Tiga tahap untuk membentuk dan menumbuhkan keperibadian Islam pada diri seseorang, iaitu:
1. Menanamkan aqidah aqliyyah Islam kepada dirinya melalui proses pemikiran yang matang dan mendalam, pemikiran tentang al-uqdatul kubro, menanamkan akidah sebagai dasar (fikrah asasiyah) yakni idea atau pemahaman yang menjadi dasar dari setiap pola fikir dan pola sikap dalam menjalani setiap aktiviti dalam kehidupan. Ini bermakna, semua perkara dilakukan dengan tujuan untuk beribadah kepada Allah SWT.
2. Menjadikan aqidah Islamiyah sebagai dasar semua perkara yang difikirkan dan dilakukan, segala sesuatu hendaklah sesuai dengan ajaran Islam sebagai acuan dan tolok ukur (standard).
3. Sentiasa bersemangat untuk terus menumbuhkan dan mengembangkan kesempurnaan tsaqafah Islamiyah serta mengamalkannya dalam seluruh sisi kehidupan sebagai wujud pelaksanaan ibadah kepada Allah SWT.
#muslimahideal