[Aktiviti] 15 Disember 2024(Ahad) – MHTM Cawangan Ipoh mengadakan mini seminar bertajuk Muslimah Ideal: Bersedia Melangkah Menggapai Impian. Puan Hayati selaku aktivis MHTM telah membicarakan tentang bagaimana untuk menjadi seorang muslimah yang ideal. Perbincangan dimulai dengan membentuk diri menjadi seorang muslim yang sebenar dengan kekuatan aqidah Islam. Muslimah ideal juga mempunyai syakhsiyah sebagai seorang muslim yang sebenar dengan peka terhadap perubahan sekeliling dan turut serta dalam mendakwahkan politik Islam kepada seluruh masyarakat. Seorang muslimah tidak hanya bertanggungjawab kepada diri sendiri tetapi kepada keluarganya juga. Selain itu muslimah juga wajib mendakwahi masyarakat agar membentuk sebuah masyarakat yang berada di landasan Islam bagi membentuk sebuah negara yang benar menjadikan Islam sebagai syariat dalam pemerintahan.
Pembentang berkongsikan keadaan di Palestin yang melibatkan muslimah di sana dan negara-negara Islam lain yang ditindas, dijadikan contoh teladan dalam mendepani segala cabaran dalam kehiduoan. Penyampai juga menyedarkan peserta betapa pentingnya dan menjadi kefardhuan keberadaan sebuah negara Islam yakni Khilafah sebagai perisai dan menyelesaikan seluruh permasalahan umat manusia.
Rata-rata peserta sangat berpuas hati dengan penyampaian Pn Hayati dan bersemangat untuk cuba menjadi muslimah yang ideal.





















