Kempen Muslimah Ideal di Selatan tanah air diserikan dengan program Bual Bicara : Persona Muslimah Ideal. Para peserta disajikan dengan beberapa kisah muslimah di Palestin bagi mengenal pasti karakter-karakter istimewa mereka. Kemudian, kedua-dua pembicara iaitu Ustazah Aisyah dan Ustazah Ummu Huzaifah mengupas beberapa karakter muslimah ideal menurut panduan Al-Quran dan As-Sunnah.







