[Menjadi Muslimah yang Lebih Baik: Tips Memperbaiki Diri dan Akhlak]
Ketiga – Menjaga niat ikhlas: Pastikan setiap amalan dilakukan semata-mata kerana Allah.
Seterusnya, kita hendaklah memastikan setiap amalan yang dilakukan semata-mata kerana Allah, tanpa mengharapkan pujian atau ganjaran duniawi. Niat ikhlas menjadi asas diterimanya amal ibadah.
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya segala amalan itu bergantung pada niatnya, dan seseorang akan mendapatkan sesuai dengan apa yang diniatkan.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Tanpa niat ikhlas, amal kebaikan tidak akan diterima oleh Allah, kerana tujuan utama ibadah adalah mencari keredhaan-Nya, bukan pujian manusia.
#muslimahideal