[Aktiviti] Kuantan, 8 Disember 2024
Menjadi seorang muslimah dambaan syurga memerlukan pengorbanan dalam dunia yang penuh cabaran sekarang.
Bagi merealisasikannya satu perkongsian ilmu yang bertajuk Muslimah Ideal , Dambaan Syurga diadakan di kuantan untuk para muslimah menelurusi dan mengambil ibrah apa yang terjadi terhadap umat Islam di Palestin..
Mengambil semangat Ummu Nidal, ibu yang menangis kerana tiada lagi anaknya yang boleh syahid akibat kekejaman Israel, muslimah diseru untuk memantapkan aqidah, membetulkan niat dan sentiasa istiqomah dalam melaksanakan syariat Allah Subhanahu wa Taala.
Hadirin yang hadir berasa sungguh terinspirasi dengan semangat wanita Palestin.









