa ‘alaikumussalam wa rahmatullah wa barakatuhu.
Ada perkara-perkara yang wajib diketahui tentang doa:
- Sesungguhnya seorang Mukmin jika dia berdoa kepada Allah dengan kalbu yang jujur dengan doa yang di dalamnya tidak ada doa untuk memutuskan hubungan kekerabatan maka Allah SWT. akan menjawabnya dengan satu dari tiga perkara, sebagaimana yang ada di Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya:
Sesungguhnya Allah SWT menjawab doa orang yang berdoa jika dia memohon kepada-Nya dan menjawab doa orang yang sedang dalam kesulitan jika dia berdoa kepada-Nya.
﴿وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ﴾ [غافر: 60]
“Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.” [TMQ Ghaafir (40): 60]
﴿وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ﴾ [البقرة: 186]
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu.” [TMQ al-Baqarah (2): 186]
﴿أَمَّنْ يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوءَ﴾ [النمل: 62]
“Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila dia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan…” [TMQ an-Naml (27): 62]
Hanya saja, jawapan (al-ijâbah) untuk doa itu memiliki intipati syar’iyyah yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW.:
«مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو اللهَ عَزَّ وَجَلَّ بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ وَلَا قَطِيعَةُ رَحِمٍ، إِلَّا أَعْطَاهُ اللَّهُ بِهَا إِحْدَى ثَلَاثِ خِصَالٍ: إِمَّا أَنْ يُعَجِّلَ لَهُ دَعْوَتَهُ، وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ، وَإِمَّا أَنْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنَ السُّوءِ مِثْلَهَا. قَالُوا: إِذًا نُكْثِرُ. قَالَ: اللهُ أَكْثَرُ». أخرجه أحمد 3/18
“Tidaklah seorang Muslim berdoa yang tidak mengandung dosa dan tidak bertujuan memutus silaturrahmi, melainkan Allah SWT akan mengabulkannya dengan tiga cara: Allah akan mengabulkan doanya sesegera mungkin, Allah akan menyimpan (menjadikannya pahala) baginya di akhirat kelak, dan Allah akan menjauhkan darinya kejelekan.” Mereka (para sahabat) berkata: “Kalau begitu, kami akan memperbanyak berdoa.” Nabi SAW. bersabda: “Allah akan banyak mengabulkan doa-doa kamu.”” (HR Ahmad, 3/18).
Demikian juga:
«لَا يَزَالُ يُسْتَجَابُ لِلْعَبْدِ مَا لَمْ يَدْعُ بِإِثْمٍ أَوْ قَطِيعَةِ رَحِمٍ مَا لَمْ يَسْتَعْجِلْ. قِيلَ: يَا رَسُولَ اللهِ، مَا الِاسْتِعْجَالُ؟ قَالَ: يَقُولُ قَدْ دَعَوْتُ وَقَدْ دَعَوْتُ فَلَمْ أَرَ يَسْتَجِيبُ لِي فَيَسْتَحْسِرُ عِنْدَ ذَلِكَ وَيَدَعُ الدُّعَاءَ» أخرجه مسلم 4918
“Doa seorang hamba senantiasa dijawab selama dia tidak memohon dengan dosa atau bertujuan memutuskan silaturrahmi selama dia tidak terburu-buru”.
Dikatakan: “Wahai Rasulullah, apakah terburu-buru itu?” Baginda bersabda: “Dia berkata, “Aku telah berdoa, dan aku telah berdoa, tetapi aku tidak melihat Dia mengabulkan doaku”. Kemudian dia menjadi sedih kerananya dan meninggalkan doa” (HR Muslim no. 4918).
Kerana itu, ketika kita memohon doa kepada Allah SWT kita perlu bersikap jujur, mukhlis dan taat, serta kita yakin akan dimakbulkan dengan maksud yang telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW itu.
- Doa itu, dalam semua keadaan bukanlah kaedah syar’ie untuk merealisasi tujuan … Doa itu mandub, tetapi bukanlah kaedah untuk meraih kemenangan di dalam peperangan atau menegakkan negara dan lain-lain. Rasul SAW. mempersiapkan pasukan di Badar, mengatur tentera di tempatnya masing-masing dan membuat persiapan untuk mereka dengan persiapan yang baik untuk berperang kemudian Rasulullah SAW. masuk ke dalam khemah dan berdoa kepada Allah dan memperbanyakkan doa itu sehingga Abu Bakar berkata kepada Baginda SAW.: “Cukuplah bahagian ini untukmu wahai Rasulullah” (Sîrah Ibnu Hisyâm, 2/626). Jadi, doa tidak bermaksud perlu meninggalkan langkah-langkah dan usaha, tetapi doa mengiringi usaha.
Perkara yang sama terpakai bagi sesiapa yang menginginkan al-Khilafah ditegakkan kembali. Tidak cukup hanya berdoa agar tujuan tersebut terealisasi, tetapi dia juga perlu berjuang bersama-sama untuk mewujudkannya diiringi dengan berdoa bersungguh-sungguh agar Allah mempercepatkan terwujudnya impian tersebut.
Begitulah sepatutnya dalam semua keadaan iaitu seseorang perlu mengikhlaskan amalannya kerana Allah SWT. dan membenarkan Rasulullah SAW. dan dia juga perlu bersungguh-sungguh dalam berdoa dan sesungguhnya, Allah Maha Mendengar dan menjawab doa hamba-hamba-Nya.
- Kami telah menjawab pertanyaan seumpama ini pada 4 Zulkaedah 1432 H – 1 Oktober 2011. Di situ dinyatakan:
[……Adapun doa yang disertai dengan mengambil langkah-langkah serta usaha maka hal itu akan memberi kesan pada hasil-hasil, sepertimana yang pernah terjadi dahulu pada Rasul SAW. dan para sahabat Baginda radhiyallâh ‘anhum. Rasulullah SAW. mempersiapkan pasukannya dan masuk ke dalam khemah untuk berdoa kepada Allah. Kaum Muslim, ketika di perang al-Qadisiyah melakukan persiapan untuk menyeberangi sungai dan ketika itu, Sa’ad bin Abiy Waqash ra., menghadap Allah SWT dan berdoa kepada-Nya. Begitulah sifat kaum mukmin yang sebenar iaitu dengan melakukan persiapan dan diiringi dengan berdoa.
Begitu juga dengan orang yang sedang mencari rezeki. Dia perlu berusaha bersungguh-sungguh disertai dengan berdoa kepada Allah SWT. Hal yang sama berlaku pada para pelajar, dia perlu belajar bersungguh-sungguh diiringi dengan berdoa kepada Allah SWT. agar berjaya. Atas izin Allah, segala doa yang mengiringi usaha akan membuahkan hasil.
Di dalam buku Mafahim di akhir halaman 58 dinyatakan: (hanya saja wajib diketahui bahawa walaupun aktiviti yang ditunjukkan oleh jalan (thariqah) tersebut adalah aktiviti fizikal yang mempunyai hasil yang boleh dirasai, namun aktiviti itu hendaklah dijalankan sesuai perintah dan larangan Allah, dan dari perlaksanaan mengikut perintah dan larangan Allah itu perlulah bertujuan untuk mencapai keredhaan Allah SWT. Sebagaimana kesedaran hubungan dengan Allah wajib mendominasi seorang Muslim sehingga dia mendekatkan diri kepada Allah dengan melaksanakan solat, berdoa, membaca al-Quran dan lainnya, seseorang Muslim juga wajib meyakini bahawa kemenangan itu datangnya dari Allah. Oleh kerana itu, ketakwaan perlu tertanam kuat di dalam dada untuk menerapkan hukum-hukum Allah. Seorang Muslim juga perlu sentiasa berzikir kepada Allah dan terus menjaga hubungannya dengan Allah ketika melakukan semua aktiviti. Dari situ, jelaslah betapa pentingnya berdoa dan berusaha dalam setiap aktiviti seorang mukmin. Pentingnya perkara tersebut ditekankan oleh pengulangan kata “lâ budda –perlu-” yang menunjukkan betapa pentingnya mengaitkan seluruh aktiviti dengan doa dan menjaga hubungan dengan Allah SWT.
Berdoa disertai dengan berusaha dan mengambil tindakan adalah -seperti yang kami katakan- apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat Baginda serta kaum mukmin lainnya. Usaha yang diiringi doa itu akan memberi kesan yang besar dalam hasil yang diperolehi, atas izin Allah. Perkara tersebut tidak menyalahi thariqah Islam, akan tetapi, yang menyalahi thariqah adalah apabila seseorang membatasi perbuatannya dengan hanya berdoa tanpa mengambil langkah atau usaha seperti yang dijelaskan dalam dalil-dalil untuk menerapkan fikrah Islamiyyah….]
Kerana itu, terkait pertanyaan di atas tentang doa untuk kehancuran entiti Yahudi, ia tidak cukup dengan hanya berdoa, tetapi perlu diiringi dengan mengambil tindakan iaitu dengan menghantar tentera untuk memerangi entiti Yahudi sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat dahulu. Wallâhu musta’ân.
Saudaramu, Atha’ bin Khalil Abu ar-Rasytah
04 Rabiul Akhir 1446 H
07 Oktober 2024 M
Sumber : https://hizb-ut-tahrir.info/ar/index.php/ameer-hizb/ameer-cmo-site/98093.html