[Hadits Shiyam] Perbuatan Rasulullah SAW
Perbuatan Rasulullah SAW, sebagaimana perintah beliau terhadap perbuatan tertentu, adalah thalab (tuntutan) belaka. Perbuatan atau perintah tersebut tidak menunjukkan wajib, sunnah, atau mubah. Qarinah (indikasi) yang menentukan apakah perbuatan Rasulullah SAW tersebut bernilai wajib, sunnah, atau mubah. Oleh kerana itu, perbuatan beliau itu sendiri hanya menunjukkan tuntutan, bukan yang lain. Dengan demikian, qarinah yang akan menentukan jenis tuntutan tersebut.
Perbuatan Rasulullah SAW yang kita diperintahkan agar mengikutinya dapat diklasifikasikan menjadi dua.
Pertama, perbuatan tersebut sebagai penjelasan bagi seruan sebelumnya sehingga hukumnya ditentukan oleh hukum seruan yang dijelaskannya itu. Apabila yang dijelaskan tersebut berupa fardhu, melaksanakannya pun fardhu. Apabila yang dijelaskan tersebut berupa mandub (sunnah), melaksanakannya pun sunnah hukumnya. Apabila yang menjelaskan mubah, bermakna penjelasannya mubah.
Kedua, bukan merupakan penjelasan bagi seruan sebelumnya. Hal ini memerlukan indikasi tertentu sehingga diketahui apakah perbuatan tersebut wajib, sunnah, ataukah mubah.
Oleh kerana itu, masalah perbuatan Rasulullah SAW tersebut semuanya dapat dinilai melalui dua aspek. Aspek pertama, mengikuti perbuatan beliau. Yang kedua, melaksanakan perbuatan tersebut.
Tentang mengikuti perbuatan beliau hukumnya adalah wajib. Dalam hal ini tidak ada ikhtilaf kerana banyak dalil, baik dari kitab, sunnah, mahupun ijmak sahabat yang menunjukkan kewajipan tersebut. Tentang melaksanakan perbuatan tersebut, inilah yang perlu diperincikan.
Rasulullah SAW mengemban dakwah dan membangun negara dengan mengikuti suatu metode tertentu, serta melakukan aktiviti-aktiviti tertentu dalam setiap mengemban dakwah dan membangun negara tersebut. Tidak perlu dibahas tentang wajib atau tidaknya mengikuti beliau dalam semua metode dan perbuatan Nabi SAW tersebut. Memang dalam hal ini tidak ada ikhtilaf di kalangan kaum muslim.
Adapun melakukan aktiviti yang dilakukan oleh beliau ketika mengemban dakwah dan membangun negara, maka untuk mengetahui masing-masing perbuatan tersebut memerlukan indikasi yang menentukan wajib, sunnah, atau mubahnya. Umpamanya melakukan pembinaan seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, adanya orang yang dikirim untuk membina, serta individu mahupun kelompok yang telah melakukan aktiviti pembinaan, maka hendaklah sesuai dengan hukum syarak. Semua ini merupakan indikasi bahawa melakukan pembinaan adalah fardhu.
Perbuatan Rasulullah SAW untuk melakukan pembinaan di sini menjadi bukti adanya kefardhuan tersebut. Sebabnya, indikasinya telah menunjukkan bahawa melakukannya adalah fardhu. Pembinaan bagi individu dalam rangka mengetahui keperluan-keperluan dalam kehidupannya adalah fardhu ain. Adapun pembinaan bagi manusia secara umum dalam rangka mengemban dakwah adalah fardhu kifayah.
Contoh lainnya adalah melaksanakan perjuangan serta menyerang ucapan dan tindakan para penguasa serta masyarakat dengan cara mencabar, keras, dan tegas seperti yang telah dilakukan Rasulullah SAW. Di sini, banyak ayat dan hadis yang menjelaskan kenyataan tersebut.
Firman Allah SWT,
“Sesungguhnya kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah adalah umpan neraka Jahanam. Kamu pasti akan masuk ke dalamnya.” (TMQ Al Anbiya’: 98).
“Yang banyak mencela, yang kian kemari menghambur fitnah.” (Al Qalam: 11)
“Yang kamu kasar, selain dari itu, yang terkenal kejahatannya.” (TMQ Al Qalam: 13).
“Kemudian sesungguhnya kamu, hai orang-orang yang sesat lagi mendustakan.” (TMQ Al Waqi’ah: 51).
“Supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta.” (TMQ Ali Imran: 61).
“Sesungguhnya orang-orang yang berdosa berada dalam kesesatan (di dunia) dan dalam neraka.” (TMQ Al Qamar: 47).
“Sesungguhnya Allah melaknati orang-orang kafir.” (TMQ Al Ahzab: 64).
“Allah akan mengutuk mereka kerana kekafiran mereka.” (TMQ An Nisa’: 46).
“Dalam keadaan terlaknat, di mana saja mereka dijumpai.” (TMQ Al Ahzab: 61).
“Wahai, Nabi! Bertakwalah kepada Allah dan janganlah engkau menuruti orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Maha bijaksana.” (TMQ Al Ahzab: 1).
“Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya ia akan binasa.” (TMQ Al Lahab: 1).
“Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu, ialah yang terputus.” (TMQ Al Kautsar: 3).
Berkaitan dengan hal itu, Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa yang fanatik dengan kefanatikan jahiliah, hendaknya ia menggigit kemaluan ayahnya dan jangan suruh melepaskannya.”
Iaitu, katakanlah, “Gigitlah kemaluan ayahmu.”
Pernyataan beliau tersebut dengan kata-kata yang jelas, tanpa ada kata kiasan sedikit pun. Sabda Rasulullah SAW yang lain, “Pergilah dan hisaplah “darah kering” Latta.”
Semuanya menunjukkan bahawa Rasulullah SAW sebenarnya telah melakukan perjuangan politik atau menyerang kekufuran dengan cara mencabar, keras, dan tegas.
Rasulullah SAW mengemban perjuangan tersebut dengan tidak pernah meninggalkannya. Sementara itu, orang-orang kafir berharap agar beliau tidak mencaci-maki tuhan-tuhan mereka. Hal itu tidak menghalang beliau. Allah SWT berfirman,
“Maka mereka menginginkan kamu agar bersikap lunak, lalu mereka lunak (pula kepadamu).” (TMQ Al Qalam: 9).
Ayat ini merupakan indikasi bahawa perjuangan untuk menegakkan Islam tersebut adalah fardhu. Hal ini diperkuat oleh realiti bahawa Quraisy ketika berangkat menemui Abu Talib, mereka meminta agar Abu Thalib menghentikan Rasulullah dari perjuangannya. Ini semata-mata usaha untuk menghentikan Rasul SAW dari mencaci-maki tuhan-tuhan mereka.
Orang Quraisy pun berkata kepada Abu Thalib, “Hai Abu Thalib, anak saudaramu benar-benar telah mencaci-maki tuhan kita, mengejek agama kita, menghina impian-impian kita, dan menganggap sesat nenek moyang kita. Apakah akan kamu hentikan (tindakannya) atau kamu pisahkan antara dia dengan kita?”
Suatu ketika mereka datang lagi, lalu berkata, “Kami telah meminta agar kamu benar-benar melarang anak saudaramu. Namun, kamu tidak mencegahnya terhadap kami. Demi Allah, kami sudah tidak sabar lagi terhadap semua cercaan terhadap nenek moyang kita, caci makian terhadap impian-impian kita, serta penghinaan terhadap tuhan-tuhan kita ini.”
Jawapan Rasulullah SAW dengan pernyataan beliau yang sangat masyhur, “Demi Allah, andaikan mereka dapat meletakkan matahari di tangan kananku, dan bulan di tangan kiriku agar aku meninggalkan urusan ini, sampai Allah benar-benar memenangkannya atau aku hancur bersamanya, maka aku tidak akan meninggalkannya.”
Urusan Rasulullah SAW di sini adalah dakwah. Cara perjuangan dengan mengecam nenek moyang orang-orang kafir, menghina tuhan-tuhan mereka, menjelikkan impian mereka, semua ini adalah indikasi bahawa perbuatan Rasul SAW tersebut adalah fardhu. Itu juga menjadi bukti bahawa perjuangan adalah fardhu.
Sebagai contoh, Rasulullah SAW tidak melakukan perjuangan melainkan setelah kutlah (kelompok) beliau keluar dari tahap sirriyah (rahsia) menuju tahap ilniyah (terang-terangan), iaitu tahap tafa’ul (berinteraksi dengan masyarakat). Ini merupakan bukti bahawa perjuangan tersebut semata-mata dilakukan pada tahapan kedua.
Hal ini tidak dapat dijadikan hujah untuk tidak melakukannya pada tahapan pertama. Namun, ini hanya dalil bahawa iqtida‘ (meneladani) Rasulullah SAW adalah agar melakukan perbuatan orang yang diteladani, sama persis seperti apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW secara menyeluruh. Sebabnya, meneladan perbuatan itu bermakna perlu melakukan, iaitu mitsli fi’lihi (bentuknya sama persis), ‘ala wajhihi (sifatnya sama), min ajlihi (tujuan dan niatnya sama).
Kata ‘ala wajhihi (sifatnya sama) adalah syarat dalam peneladanan. Sedangkan sifat perbuatan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW adalah beliau tidak memula mencaci maki tuhan-tuhan mereka, melainkan pada tahapan kedua. Beliau juga mengehadkan serangan beliau terhadap orang-orang kafir dan kekafiran mereka hanya dengan lisan, iaitu kifah (perjuangan), bukan dengan peperangan.
Demikianlah halnya, beliau melihat orang-orang (ketika itu) melakukan interaksi mereka sesuai dengan hukum-hukum kufur, sehinggakan kaum muslim pun turut melakukannya. Mereka tetap melakukan interaksi dengan orang-orang kafir dengan tradisi-tradisi jahiliah. Beliau belum menerapkan hukum-hukum interaksi atas kaum muslim, juga non-muslim. Sifat perbuatan inilah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang perlu kita teladaninya.
Oleh kerana itu, meneladani perbuatan Rasulullah SAW dalam persoalan perjuangan ini semata-mata dilakukan pada tahapan tafa’ul. Bukan kerana Islam sebelumnya belum melakukannya, melainkan semata-mata kerana Rasulullah SAW melakukan perjuangan dalam tahapan tafa’ul dan itulah yang kita perlu teladankan.
Demikian pula peperangan dan pelaksanaan hukum Islam tidak dilakukan pada tahapan tafa’ul. Ini bukan kerana Rasulullah SAW belum pernah berperang dan belum pernah menerapkan (hukum syarak), melainkan kerana perbuatan Rasul pada tahapan inilah yang menuntut kita perlu teladani semata-mata kerana dilakukan sama seperti sifat perbuatan beliau yang telah dilakukan oleh Rasul sehingga sah untuk disebut meneladani.
Meneladani (perbuatan Rasul) memiliki tiga syarat. Hanya dengan (tiga syarat tersebut) sempurnalah keteladanan. Mesti dilakukan sama persis seperti beliau, sesuai dengan perbuatan beliau, dan sesuai dengan tujuan serta niat perbuatan beliau. Oleh kerana itu, beliau tidak melakukan kifah pada tahapan pembinaan, tidak menunjukkan keharaman melakukannya, melainkan melakukan kifah. Meneladani Rasul SAW semata-mata mengikuti sifat perbuatan beliau yang telah beliau lakukan pada tahapan tertentu, iaitu tahapan tafa’ul. Dengan demikian, kifah hanya dilakukan pada tahapan tersebut, bukan tahapan yang lain, iaitu sama persis seperti sifat perbuatan beliau.
Demikianlah, semua perbuatan Rasulullah SAW yang beliau lakukan dalam mengemban dakwah dan semua perbuatan beliau yang beliau lakukan untuk menegakkan negara, kita wajib teladani semuanya. Tentang melakukan masing-masing perbuatan tersebut bergantung pada indikasinya. Apabila indikasi tersebut menunjukkan fardhu, seperti pembinaan dan perjuangan (kifah), melakukannya adalah fardhu.
Ini dari segi kewajipan mengikuti atau terikat dengan metode tersebut dan dari segi melakukan perbuatan masing-masing. Adapun dari segi tata cara mengikutinya hendaklah dilakukan dengan sama persis seperti Rasulullah SAW, serta seperti sifat perbuatan beliau sehingga sesuai sebagai berteladan terhadap Rasul SAW.
Sumber: Hadits Shiyam