Jika Seorang Syarik (Rakan Perkongsian Syirkah) Meninggal, Bolehkah Digantikan oleh Ahli Warisnya?
Oleh : KH. M. Shiddiq Al-Jawi
Soalan :
Ustaz, salah seorang rakan kongsi syirkah saya yang berkedudukan sebagai shāhibul māl meninggal dunia. Saya berkedudukan sebagai pengelola modal (mudhārib/’ āmil). Total ada enam orang sebagai pengelola modal (mudhārib/’ āmil), dan ada 50 (lima puluh) orang sebagai pemodal (shāhibul māl). Apakah boleh kedudukannya digantikan oleh ahli warisnya?
Jawapan :
Jawapan untuk pertanyaan di atas, perlu dilihat dulu berapa orang yang terlibat dalam syirkah mudhārabah tersebut :
Pertama, jika syirkahnya hanya terdiri daripada dua orang saja, maka kematian salah satu syārik (rakan kongsi syirkah) bererti telah membatalkan syirkah yang ada. (Taqiyuddin An-Nabhani, Al-Nizhām Al-Iqtishādī fī Al-Islām, hlm. 160).
Imam Ibnu Qudamah dalam masalah ini menjelaskan :
قال الإمام ابن قدامة رحمه الله “المغني” ج 5 ص 16 :
وَالشِّرْكَةُ مِنَ الْعُقُوْدِ الْجَائِزَةِ، تَبْطُلُ بِمَوْتِ أَحَدِ الشَّرِيْكَيْنِ، وَجُنُوْنِهِ، وَالْحَجَرِ عَلَيْهِ لِلسَّفْهِ، وَبِالْفَسْخِ مِنْ أَحَدِهِمَا؛ لِأَنَّهَا عَقْدٌ جَائِزٌ، فَبَطَلَتْ بِذَلِكَ، كَالْوَكاَلَةِ
Imam Ibnu Qudamah, rahimahullāh, dalam Al-Mughnī, 5/16, berkata, “Syirkah termasuk akad-akad yang jā’iz (tidak mengikat/ tidak lāzim), yang akan batal dengan matinya, atau gilanya, atau terkena hajar-nya (keputusan qadhi tidak boleh bermuamalah kerana safīh/boros) bagi salah satu dari dua syarīk (rakan kongsi syirkah), dan juga batal dengan pembatalan salah satu dari kedua syarīk (rakan kongsi syirkah). Ini disebabkan syirkah adalah akad jā’iz (tidak mengikat/tidak lāzim), maka akan batal dengan hal-hal tersebut (kematian, gila, dan hajar), seperti halnya akad wakālah. (Ibnu Qudamah, Al-Mughnī, 5/16)
Kedua, jika syirkahnya terdiri dari tiga orang atau lebih, maka kematian salah satunya tidak automatik membatalkan syirkah. Jika syarīk tersebut mempunyai ahli waris yang cekap (wārits rāsyid), dan dipersetujui oleh syarīk lainnya, maka ahli waris berhak menggantikan kedudukan syarīk yang meninggal dunia, dan syirkahnya dapat diteruskan tanpa ada pembubaran. Sekiranya waris ingin menarik diri daripada shirkah, ia dibenarkan. (Taqiyuddin An-Nabhani, Al-Nizhām Al-Iqtishādī fī Al-Islām, hlm. 160).
Imam Ibnu Nujaim menjelaskan masalah ini dengan berkata :
قال الإمام ابن نجيم رحمه الله في البحر الرائق ج 5 ص 307 :
وَلَوْ كَانَ الشُّرَكَاءُ ثَلاَثَةً، فَمَاتَ أَحَدُهُمْ، حَتىَّ انْفَسَخَتِ الشِّرْكَةُ فِيْ حَقِّهِ، لَا تَنْفَسِخُ فِيْ حَقِّ الْباَقِيْنَ
Imam Ibnu Nujaim, rahimahullāh, dalam Al-Bahrur Rā`iq (5/307) berkata, “Jika jumlah syarīk-nya ada tiga orang (atau lebih), lalu salah satunya meninggal, maka syirkah telah batal bagi yang meninggal itu, namun tidak batal syirkahnya bagi para syarīk lainnya.” (Ibnu Nujaim, Al-Bahrur Rā`iq, 5/307).
Wallāhu a’lam.