[Aktiviti] Kuala Lumpur, Ahad 1 Disember 2024 – Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia (MHTM) Kuala Lumpur telah menganjurkan Open Circle Perdana dengan membawakan tajuk “Mendamaikan Minda, Jasad dan Jiwa Menuju Perjuangan” bertempat di Khilafah Centre, Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur yang telah menampilkan Dr Izzah Ibrahim , Pakar Perubatan Keluarga dan Kaunselor sebagai Pembicara.
Program ini diadakan sebagai kemuncak kepada open circle online bersiri bersempena kempen “Muslimah Ideal: Menata Perjuangan Menuju Pembebasan Palestin ” yang berlangsung sehingga penghujung Disember 2024.
Di penghujung program telah diadakan Solat Sunat Tasbih berjemaah yang diimamkan oleh Ustazah Zaharah Buhari.
Alhamdulillah rata-rata peserta sangat teruja dan berpuashati dengan pengisian yang telah disampaikan oleh Dr Izzah yang sarat dengan tips dan ilmu pengetahuan yang boleh mereka praktikkan dalam memainkan peranan sebagai Muslimah hakiki sebagaimana para Sahabiyah. Para peserta juga menyatakan keinginan untuk menyertai program-program MHTM yang akan datang.
Pihak penganjur mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada para peserta yang meluangkan masa hadir ke program ini dan semoga apa yg disampaikan oleh pembicara bermanfaat kepada semua. InsyaAllah.
Wallahu a’lam.
#muslimahideal









