[Gaza Setahun Berlalu]
Para pemimpin juga menyokong entiti Yahudi dengan memberikan bekalan penting, seperti yang telah dilakukan dan masih dilakukan oleh Raja Abdullah II di Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Turki dan Mesir. Para pemerintah ini menyediakan Yahudi dengan bahan-bahan penting untuk industri perang, seperti yang dilakukan oleh Turki, dan membekalkannya dengan bahan api, seperti yang dilakukan oleh Kazakhstan, Azerbaijan, dan Aramco Arab Saudi.
Laporan akhbar oleh Arabi Post mendedahkan bahawa lima pelabuhan Mesir telah bertukar menjadi stesen utama untuk banyak kapal kargo dan simen, yang misinya hanya terhad untuk mengangkut kargo secara berkala keluar masuk wilayah penjajahan semasa perang ke atas Gaza.
Menurut laporan itu, aktiviti 19 kapal dipantau selama beberapa bulan, dan laluan laut kapal-kapal ini, termasuk kapal Mesir, dijejaki melalui data maritim khas, yang terhad kepada pergerakan berulang-alik antara pelabuhan ‘Israel’ dan pelabuhan Mesir. 19 kapal ini adalah antara berpuluh-puluh kapal, tetapi aktiviti mereka terhad untuk bergerak berulang-alik antara Mesir dan wilayah penjajahan, kerana jarak geografi yang berdekatan, terutamanya pelabuhan Ashdod dan pelabuhan Haifa, yang mengurangkan kos penghantaran. Laporan tersebut menyimpulkan bahawa ia menjejaki tujuh pelabuhan, dua daripadanya adalah di bawah penjajahan ‘Israel’ dan lima pelabuhan Mesir, iaitu: Ashdod, Haifa, Port Said, Abu Qir, Alexandria, Dekheila, dan Damietta. Tempoh penjejakan aktiviti kapal adalah terbatas untuk tiga bulan terakhir (Jun, Julai sehingga 22 Ogos 2024), di mana kapal-kapal tersebut terdiri daripada 7 kapal kargo untuk mengangkut kontena barangan, 6 untuk mengangkut simen, 5 kapal kargo umum, dan satu untuk mengangkut barangan pukal, iaitu barangan yang tidak dibungkus seperti arang batu, gula dan bijirin. (Quds News Network 22/8/2024)
Sebagai agen Amerika yang menguasai tanah-tanah Muslim, mereka secara langsung membantu Amerika dengan segala cara yang ada. Tanpa para pemerintah umat Islam ini, perang salib Amerika tidak akan pernah terwujud, kerana satu-satunya laluan yang menghubungkan Amerika dengan Timur Tengah adalah melalui jalan laut. Amerika membekalkan senjata kepada entiti Yahudi melalui Amman, Jordan, dan senjata-senjata tersebut dihantar melalui laluan udara ke ‘Tel Aviv’. Pemerintah Arab Saudi dan Teluk menyediakan laluan darat untuk bahan bakar dan bekalan penting kepada entiti Yahudi, bagi mengelak sekatan Laut Merah. ‘Firaun Mesir’ menghalang pembukaan Laluan Sempadan Rafah kepada mujahidin dan tentera Muslim. Para pemerintah umat Islam menyediakan pangkalan udara, pangkalan tentera dan pelabuhan laut untuk angkatan bersenjata Amerika. Netanyahu dengan berani mengisytiharkan pada 25 Julai 2024, “Dan kami akan terus bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan rakan kongsi Arab kami.”
#gaza1yearon #belagaza