[Gaza Setahun Berlalu]
Kesan Konflik Terhadap Kanak-Kanak Palestin: Kematian, pemindahan secara paksa, dan kekecewaan.
Kanak-kanak dibunuh dan dicacatkan
Sehingga 18 September, serangan dan operasi darat Israel yang berterusan telah mengakibatkan lebih daripada 41,000 kematian penduduk Palestin, termasuk lebih daripada 16,750 kanak-kanak, menurut Kementerian Kesihatan di Gaza. Unit Pertahanan Awam Palestin sebelum ini menganggarkan bahawa lebih daripada 10,000 orang dewasa dan kanak-kanak masih hilang di bawah runtuhan bangunan yang musnah di Gaza. Serangan ini juga telah menyebabkan kecederaan yang teruk, kecacatan kekal serta meninggalkan impak fizikal dan emosional sepanjang hayat terhadap ramai kanak-kanak Palestin. Sehingga 18 September yang lalu, Kementerian Kesihatan di Gaza melaporkan lebih daripada 95,500 kecederaan0. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa lebih daripada 22,500 daripada mereka yang tercedera pada 23 Julai 2024 telah mengalami “kecederaan yang mengubah hidup,” memerlukan perkhidmatan pemulihan jangka panjang. UNICEF melaporkan bahawa ribuan kanak-kanak telah kehilangan satu atau kedua-duanya anggota badan dalam tiga bulan pertama konflik ini.
(Sumber: HRW)
#gaza1yearon #belagaza