[Gaza Setahun Berlalu]
Serangan yang Belum Pernah Terjadi dan Mengerikan Terhadap Wartawan dan Petugas Sukarelawan
Serangan yang belum pernah terjadi dan amat mengerikan telah membawa kesan besar terhadap wartawan Palestin serta landskap media di rantau tersebut. Sekurang-kurangnya 128 wartawan dan pekerja media telah terbunuh—jumlah yang lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya sejak CPJ (jawatankuasa yang bertanggungjawab melindungi wartawan) mula mendokumentasikan kematian wartawan pada tahun 1992. Sekurang-kurangnya lima wartawan telah disasarkan secara spesifik oleh Israel disebabkan kerja mereka, dan terdapat sekurang-kurangnya 10 kes lain yang sedang disiasat sebagai serangan yang disengajakan. Pembunuhan ini, disamping penapisan, penangkapan, larangan berterusan kepada akses media bebas ke Gaza, pemutusan internet yang berpanjangan, pemusnahan agensi media, dan pengusiran komuniti media di Gaza, telah menyekat liputan mengenai peperangan dan menyukarkan proses dokumentasi.
-Jumlah wartawan dan petugas media yang terbunuh: 128 orang
-Penangkapan, pemenjaraan, dan dakwaan penyeksaan terhadap wartawan yang ditahan: 69 orang
-Penapisan (censorship) dan sekatan akses ke ke Gaza: 4000 kes
Sumber: Jawatankuasa untuk Melindungi Wartawan (CPJ)