[Sorotan Ketabahan Muslimah Palestin]
Dedikasi Doktor Muslimah di “Hospital Khemah”
Dr. Fidaa Al-Qarshali mendirikan “hospital khemah” di kem penempatan untuk penduduk Gaza di Rafah. Inisiatif ini dilakukan pada saat penyakit merebak di kalangan penduduk yang sukar untuk sampai ke hospital terpencil, yang kedudukannya jauh dari kem penempatan baru.
Qarshali memberikan nasihat perubatan kepada pesakit yang tinggal di kem untuk mencegah jangkitan dan penyebaran penyakit yang lebih banyak.
Selain berkhidmat sebagai doktor kepada masyarakat, beliau juga merupakan seorang ibu.
Pada mulanya, beliau hanya melawat khemah ke khemah untuk memeriksa penduduk yang dipindahkan sekiranya mereka memerlukan perkhidmatannya. Kemudian, atas desakan dan permintaan ramai, beliau mula mendirikan “hospital khemah” dan memberikan perkhidmatan rawatan kesihatan secara percuma kepada penghuni kem. Beliau juga menerima pesakit tidak kira masa. Dalam sehari Qarshali menerima 50-100 pesakit. Perkhidmatan yang diberikan bukan secara rasmi, namun hanyalah atas dorongan persaudaraan sesama muslim.
Ulasan:
Tindakan Qarshali memberikan perkhidmatan rawatan sebagai seorang doktor bukan semata didorong oleh etika semata, namun didorong atas rasa keimanan, tanggungjawab dan hubungan sesama saudara muslim. Buah dari keimanan dan akidah yang diikat mendorong tindakannya membantu mereka yang memerlukan.
Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara”. (TMQ Al-Hujurat: 10)
Terdapat banyak hadis Nabi SAW yang menyebut tentang kedudukan saudara muslim terhadap muslim lain serta hak-hak seorang muslim ke atas muslim lain. Serta kelebihan memenuhi hak ke atas saudara sesama muslim. Antara dalilnya adalah seperti berikut,
Abdullah bin Umar RA berkata: Rasulullah SAW bersabda, “Seorang muslim adalah saudara terhadap sesama muslim, tidak menganiayainya dan tidak akan dibiarkan dianiaya orang lain. Dan siapa yang menyampaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menyampaikan hajatnya. Dan siapa yang melapangkan kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan kesukarannya di hari kiamat, dan siapa yang menutupi aurat seorang muslim, maka Allah akan menutupinya di hari kiamat. (HR Bukhari & Muslim)
Apa yang boleh dijadikan pengajaran di sini ialah, bagaimana pula sikap kita sebagai saudara muslim bagi saudara muslim di Palestin? Adakah kita telah memenuhi hak-hak mereka yang telah lebih 400 hari dizalimi, diserang oleh musuh Islam, Israel Zionis? Adakah kita telah memuhasabah para pemimpin umat Islam di seluruh dunia untuk menghantar tentera seterusnya membebaskan mereka? Marilah sama-sama kita merefleksi diri kita tentang apa yang kita lakukan untuk membela saudara kita di Palestin, agar kita mempunyai hujah kelak di hadapan Allah SWT. Wallahu’alam.
#muslimahideal #belagaza #muslimahpalestin