Catatan dari Syahidnya Ismail Haniyah
Oleh: Farid Wadjdi
Pasca syahidnya Ismail Haniyah, entiti penjajah Yahudi berharap bahawa perjuangan rakyat Palestin bakal berakhir. Namun, ternyata sangkaan mereka meleset sama sekali. “Mereka silap besar!”
Ismail Haniyah, pemimpin politik Hamas, telah syahid akibat serangan udara di Tehran, Iran, pada Rabu 31 Julai 2024 lalu. Selama keganasan Zionis Yahudi ke atas Palestin, keluarga Haniyah turut menjadi sasaran serangan. Pada April lalu, tiga anak dan empat cucunya juga syahid dibunuh oleh Zionis Yahudi. Sekitar 65 orang dari keluarga Ismail Haniyah telah gugur.
Syahidnya para pahlawan umat Islam justeru akan melahirkan para pejuang baru dan menambah semangat perlawanan terhadap penjajah. Ini sebagaimana kepemimpinan panglima perang Islam pada masa Rasulullah SAW. Demikian juga pada masa Khulafaur Rasyidin. Perjuangan mereka tidak pernah berhenti meskipun para pahlawan Islam telah syahid di medan pertempuran.
Kematian dalam perjuangan, sebutlah untuk kemerdekaan Palestin dari penjajahan Zionis Yahudi, adalah sesuatu yang justeru dirindukan oleh umat Islam. Bukan hanya itu. Pahala syahid menjadi umpama bahan bakar yang membuat bara api perjuangan semakin membesar.
Pembunuhan ini semakin menunjukkan kepada umum bahawa entiti penjajah Yahudi benar-benar musuh umat Islam. Entiti penjajah ini juga semakin menampakkan kekejamannya, tanpa peduli, mereka terus menyerang Palestin, Lubnan, Iran, Yaman, Syria mahupun Irak. Zionis melakukan serangan tanpa mempedulikan undang-undang antarabangsa dan reaksi dari para penguasa negeri-negeri Islam. Mereka bahkan tidak mempedulikan reaksi Iran sekalipun meskipun serangan ke Iran dan elit politik mahupun militer bukanlah yang pertama kali.
Zionis Yahudi sesungguhnya pengecut. Mereka nampak “berani” kerana faktor-faktor berikut:
Pertama, Zionis Yahudi sebelumnya telah memastikan negara yang akan diserang, termasuk ke Iran, tidak akan melakukan serangan balas yang mampu mematikan jantung mereka. Mereka sudah memastikan bahawa Iran tidak akan melakukan tindakan yang mematikan mereka, seperti halnya Lubnan.
Kedua, mereka juga tahu bahawa para penguasa negeri Muslim lainnya juga tidak akan merespon dengan serangan yang mematikan. Dengan kata lain, para penguasa negeri Arab tidak akan menggerakkan tentera-tentera mereka untuk melakukan serangan balasan yang selayaknya terhadap entiti penjajah Yahudi ini.
Ketiga, Zionis sedar, di belakang mereka berdirinya Amerika Syarikat (AS) sebagai penyokong mereka. Netanyahu tidak akan boleh dan mampu melakukan semua ini kecuali dengan dukungan Amerika. Semua kekejaman Zionis tak dapat dilepaskan dari dukungan harga mati berdarah AS kepada entiti penjajah ini.
Keempat, lemahnya persatuan umat Islam di berbagai negeri Muslim. Entiti penjajah Yahudi ini faham, selama umat Islam masih dibelenggu oleh konsepsi nation-state (negara-bangsa), mereka akan sukar untuk bersatu secara politik di peringkat global. Tiadanya Negara Islam yang mewakili umat Islam secara global, iaitu Khilafah Islam ‘alaa Minhaaj an-Nubuwwah, makin melemahkan persatuan umat.
Serangan ini semestinya menjadi pelajaran yang memalukan bagi para penguasa termasuk di Iran, negara berdaulat yang malah terkesan membiarkan tetamu mereka (Ismail Haniyah) terbunuh. Jelas ini menunjukkan kaki tangan penjajah Yahudi ini telah masuk ke jantung Iran. Serangan ini mampu berjalan lancar sudah pasti kerana ada pengkhianatan di dalam tubuh Iran.
Di sisi lain, diamnya penguasa negeri-negeri Islam terhadap serangan ini makin membuktikan pengkhianatan mereka. Semua serangan di negeri-negeri Islam itu terjadi di bawah para penguasa yang berkhianat, berkomplot dan pengecut. Mereka telah mencapai titik bahawa mereka tidak lagi peduli terhadap tanah yang dijarah, kehormatan yang dicabul, atau saudara dekatnya di Bumi Islam yang dianiaya oleh musuh mereka. Mereka tidak lagi terkesan oleh darah suci yang tertumpah meskipun itu darah seorang tetamu yang dalam perlindungan mereka atau seorang Muslim yang berlindung dari kekejaman Yahudi.
Hal ini sekaligus menunjukkan betapa umat saat ini memerlukan institusi politik Khilafah ‘alaa Minhaaj an-Mubuwwah yang pasti mampu menyatukan negeri-negeri Muslim. Buat para panglima perang di negeri-negeri Muslim: Inilah kesempatan mereka untuk mendapatkan tempat mulia di sisi Allah SWT, agar mencabut kekuasaan penguasa pengkhianat umat. Sungguhnya kekuasaan ada di tangan mereka untuk membebaskan tanah kaum Muslim.
Terkait dengan upaya menyingkirkan penguasa pengkhianat di negeri Islam dan tegaknya Khilafah, ada dua hal yang diserukan Hizbut Tahrir Palestin dalam kenyataan media setelah syahidnya Ismail Haniyah. “…Menyingkirkan para penguasa pengecut yang telah mensia-siakan umat, agama dan darahnya, serta mengkhianati Allah dan Rasul-Nya, telah menjadi isu utama dalam setiap peristiwa, bahkan menjadi akar dari semua malapetaka yang terjadi di negeri-negeri kaum Muslim. Kerana itu isu tentang keberadaan Imam (Khalifah) bagi kaum Muslim, yang akan menjadi pelindung dan perisai mereka, menegakkan agama dan menghidupkan jihad, melindungi negeri dan rakyat, telah menjadi keperluan yang mendesak dan kewajipan yang mesti dipenuhi. Ketika itu terjadi, maka entiti Yahudi dan serangannya hanya akan menjadi kerosakan dan jejak yang segera dihilangkan, dengan izin Allah. Allah SWT berfirman (yang ertinya): “Setiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkan api itu, dan mereka berusaha membuat kerosakan di bumi. Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan.” (TMQ al-Maidah [5]: 64).
AlLaahu Akbar!