[Kenyataan Media] Piagam Ummah Berpaksikan Doktrinnya yang Suci, bukan daripada Demokrasi Palsu!
(Terjemahan)
Di bawah tajuk “Era Demokrasi di Dunia Arab: Pelan Hala Tuju Demokrasi,” sekumpulan yang digelar intelektual Arab mengadakan persidangan yang mencurigakan di Sarajevo, di mana mereka membincangkan perkara yang mereka sifatkan sebagai penyelesaian praktikal untuk krisis kezaliman, penindasan, dan ketiadaan keadilan sosial, sambil turut mengkaji cabaran intelektual dan politik yang ditimbulkan oleh peperangan ke atas Gaza. [Al Jazeera, 19/10/2024]
Wahai Saudara-Saudari yang terpelajar:
Pepatah Arab lama mengatakan, “Siapa yang mencuba apa yang telah diuji akan menyesalinya,” dan kami mengatakan bahawa sudah tiba masanya untuk orang yang berakal menggunakan peraturan umum, “Apa yang telah dicuba tidak perlu dicuba lagi.” Perkara ini terlebih dahulu kami tujukan kepada penganjur persidangan ini, bekas Presiden Tunisia Moncef Marzouki, yang pernah mencuba demokrasi secara langsung semasa memimpin Tunisia selepas Revolusi Jasmine pada tahun 2011. Tunisia berdepan dengan kesengsaraan yang mengikutinya, yang membawa kepada pemilihan presiden semasa, Kais Saied, dalam pilihan raya demokratik. Kami minta beliau menjawab dengan jujur: Adakah demokrasi telah memperbaiki keadaan negara atau sebaliknya menjadikannya semakin memburukkan? Inilah yang berlaku di Mesir, Yaman, Syria, Iraq, Jakarta, Malaysia, Jordan, dan lain-lain…
Mungkin Marzouki dan rakan-rakan intelektualnya akan mengatakan bahawa mereka tidak mengamalkan demokrasi yang sebenar, dan tidak mempunyai peluang untuk menerapkannya dan menilai kegagalan atau kejayaannya. Di sini kami mengingatkan mereka yang menyaksikan jenayah yang dilakukan oleh entiti Yahudi “demokratik” di Gaza dan Lubnan, —entiti yang dibanggakan oleh Barat sebagai satu-satunya demokrasi di Timur Tengah. Jadi, apakah yang dibawa oleh demokrasi ini selain kemusnahan, kehancuran dan kematian?
Tidakkah para intelektual ini menyaksikan, dan telah menjadi jelas kepada setiap orang yang rasional, akan kelemahan dan kepalsuan rejim yang ada serta organisasi antarabangsa yang muncul daripada mereka? Tidakkah jelas kepada semua bahawa negara-negara demokrasi ini tidak mempunyai kebimbangan apa pun, melainkan ia fokus memerangi orang-orang yang mencari pembebasan daripada ketidakadilan dan penjajahan, dan khususnya umat Islam?
Para intelek yang berkumpul dalam persidangan yang mencurigakan ini mendakwa bahawa penyelesaiannya adalah untuk “menjauhi ilusi masa lalu, dan terus memikirkan penyelesaian realistik yang memenuhi aspirasi rakyat untuk demokrasi, keadilan dan pembebasan nasional.”
Kita sepatutnya bertanya di sini: Siapa yang melantik anda dan mewakilkan anda untuk bercakap bagi pihak rakyat, serta menyesatkan mereka dengan mendakwa bahawa mereka menginginkan untuk demokrasi?!
Orang-orang ini adalah umat Islam yang membawa doktrin (akidah) yang murni yang daripadanya muncul sistem kehidupan yang lengkap dan menyeluruh yang diturunkan Allah sebagai rahmat bagi alam serta petunjuk bagi semua manusia. Bukan sebagaimana ilusi demokrasi yang hanya membawa kegagalan, kekacauan dan kerosakan yang telah disaksikan oleh dunia selama lebih daripada satu abad, di mana mereka menang dan memerintah dunia dengan undang-undang buatan manusia yang menyebarkan ketakutan dan keganasan di seluruh muka bumi, mencetuskan peperangan, memaksakan pemindahan, dan menyebakan kelaparan supaya mereka dapat mengeksploitasi hasil bumi dengan mengorbankan golongan yang lemah?!
Allah Taala berfirman:
[أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللهِ حُكْماً لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ]
“ Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal – kepada orang-orang yang penuh keyakinan – tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah.” [TMQ Al-Ma’idah [5]:50]
Saudara saudari sekalian, kami ingin membawa perhatian anda kepada fakta bahawa “perdagangan“ (usaha manipulasi, pen.) kalian dalam pengorbanan umat Islam, sama ada di Palestin atau di tempat lain, tidak melayakkan kalian untuk bercakap bagi pihak orang-orang ini, kerana kalian telah memisahkan agama dan akidah mereka daripada urusan hidup mereka, dengan mengamalkan demokrasi dan mencampakkan Islam ke belakang. Dan ketahuilah bahawa Mujahidin di Gaza ini tidak memerlukan penghormatan palsu di bawah slogan: “Man of the Year for Democracy and Coexistence“! (pengiktirafan tokoh demokrasi tahunan dan agenda kebersamaan).
Mereka telah mengorbankan nyawa mereka untuk meninggikan kalimah Allah, bukan untuk demokrasi yang menjengkelkan yang mengakibatkan perang yang merosakkan di Gaza. Dan situasi ini telah jelas mendedahkan kepada seluruh dunia akan keterlibatan demokrasi dan konspirasi rejim mereka terhadap umat Islam serta sokongan rejim demokratik tersebut terhadap serangan dan ketidakadilan yang dilakukan oleh Yahudi.
Para intelektual yang dihormati: Kalian telah menyaksikan sendiri kekeliruan rakyat, seperti yang kalian telah akui, sebagaimana yang dikatakan oleh Marzouki sendiri: “Keterlibatan rejim Barat dalam pembunuhan beramai-ramai ini menyumbang kepada hilangnya keyakinan di kalangan orang Arab terhadap demokrasi, yang kini dianggap sebagai ideologi Barat yang telah kehilangan semua kredibiliti,” dan seperti yang diterangkan oleh Tawakkol Karman: “Kerapuhan rejim Barat tersebut telah didedahkan dengan peningkatan gelombang kebencian, perkauman, dan permusuhan terhadap pelarian, dan mereka juga telah gagal dalam ujian kebebasan apabila mereka menindas dan memenjarakan para pelajar yang menyokong Gaza dan Palestin.” Ini sudah cukup sebagai bukti kesesatan kalian, bukti pemisahan diri kalian daripada umat Islam, sekaligus membongkar khayalan kalian.
Lantas, demokrasi apa yang sedang kalian bicarakan?! Dan demokrasi apa yang kalian mahu laksanakan?! Demokrasi secara ringkas adalah sistem kufur dan tidak ada kaitan dengan Islam, maka sesiapa yang menyeru atau menuntut pelaksanaannya adalah mencurigakan dan menyesatkan. Demikian kerana umat bercita-cita untuk mendapatkan kembali maruah dan kehormatannya melalui Islam serta kemenangan daripada Allah apabila kita menyokong-Nya dan agama-Nya dengan kembali kepada kesatuan ummah menerusi sistem Khilafah Rasyidah (Khilafah yang dibimbing dengan petunjuk) di atas manhaj kenabian. Itulah sebabnya kami menyeru kalian untuk kembali kepada kewarasan kalian dengan mengamalkan Islam dan sistemnya, kerana ia adalah kebenaran dan apa-apa selainnya adalah batil.
[المر تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ وَالَّذِيَ أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ الْحَقُّ وَلَـكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يُؤْمِنُونَ]
“Alif, Laam, Miim, Raa’. Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran); dan apa yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dari Tuhanmu adalah benar; tetapi kebanyakan manusia tidak (mahu) beriman.” [TMQ Ar-Ra’d 13:1]
Pejabat Media Pusat daripada Hizbut Tahrir
- 18 Rabi’ II 1446 No: 1446 Hijrah / 040
M. Isnin, 21 Oktober 2024