Pembunuhan, Pembakaran Hidup-hidup, Kebuluran dan Pengepungan : Jadi, Di Manakah Kalian Wahai Umat Islam?!
(Terjemahan)
Semenanjung Gaza menjadi sasaran genosid dengan cara yang akan membuatkan pokok-pokok (kelak) akan berkata-kata, sekiranya masih ada pokok yang tersisa di dalamnya. Ia akan membuatkan batu-batu menangis, yang diikat pada perut-perut penduduknya disebabkan kelaparan, atau yang dihancurkan ke atas kepala mereka, atau yang disiram oleh darah mereka, atau yang mendengar rintihan mereka akibat terluka dan terbakar. Jadi, di manakah kalian wahai umat Islam?
Jeritan meminta pertolongan daripada penduduk Gaza dan Tanah yang Diberkati (Palestin) telah sampai ke kaki langit. Suara-suara mereka sudah sampai ke langit. Mereka berkata, “Wahai umat Islam, sama ada kalian menolong kami, atau kami akan binasa dan dimusnahkan. Lalu, bagaimana alasanmu di hadapan Allah (swt)?”
Hari ini, utara Gaza sedang menangis. Setiap batu di dalamnya menyeru kepada kalian, dan mencari dukungan kalian. Mereka tahu, sebagaimana yang kalian ketahui, bahawa jika kalian tidak menjangkau mereka dengan tentera kalian, maka siapakah di antara umat ini yang akan melakukannya? Sekalianinya Umat Islam telah mengisytiharkan jihad di jalan Allah, dan menuju ke Tanah yang Diberkati, tetapi tidak dapat membebaskan bumi Isra’. Lalu kita sering akan mengatakan bahawa `seseorang hanya boleh melakukan apa yang dia mampu lakukan‘. Padahal, umat yang memiliki berjuta-juta tentera bukanlah orang tidak berdaya. Sebaliknya, ia mampu melenyapkan entiti penjenayah Yahud1, yang akan tergoncang dengan perarakan, yang mampu menerjang balik entitinya. Jadi, di manakah alasan di hadapan Allah (swt), dan di manakah pembelaan?
Wahai umat Muhammad (saw). Wahai Umat Terbaik yang Dilahirkan untuk Kemanusiaan:
Kalian sudah mengetahui bahawa apa yang menghalang umat Islam dan tenteranya daripada menyokong saudara-saudara mereka bukanlah ketidakmampuan, atau kekurangan keazaman, atau ketakutan tentera terhadap kematian. Sesungguhnya dalam ummah terdapat ribuan atau lebih, seperti Maher Al-Jazi dan Muhammad Salah. Sesungguhnya di dalam umat terdapat beribu-ribu, atau lebih, yang mencintai kematian di jalan Allah (swt), sebagaimana musuh mencintai kehidupan. Namun yang menghalang kalian dan tentera kalian daripada menyokong mereka ialah para penguasa, yang telah menghalang kalian daripada menyokong saudara-saudara kalian. Sebaliknya, para penguasa telah mendukung musuh-musuhmu dalam membunuh saudara-saudaramu. Jadi bagaimana kalian boleh bersabar dengan para penguasa ini?! Bagaimana kalian tidak mampu menginjak-injak mereka?!
Kami mencari dukungan daripada ummah ini, bukan untuk ummah turun ke jalanan dalam solidariti atau penderitaan. Sebaliknya kita mahu ummah ini membawa satu seruan yang sama: menggerakkan ketenteraan dan pesawat perang, membuka sempadan, dan mengisytiharkan mobilisasi dan jihad di Jalan Allah (swt). Oleh itu, hendaklah para ibu menyeru kepada anak-anak mereka dalam pasukan tentera: “Biarlah kami berduka atas kepergianmu, jika kamu tidak mendukung Gaza dan bergerak untuk membebaskan Masjid Al-Aqsa.”
Allah (swt) memilih orang-orang pilihan-Nya untuk misi-misi besar. Sesiapa yang berharap kepada Allah (swt) dan Hari Akhir tidak mempunyai pilihan selain menghadapkan dirinya kepada Rahmat Allah, dan Pilihan-Nya, dengan mengorbankan nyawanya. Ini supaya dia termasuk dalam golongan yang telah ditentukan oleh Allah (swt) untuk menjadi antara tentera yang membebaskan Baitul Maqdis. Hal ini supaya penduduk langit dan bumi redha kepadanya.
Tidak layak bagi umat Muhammad (saw) dan tenteranya untuk mengecewakan diri mereka sendiri dengan terhalang daripada mendukung Tanah Berkah (Palestin). Kami tidak mempunyai pilihan sebelum, atau sesudah hal ini kecuali untuk memanggil kalian dengan Firman Allah (swt),
[يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمُ انْفِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ اثَّاقَلْتُمْ إِلَى الْأَرْضِ أَرَضِيتُمْ بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنَ الْآخِرَةِ فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ (٣٨) إِلَّا تَنْفِرُوا يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا أَلِيمًا وَيَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ وَلَا تَضُرُّوهُ شَيْئًا وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ]
“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: “Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah”, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelakJika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah – membela agamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.“ (TMQ At-Taubah 9:39)
Cukuplah Allah (swt) bagi kami dan Dia sebaik-baik Pelindung. Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan sesungguhnya kepada-Nya kami akan kembali.
11 Rabi’ul Akhir 1446
Isnin, 14 Oktober 2024
Hizbut Tahrir, Tanah yang Diberkati Palestin