Membasmi Arak, Menjaga Akal Masyarakat Tetap Waras
Minuman keras (arak) menjadi salah satu cabaran terbesar dalam menjaga agar akal masyarakat tetap waras. Faktanya, arak tidak hanya merosakkan individu, tetapi juga menimbulkan keresahan sosial. Ini kerana alkohol sering mencetuskan pelbagai jenayah.
Sebagai negara yang penduduknya majoriti muslim, pemerintah sepatutnya menjunjung tinggi ajaran Islam yang telah mengharamkan arak (khamr). Namun kenyataannya, peredaran dan penjualan arak dalam masyarakat masih sangat bebas. Bahkan ia mensasarkan pelbagai golongan termasuklah remaja. Perkara ini tidak menghairankan kerana di kawasan bandar, arak boleh didapati dengan sangat mudah. Ini belum termasuk arak haram (termasuk yang tercemar) yang jauh lebih banyak dan biasanya dikonsumsi oleh masyarakat kelas bawahan.
Fakta ini menunjukkan ironi besar. Kerajaan yang sepatutnya menjaga moral dan akal masyarakat sebaliknya membenarkan arak beredar secara sah atau haram.
Bahaya Arak
Bahaya arak telah terbukti secara perubatan dan sosial. Menurut data daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2018, pengambilan alkohol menyebabkan lebih daripada tiga juta kematian setiap tahun di seluruh dunia. Alkohol juga boleh menjejaskan fungsi otak. Kerana itulah pengambilan minuman beralkohol telah menyebabkan banyak kemalangan jalan raya akibat pemandu mabuk. Di samping itu, banyak jenayah, dari keganasan rumahtangga sehingga ke pembunuhan, sering dicetuskan oleh pengaruh alkohol.
Kesan Ekonomi Liberal
Pelaksanaan sistem ekonomi liberal-kapitalis adalah antara sebab utama mengapa arak terus tersebar luas. Dalam ilmu ekonomi ada kaedah yang dikenali sebagai, “Di mana ada permintaan, di situ ada penawaran”. Malangnya, dalam sistem ekonomi liberal-kapitalis, usahawan akan cuba memenuhi sebarang permintaan. Termasuk arak yang jelas haram dan berisiko membahayakan masyarakat. Untuk mengaut keuntungan, mereka terus menghasilkan dan mengedarkan arak secara besar-besaran. Di sisi lain, kerajaan menerima cukai arak sebagai salah satu hasil pendapatan negara. Sememangnya arak sering dipromosikan sebagai tarikan pelancong asing. Ini adalah salah satu sebab mengapa Kerajaan tidak mengharamkan sepenuhnya alkohol di tempat-tempat pelancongan.
Memberantas Arak
Arak sudah jelas keharamannya. Allah SWT tegas berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya” [TMQ al-Maidah (5): 90]
Rasulullah SAW juga tegas bersabda:
كُلُّ مُسْكِرٍ خَمْرٌ وَكُلُّ خَمْرٍ حَرَامٌ
“Setiap yang memabukkan adalah khamr dan setiap khamr adalah haram.” (HR Muslim)
Dalam hadis lain yang dituturkan dari Jabir bin Abdullah ra. bahkan ditegaskan:
مَا أَسْكَرَ كَثِيرُهُ فَقَلِيلُهُ حَرَامٌ
“Apa saja yang banyaknya dapat memabukkan maka sedikitnya pun haram.” (HR Abu Dawud dan at-Tirmidzi)
Kerana itu seorang Mukmin tidak sepatutnya mengkonsumsi arak atau khamr. Demikian sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
لَا يَزْنِي الزَّانِي حِينَ يَزْنِي وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلَا يَشْرَبُ الْخَمْرَ حِينَ يَشْرَبُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ…
“Tak akan berzina seorang penzina, saat dia berzina, sementara dia Mukmin. Tak akan meminum khamr seorang peminum khamar, saat dia meminum khamr, sementara dia Mukmin…” (HR al-Bukhari)
Selain itu, ijmak sahabat, juga ijmak ulama kaum Muslim, telah bersepakat tentang keharaman khamr (arak). Mereka sekaligus memandang tindakan meminum khamr sebagai salah satu dosa besar. Demikian sebagaimana dinyatakan oleh Ibnu Qudamah rahimahulLâh (Ibnu Qudamah, Al-Mughni, 9/144).
Imam an-Nawawi juga menyatakan bahawa Allah SWT telah mengharamkan khamr kerana ia menghilangkan dan merosakkan akal (An-Nawawi, Al-Majmû’, 9/312).
Imam Al-Qurtubi menyatakan bahawa Allah SWT mengharamkan khamr kerana khamr dapat menghilangkan akal, merosak kehormatan serta menyebabkan kezaliman dan penganiayaan terhadap diri sendiri dan orang lain.” (Al-Qurthubi, Al-Jâmi’ li Ahkâm al-Qur’ân, 6/288).
Imam An-Nawawi dengan memetik sabda Rasulullah SAW juga menyatakan bahawa khamr adalah haram kerana ia merosakkan akal dan segala yang merosakkan akal adalah haram (An-Nawawi, Riyâdh ash-Shâlihîn, hlm. 378).
Hukuman Tegas
Dalam syariat Islam, orang yang meminum khamr wajib dihukum. Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ شَرِبَ الْخَمْرَ فَاجْلِدُوهُ فَإِنْ عَادَ فَاجْلِدُوهُ فَإِنْ عَادَ فِي الثَّالِثَةِ أَوْ الرَّابِعَةِ فَاقْتُلُوهُ
“Siapa saja yang mengkonsumsi khamr maka cambuklah dia. Jika dia mengulangi maka cambuklah. Jika dia mengulangi lagi untuk yang ketiga atau keempat kalinya maka bunuhlah dia.” (HR Abu Dawud dan at-Tirmidzi)
Namun demikian, para ulama berpendapat bahawa hukuman mati ini di-naskh (dibatalkan) dan hukuman bagi peminum khamr adalah sebatan dengan jumlah tertentu. Imam Malik rahimahulLâh menyatakan bahawa hukuman bagi peminum khamr adalah 80 sebatan pada pelanggaran pertama. Jika diulangi, hukumannya diperberatkan sesuai keadaannya.” (Malik, Al-Muwaththa’, 2/827).
Imam Syafie juga menyatakan bahawa hukuman cambuk adalah 40 atau 80 sebatan bagi peminum khamr. Ini berdasarkan praktik yang dilakukan oleh para Sahabat Nabi SAW. (Asy-Syafii, Al-Umm, 6/162).
Di sisi lain, Allah SWT tidak hanya melaknat peminum khamr. Allah SWT juga mengecam beberapa pihak lain yang terkait dengan khamr. Demikian sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah SAW:
لَعَنَ اللَّهُ الْخَمْرَ، وَشَارِبَهَا، وَسَاقِيَهَا، وَبَائِعَهَا، وَمُبْتَاعَهَا، وَعَاصِرَهَا، وَمُعْتَصِرَهَا، وَحَامِلَهَا، وَالْمَحْمُولَةَ إِلَيْهِ، وَآكِلَ ثَمَنِهَا
“Allah telah melaknat khamr, peminumnya, penuangnya, penjualnya, pembelinya, pemerahnya, orang yang meminta untuk diperahkan, pembawanya, yang minta dibawakan serta yang menikmati hasil penjualannya.” (HR Abu Dawud)
Dari hadis penuturan Jabir ra. juga dinyatakan:
إِنَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ حَرَّمَ بَيْعَ الْخَمْرِ وَالْمَيْتَةِ وَالْخِنْزِيرِ وَالْأَصْنَامِ
“Sungguh Allah SWT dan Rasul-Nya telah mengharamkan jual-beli khamar, bangkai, babi dan berhala.” (HR al-Bukhari)
Berdasarkan sabda Rasulullah SAW di atas, bukan hanya peminum khamr yang wajib dihukum. Pengilang, penjual dan pengedar (kurier) juga mesti ditangani dengan tegas. Ini kerana mereka dianggap sebagai sebahagian daripada orang yang menyebarkan kejahatan (fasad fil ardh). Oleh sebab itu, mereka boleh dikenakan hukuman berat mengikut keadaan dan budi bicara hakim. Ini kerana, menurut Ibn Hajar al-Haitami RahimahulLâh, perbuatan mengeluarkan, menjual atau mengedarkan khamr juga merupakan dosa besar (Al-Haitami, Az-Zawâjir ‘an Iqtirâf al-Kabâ’ir, 1/218).
Imam an-Nawawi juga menegaskan bahawa menjual khamr adalah haram dan pendapatan daripada perniagaan khamr juga adalah haram. Malah beliau menyatakan bahawa keuntungan dari perniagaan khamr adalah najis dan secara automatik haram (An-Nawawi, Al-Majmû’, 9/258).
Secara praktiknya, dalam Islam, hukum menjual atau mengedar arak (termasuk pelbagai jenis dadah) dilaksanakan dengan hukuman ta’ziir. Ta’zîr adalah jenis hukuman yang jumlahnya tidak ditentukan dalam syariah, tetapi ditentukan oleh qâdhi (hakim). Hukuman bagi penjual atau pengedar arak atau dadah boleh berbentuk penjara sehinggalah hukuman mati, terutamanya jika ia terbukti telah menyebabkan kerosakan besar kepada masyarakat.
Khatimah
Jelas sekali, menyelesaikan masalah arak tidak boleh dilakukan secara separuh. Pendekatan menyeluruh diperlukan yang melibatkan masyarakat, kerajaan dan undang-undang yang ketat. Islam telah memberikan garis panduan yang jelas dalam menjaga akal manusia iaitu dengan mengharamkan arak dan melaksanakan hukuman yang tegas. Kepentingan penguatkuasaan syariah Islam secara menyeluruh dalam sistem pemerintahan Islam (Khilafah) adalah kunci utama untuk mewujudkan masyarakat yang sihat dan berakhlak.
Dengan demikian, membasmi arak bukan sekadar mengatasi jenayah, tetapi juga merupakan usaha untuk memastikan minda orang ramai sihat dan waras. I Hal ini akan membantu masyarakat menuju kehidupan yang lebih selamat, lebih produktif dan penuh berkat. WalLâhu a’lam bi ash-shawâb.
—*—
Hikmah:
Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يُرْفَعَ الْعِلْمُ وَيَثْبُتَ الْجَهْلُ وَيُشْرَبَ الْخَمْرُ وَيَظْهَرَ الزِّنَا
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda dekatnya hari kiamat ialah: ilmu akan dicabut, kejahilan akan menjadi dominan, arak diminum secara berleluasa dan zina akan semakin berleluasa.” (HR al-Bukhari)