Silsilah Jawapan asy-Syaikh al-‘Alim ‘Atha` bin Khalil Abu ar-Rasytah Amir Hizbut Tahrir atas Pertanyaan di Laman Facebook Beliau “Fiqhiyun”
Hukum Transaksi Kewangan dan Perdagangan Melalui Internet
Kepada Sa’id Khathib
Soalan:
Assalamu ’alaikum wa rahmatullah barakatuhu.
Apa hukum transaksi membeli misalnya dinar atau minyak atau emas atau … menggunakan dolar pada waktu murah kemudian menjualnya pada waktu mahal untuk mendapatkan keuntungan, perlu diketahui bahawa semua ini ada di internet, dan seseorang itu boleh mentransfer harta tersebut ke bank dan menariknya (mendebitnya) bila-bila pun dia mahu?
Pertanyaan kedua: Adakah ketika melakukan pertukaran mata wang disyaratkan serah terima dengan tangan atau cukup serah terima melalui internet tanpa serah terima dengan tangan?
– Saya tambahkan untuk melengkapkan pertanyaan: jika dia membeli minyak adakah dia perlu memilikinya dan menerimanya, dan bagaimana pula jika dia menjualnya tanpa memilikinya?
Perlu diketahui, jika dia membeli minyak, besi, emas atau harta, dia tidak mungkin menerimanya kecuali setelah dia mengubahnya ke dolar dan menerimanya dalam bentuk dolar. Dan jika anda membeli minyak, anda tidak mungkin menerimanya dalam bentuk minyak tetapi mengubahnya ke dalam bentuk dolar.
Demikian juga, dinyatakan dalam an-Nizhâm al-Iqtishâdî, “tidak boleh menjualnya sama sekali, dan ini mencakupi apa yang anda miliki tetapi belum anda terima, di antara untuk sempurnanya jual beli disyaratkan serah terima, iaitu barang yang ditakar, ditimbang dan dihitung (al-makîl wa al-mawzûn wa al-ma’dûd). Adapun apa yang kepemilikannya tidak disyaratkan serah terima, maka itu bukan barang yang ditakar, ditimbang dan dihitung misalnya haiwan, rumah, tanah dan seumpamanya, maka si penjual boleh menjualnya sebelum dia menerimanya).
Pertanyaan: bagaimana hukum atas sesuatu itu sama ada ia ditakar, ditimbang atau dihitung atau bukan? Disebutkan contoh yang bukan ditakar, ditimbang atau dihitung berupa haiwan, rumah. Tetapi haiwan seperti biri-biri di negeri kami ketika membelinya kami menimbangnya dan dijual sesuai dengan timbangannya itu, jadi menurut yang terlihat adalah ditimbang. Begitu juga dengan rumah, dikatakan satu atau dua tingkat, jadi ia dihitung. Bagaimana pula haiwan dan rumah itu dinilai, bukan dihitung dan bukan ditimbang?
Jawapan:
Wa’alaikumussalam wa rahmatullah wa barakatuhu.
Mengenai topik transaksi maka kami telah menjawab pertanyaan serupa dengan pertanyaan anda dan saya kutip sebahagian darinya yang memiliki kaitan dengan pertanyaan anda:
[Adapun Soal-Jawab pertama iaitu transaksi melalui internet maka hal itu sebagai berikut:
1- Mengenai minyak, pertanyaan tersebut tidak jelas:
Adakah anda ingin mengisi kenderaan anda dari stesen minyak menggunakan kad debit dan kemudian memberikannya kepada orang yang menjaga stesen minyak dan kemudian dia mengisikan minyak kenderaan anda? Jika masalahnya demikian, maka boleh sebab andai dia tertunda satu atau dua hari menarik (men-debit-kan) harga itu dari akaun anda, maka boleh membeli barang sebegini secara tidak tunai (kredit) tanpa riba. Jadi anda menerima barang (petrol untuk kenderaan anda) dan dia mengambil harga secara segera atau sehari atau dua hari kemudian … Jika faktanya begitu, maka tidak ada masalah dalam hal tersebut.
Adapun jika yang dimaksud dengan transaksi adalah membeli sejumlah tertentu minyak kemudian menjualnya sebelum menerimanya, maka ini tidak boleh sebab serah terima merupakan syarat dalam jual beli komoditi ini. Abu Dawud telah mengeluarkan dari Zaid bin Tsabit, dia berkata:
«فَإِنَّ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ نَهَى أَنْ تُبَاعَ السِّلَعُ حَيْثُ تُبْتَاعُ حَتَّى يَحُوزَهَا التُّجَّارُ إِلَى رِحَالِهِمْ»
“Rasulullah SAW melarang barang dijual sebagaimana dibeli sampai pedagang membawanya ke kenderaan mereka”.
Yakni bahawa barang-barang ini tidak boleh dijual kecuali setelah diperoleh dan diterima… Serah terima itu merupakan syarat dalam keabsahan jual belinya kecuali jika dinyatakan nas yang khusus terhadap barang tertentu sehingga boleh dijual, tanpa yang lainnya, dan hal itu di sini tidak ada … Atas dasar itu, maka jual beli sejumlah minyak tanpa serah terima adalah tidak boleh secara syarie.
Adapun jika yang anda maksudkan adalah menjadi rakan kongsi (syarîk) dalam cari gali (telaga) minyak dengan cara membayar dana dengan kad elektronik melalui internet maka ini tidak boleh. Sebab telaga-telaga minyak merupakan milik umum sehingga tidak boleh dimiliki sebagai kepemilikan peribadi …
Adapun jika yang anda maksud adalah masalah lainnya maka jelaskanlah …
2- Transaksi emas dan perak:
Adapun emas dan perak maka jual belinya sebahagian dengan sebahagian lainnya, atau dengan wang, maka wajib serah terima langsung –hâ`a wa hâ`a– (kontan –yadan bi yadin-) sebagaimana apa yang ada di dalam hadis yang dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari dan Abu Dawud daripada Umar:
«الذَّهَبُ بِالْوَرِقِ رِباً إِلَّا هَاءَ وَهَاءَ»
“Emas dengan dirham riba kecuali hâ`a wa hâ`a”.
Yakni kontan (yadan bi yadin). Oleh kerana itu, maka pembelian emas dengan perak, atau wang, tidak sah kecuali dengan serah terima…
Dan kerana setelah kami menelaah tatacara transaksi melalui internet, maka transaksi tersebut tidak sempurna segera tetapi mengambil waktu berjam-jam atau berhari-hari. Oleh sebab itu tidak boleh membeli emas dan perak menggunakan kad elektronik melalui internet, kecuali jika kad itu didebit dari akaun tersebut segera ketika pembelian emas atau perak, yakni kontan (yadan bi yadin hâ`a wa hâ`a). Jadi, jangan anda terima emas atau perak itu kecuali pada waktu sejumlah harganya didebit dari akaun anda … Dan kerana transaksi melalui ineternet, di situ tidak terjadi serah terima segera tetapi setelah satu atau dua hari, maka dengan begitu tidak boleh …
3- Transaksi saham dan surat berharga adalah haram sebab saham adalah saham syirkah musâhamah (Syarikat Terhad (Sdn Bhd)) yang secara syarie batil, dan kerana surat berharga itu terkait dengan riba. Kami telah merincikan topik syirkah musâhamah dalam buku an-Nizhâm al-Iqtishâdî dan demikian juga dalam booklet Kekacauan Pasaran Kewangan (Hazât al-Aswâq al-Mâliyah) dan buku-buku lainnya. Dan kami sebutkan dalam booklet tersebut secara ringkas sebagai berikut:
[Adapun hukum transaksi saham dan bon, sama ada jual atau beli maka haram. Hal itu kerana saham adalah saham syarikat terhad yang secara syarie batil, dan itu adalah surat berharga yang mengandungi sejumlah campuran dari modal yang halal dan keuntungan yang haram dalam akad batil dan muamalah yang batil. Dan setiap surat berharga darinya (setiap lembar saham) dengan nilai bahagian dari aset syirkah yang batil, dan aset ini bercampur dengan transaksi batil yang dilarang oleh syarak maka merupakan harta yang haram, tidak boleh dijual dan dibeli, dan tidak boleh bertransaksi dengannya. Demikian juga keadaannya dengan sekuriti/surat hutang (debt securities) yang mana di situ wang dilaburkan dengan riba, dan seperti saham bank atau yang seumpamanya, maka ia mengandung sejumlah harta yang haram. Oleh sebab itu, maka menjualnya dan membelinya menjadi haram, sebab harta yang terkandung di dalamnya adalah harta yang haram], selesai.
4- Transaksi mata wang melalui internet seperti Dolar dan Euro adalah haram.
Hal itu kerana tidak ada serah terima. Serah terima itu perlu ada dalam transkasi mata wang. Serah terima secara kontan sebagaimana yang berlaku pada emas dan perak juga berlaku pada mata wang kertas dengan ‘illat (kewangan -an-naqdiyah– yakni penggunaannya sebagai harga dan upah). Dan kami telah menyebutkan dalam soal-jawab pada 11/7/2004 sebagai berikut:
[Transaksi kertas berharga (wang kertas)
Benar, terhadapnya berlaku apa yang berlaku terhadap emas dan perak dari sisi riba dan hukum-hukum wang lainnya. Hal itu kerana terealisasinya ‘illat (kewangan -an-naqdiyah- yakni penggunaannya sebagai harga dan upah) pada kertas ini menjadikannya mengambil hukum-hukum wang.
Oleh kerana itu pembelian jenis-jenis ribawi dengan wang kertas ini, terhadapnya berlaku apa yang dinyatakan dalam hadis “yadan bi yadin -kontan-“ yakni bukan tidak tunai (dayn).
Dan topik itu sebagai berikut:
– Rasul SAW bersabda:
«الذَّهَبُ بِالذَّهَبِ، وَالْفِضَّةُ بِالْفِضَّةِ، وَالْبُرُّ بِالْبُرِّ، وَالشَّعِيرُ بِالشَّعِيرِ، وَالتَّمْرُ بِالتَّمْرِ، وَالْمِلْحُ بِالْمِلْحِ، مِثْلًا بِمِثْلٍ، سَوَاءً بِسَوَاءٍ، يَداً بِيَدٍ، فَإِذَا اخْتَلَفَتْ هَذِهِ الْأَصْنَافُ فَبِيعُوا كَيْفَ شِئْتُمْ إِذَا كَانَ يَداً بِيَدٍ»
“Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, dan garam dengan garam, mestilah semisal, sama, dan kontan. Jika berbeza jenis-jenis ini maka juallah sesuka kalian jika kontan” (HR al-Bukhari dan Muslim dari jalur ‘Ubadah bin ash-Shamit ra.).
Nas tersebut jelas, ketika berbeza jenis diantara jenis-jenis ribawi ini bahawa jual belinya sesuka kalian, – yakni keperluan semisal – tidak menjadi syarat, tetapi syaratnya adalah serah terima kontan. Lafaz al-ashnâf (jenis-jenis) itu dinyatakan secara umum pada semua jenis ribawi yakni enam jenis harta dan tidak dikecualikan darinya sesuatu pun kecuali dengan nas. Dan kerana tidak ada nas, maka hukumnya adalah boleh gandum dengan barli, atau gandum dengan emas, atau barli dengan perak, atau kurma dengan garam, atau kurma dengan emas, atau garam dengan perak … dsb betapa pun berbeza nilai transaksi dan harga, TETAPI MESTI KONTAN (YADAN BI YADIN), yakni bukan tidak tunai (laysa daynan). Dan apa yang berlaku terhadap emas dan perak juga berlaku terhadap wang kertas dengan penghimpun berupa ‘illat (kewangan -an-naqdiyah- yakni penggunaannya sebagai harga dan upah)], selesai.
Dan dengan mengkaji tatacara transaksi ini melalui internet dalam jual beli emas, menjadi jelas bahawa ia tertunda serah terima atau settlement selama sehari atau dua hari … dari tanggal akad. Dan ini menyalahi syarat serah terima yang telah disepakati dan yang dinyatakan oleh Nabi SAW dengan sabda Beliau: “yadan bi yadin -kontan-“. Imam al-Bukhari telah mengeluarkan daripada al-Bara` bin ‘Azib, dia berkata, kami bertanya kepada Nabi SAW tentang hal itu, maka Beliau bersabda:
«مَا كَانَ يَداً بِيَدٍ فَخُذُوهُ وَمَا كَانَ نَسِيئَةً فَذَرُوهُ»
“Apa yang kontan maka ambillah dan apa yang dengan penundaan -tidak tunai- maka tinggalkanlah”.
Imam Muslim telah mengeluarkan daripada Malik bin Aws bin al-Hadatsan bahawa dia berkata,
أَقْبَلْتُ أَقُولُ مَنْ يَصْطَرِفُ الدَّرَاهِمَ فَقَالَ طَلْحَةُ بْنُ عُبَيْدِ اللَّهِ وَهُوَ عِنْدَ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ أَرِنَا ذَهَبَكَ ثُمَّ ائْتِنَا إِذَا جَاءَ خَادِمُنَا نُعْطِكَ وَرِقَكَ فَقَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ كَلَّا وَاللَّهِ لَتُعْطِيَنَّهُ وَرِقَهُ أَوْ لَتَرُدَّنَّ إِلَيْهِ ذَهَبَهُ فَإِنَّ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ قَالَ «الْوَرِقُ بِالذَّهَبِ رِباً إِلَّا هَاءَ وَهَاءَ…»
“Aku datang, aku katakan “Siapa yang menukar dirham?” Maka Thalhah bin ‘Ubaidillah berkata dan dia bersama dengan Umar bin al-Khattab, “Tunjukkan emasmu kemudian berikan kami, jika pembantu kami datang kami berikan dirhammu”. Maka Umar bin al-Khattab berkata, “Tidak, demi Allah, sungguh engkau beri dia dinar atau engkau kembalikan kepadanya emasnya sebab Rasulullah SAW bersabda: “Dirham dengan emas riba kecuali hâ`a wa hâ`a (kontan) …”.
Atas dasar itu maka tidak boleh transaksi Euro, Dolar dan mata wang lainnya melalui internet kerana tidak adanya serah terima segera)], selesai.
Mengenai pertanyaan anda tentang barang yang ditakar, ditimbang dan dihitung (al-makîl wa al-mawzûn wa al-ma’dûd), maka kami telah menjawab pertanyaan semisal ini … sebagai berikut:
Soal-jawab pada 12 Februari 2006, dinyatakan di situ:
[Barang yang dihitung, ditimbang dan ditakar (al-ma’dûd wa al-mawzûn wa al-makîl) itu adalah sesuai fakta yang ada dalam jual beli barang.
… lihatlah di pasar bagaimana barang ini dijual? Apakah dijual dengan hitungan yakni apakah ditawarkan di pasar setiap biji sekian atau setiap satuan sekian? Apakah dijual dengan timbangan sehingga ditawarkan setiap kilogram sekian? Atau ditawarkan setiap meter sekian? Atau tiap sha’ sekian? …
Jika masalahnya demikian maka terhadapnya berlaku sifat yang dihitung (al-ma’dûd) atau ditimbang (al-mawzûn) atau ditakar (al-makîl), baik itu sifat untuk satu atau banyak, yakni bahawa barang tersebut boleh disifati dengan ditimbang dan dihitung (al-mawzûn wa al-ma’dûd) …
Contoh: gandum, barli … dengan timbangan dan takaran.
Epal, limau … dengan timbangan dan hitungan (di sebahagian negeri dijual dengan hitungan).
Kain … dengan takaran (hasta dan meter).
… dan penanda aras sifatnya ketika serah terima dengan perkara-perkara ini merupakan perkara yang penting untuk menghilangkan ketidakjelasan. Ketika dikatakan “aku mempunyai 100 kilogram gandum” saja, tidak cukup untuk menetapkan sifat, tetapi wajib ditentukan jenis gandum tersebut sehingga timbangan itu menghilangkan ketidakjelasan. Dan begitu pula yang ditakar dan dihitung.
Tetapi, haiwan, apakah dijual dengan hitungan sehingga orang menawarkan “setiap unta seribu” atau dijual dengan si pembeli melihat unta itu dan mengatakan “unta ini tidak setara seribu” kemudian dia memilih unta yang kedua? Apakah setiap unta itu seperti unta-unta yang lainnya yang mana jual belinya adalah dengan hitungan?
Kemudian, apakah rumah dijual dengan hitungan atau timbangan atau takaran, dengan makna orang menawarkan “dia mempunyai sepuluh rumah dan dia mengatakan satu rumah seribu” atau pembelian suatu rumah dengan melihatnya sementara ia berbeza dari yang lainnya …
Oleh kerana itu, haiwan dan rumah tidak dijual secara takaran, timbangan dan hitungan. Mungkin anda mengatakan, sebahagian orang menjual haiwan mereka secara timbangan, tetapi ini tidak berlaku pada semua haiwan. Mungkin dia menjual biri-biri tertentu dengan timbangan tetapi dia tidak menjual setiap biri-biri dan tidak menjual setiap haiwan, jadi dia tidak menjual lembu dengan timbangan … yang mana tidak dikatakan “aku mempunyai seratus kilogram haiwan” (sudah tentu yang dimaksudkan adalah haiwan hidup).
Demikian juga, mungkin anda katakan bahawa ada orang menjual rumah mengikut meter, tetapi ia tidak berlaku untuk setiap rumah, tetapi satu meter di rumah ini adalah sepuluh, dan di rumah itu dengan dua puluh, begitulah. Jadi penanda aras bukan dengan takaran, jadi tidak dikatakan “aku mempunyai piutang yang menjadi kewajipan anda seratus meter rumah …
Begitulah … … … ], selesai.
Saya berharap di dalam ini ada kecukupan, wallâh a’lam wa ahkam.[]
Saudaramu Atha’ bin Khalil Abu ar-Rasytah
11 Rabiul Akhir 1446 H
14 Oktober 2024 M