[Aktiviti] Kempen Muslimah Ideal diteruskan dengan Open Circle Muslimah yang bertajuk “Muslimah Ideal: Pengabdian Sejati Wanita Muslimah kepada Allah”. Ummu Qayyed sebagai ahli panel jemputan mengatakan dengan pemahaman yang benar tentang menjadi hamba Allah, akan membawa wanita Muslimah ke dalam kehidupan yang penuh ketaatan, kesederhanaan, dan pengabdian yang tulus kepada Allah SWT. Ini kerana, sebagai “manusia ideal” kita perlu memahami bahawa menjadi wanita yang mengabdikan diri kepada Allah adalah tujuan utama penciptaannya. Beliau berkomentar lagi, Muslimah Ideal yang memahami tujuan penciptaannya akan memahami bahawa hidup adalah tentang berkhidmat kepada Allah dalam setiap aspek, dan manusia perlu berusaha untuk menjalani kehidupan mereka dengan penuh keikhlasan, kesyukuran serta keteguhan dalam iman. Melalui pemahaman yang mendalam tentang makna penghambaan inilah, muslimah dapat memperbaiki habluminaAllah, sekaligus mewujudkan ketakwaannya.








