MEMPERSOALKAN HAM DI TENGAH MEREBAKNYA BERBAGAI KETIDAKADILAN
Peringatan Hari Hak Asasi Manusia (HAM) Sedunia diadakan setiap 10 Disember. Tahun ini merupakan peringatan Hari HAM Sedunia yang ke-76 sejak ditetapkannya Deklarasi Universal HAM (DUHAM) oleh Majlis Umum PBB pada 1948. Pada tahun ini, Hari HAM Sedunia mengusung tema “Our Rights, Our Future, Right Now”.
Dalam pandangan PBB, HAM bukan hanya gagasan abstrak, tetapi menawarkan norma-norma konkrit, hukum, dan kerangka kerja penting yang melindungi dari penyalahgunaan, pelangggaran, dan bahaya lainnya. Selain itu, masih menurut PBB, HAM adalah kekuatan besar untuk mengatasi ketidakadilan dan mendorong perubahan sosial dengan membentuk kembali masyarakat yang tidak adil serta memberdayakan kelompok-kelompok yang terpinggirkan.
Peringatan tahunan HAM dari tahun ke tahun tidak ubahnya narasi kosong dan isitadat belaka. Slogan dan semboyan yang selalu digaungkan dalam menjunjung tinggi hak asasi manusia terasa mandul jika melihat berbagai ketidakadilan dan pelanggaran berat yang dipertontonkan hari ini. Ketidakadilan itu bernama Palestin. Pelanggaran hak manusia itu bernama Zi0nis. Kemandulan dan slogan semu HAM itu bernama PBB.
Double Standard HAM
Untuk menggambarkan ketempangan HAM, cukuplah Palestin menjadi pelajaran agar dunia mahu membuka mata, hati, dan fikirannya. Bagi warga Palestin, Hari HAM Sedunia tidak lain sebagai hari kematian, kelaparan, penindasan, penjajahan, dan genosid. Dunia berbicara menjunjung tinggi hak asasi manusia, tetapi mereka tidak pernah membicarakan pelanggaran berat hak manusia yang terjadi di Palestin.
Jika ditanya, siapa sesungguhnya pelanggar HAM terberat di dunia saat ini? Jawapannya sudah sangat jelas, yakni Zi0nis, AS, dan para pendukungnya. Serangan keji dan brutal Zi0nis kepada muslim Palestin sejak 7 Oktober 2023 sudah mencapai 44,786 mangsa yang terkorban, 106,188 orang trcedera, dan lebih dari 2,700 anak-anak meninggal dunia (data per 9-12-2024). Serangan Zi0nis terhadap Gaza terus berlaku tanpa henti selama 431 hari berturut-turut, bahkan membabi buta, tidak lagi memandang anak-anak atau dewasa, juga tidak lagi mempedulikan rumah warga awam atau hospital. Kekejaman Zi0nis tidak dapat lagi ditoleransi dengan alasan pembelaan diri atau menyerang Hamas. Mereka mempertontonkan kebiadabannya di hadapan masyarakat sedunia.
Apa yang dilakukan PBB sebagai narator dan jurubicara HAM antarabangsa kala itu? Mereka hanya diam dan tidak berbuat apa pun. Untuk sekadar memberi tekanan politik, ekonomi, mahupun sosial kepada Zi0nis, PBB tidak mampu dan tidak berdaya. Zi0nis sentiasa mendapat dukungan dari AS, baik melalui politik, dana, persenjataan, mahupun militer. Jadi, sangatlah pantas jika menempatkan dua kawan ini, iaitu Zi0nis dan AS sebagai pelanggar HAM berat, bahkan dapat disebut sebagai penjenayah kemanusiaan antarabangsa.
Di sisi lain, ketidakadilan hak hidup manusia juga diperlihatkan dalam berbagai peristiwa yang memposisikan kaum muslim sebagai warga kelas dua. Sebut saja muslim Rohingya yang hidupnya terkontang-kanting tanpa kewarganegaraan. Tidak ada tindakan dan aksi nyata PBB menghukum Myanmar sebagai negara yang mengusir dan menghapus Rohingya sebagai warganegara mereka. Peranan UNHCR sebagai agensi pelarian PBB juga sebatas mencarikan tempat tinggal sementara di negara-negara yang mahu menerima pengungsi Rohingya.
Tidak ada kepastian solusi atas nasib warga Rohingya pada masa mendatang. Mereka hidup secara nomad, terusir, bahkan menjadi sasaran ujaran kebencian masyarakat yang tidak menyukai dan mengakui keberadaan mereka. Rohingya dianggap sebagai benalu dunia (tumbuhan parasit) yang tidak diakui keberadaannya sebagai manusia. Apakah ini yang disebut menjunjung tinggi HAM yang selalu digaungkan Barat dan PBB?
Diskriminasi dan persekusi juga masih banyak terjadi di negara-negara Barat dan belahan bumi lainnya yang mendakwa diri mereka sebagai negara penjunjung tinggi HAM dan kebebasan. Kes rasisme dan diskriminasi terhadap muslim di Eropah melonjak tajam. Laporan Badan Hak Asasi Fundamental Kesatuan Eropah (FRA) menunjukkan satu dari dua muslim di Kesatuan Eropah menghadapi rasisme dan diskriminasi dalam kehidupan seharian mereka.
Berdasarkan laporan yang dikeluarkan pada Khamis (24-10-2024), FRA mengatakan perempuan, lelaki, dan anak-anak muslim menjadi sasaran bukan hanya kerana agamanya, tetapi juga warna kulit dan etnik atau latar belakang imigran. FRA menemukan diskriminasi perkauman mencapai 47%, angka ini naik dibandingkan tinjauan yang dibuat pada 2016 sebanyak 39%. Kes tertinggi terjadi di Austria (71%), diikuti Jerman (68%) dan Finland (63%).
Dalam sektor pekerjaan, FRA melaporkan umat Islam paling sering menghadapi diskriminasi saat mencari pekerjaan (39%) atau di tempat kerja (35%), angka ini naik dari 31% dan 23% pada 2016. Pengarah FRA, Sirpa Rautio mengatakan lonjakan rasisme dan diskriminasi terhadap muslim di Eropah dipicu oleh konflik di Timur Tengah dan bertambah teruk kerana faktor narasi anti-muslim.
Selain itu, fenomena Islamofobia juga makin memburuk. Laporan bertajuk European Islamophobia Report pada 2020 menerangkan bahawa Islamofobia di Eropah kian meningkat. Laporan tersebut menjelaskan banyak berita palsu atau hoaks yang mendiskreditkan muslim seperti ujaran kebencian dan aksi anti-muslim. Sebagai contoh, Perancis mencatat terdapat 1,142 kes kejahatan ujaran kebencian, 235 mangsa di antaranya adalah muslim. Kemudian, di Austria dalam kes yang sama sebanyak 812 insidean akibat Islamofobia.
Dari fakta tersebut, adakah ini yang disebut menghargai dan menghormati hak asasi manusia? Ketika muslim hidup di negara yang majoriti non-muslim, hak mereka sebagai manusia terdiskriminasi dan kehormatan mereka tidak terjaga. Nilai kemanusiaan yang dijunjung tinggi para aktivis HAM tiba-tiba memudar jika mangsa yang mengalami pelanggaran tersebut adalah seorang muslim. Ketinggian hukum dan norma kemanusiaan juga menghilang manakala muslim Palestin teraniaya dan terjajah. PBB mendadak mandul dan membisu. Barat juga seakan cuci tangan atas penjajahan Zi0nis terhadap Palestin. Mereka lebih memilih mencari keamanan sendiri berbanding bertindak untuk berkonfrontasi dengan AS dan sekutunya, Zi0nis.
Kecacatan Ideaa HAM
Inilah double standard HAM ala Barat. Hal yang menyangkut hak-hak muslim, mereka mengabaikannya. Sebaliknya, jika hak-hak mereka terampas, mereka berkobar-kobar berkempen tiada henti, menuduh muslim dengan segala rupa dan kebencian, juga menuduh Islam sebagai biang masalah HAM.
Pada dasarnya, HAM merupakan produk warisan dari ideaologi sekular kapitalisme. HAM lahir bersama dengan idea kebebasan yang diagungkan dalam sistem demokrasi. Kerana terlahir dari akidah yang sama, yakni sekularisme, dan tumbuh dari ideologi yang sama, iaitu kapitalisme, HAM tidak akan jauh berbeza dari nilai-nilai sekular yang menjunjung tinggi kebebasan.
HAM dalam pandangan Barat semata-mata bersifat antroposentrik dan sekular, iaitu segala sesuatu berpusat pada manusia. Tolok ukur kebenaran dinilai berdasarkan pandangan manusia. Nilai-nilai kebebasan yang terkandung di dalamnya terlepas dari pandangan agama.
Berdasarkan konsep ini, sangat mustahil mengharapkan solusi HAM yang mampu mewujudkan nilai dan hak kemanusiaan bagi setiap individu. Ini kerana paradigma HAM selalu berputar pada kebebasan individu, seperti kebebasan kepemilikan, berperilaku, berkeyakinan, dan berpendapat yang perlu dijamin dan dilindungi. Jika menggunakan kaca mata HAM dalam merumuskan solusi, akan terjadi kekacauan berfikir. Ini tidak lain kerana paradigma menilai sesuatu dikembalikan pada pandangan manusia yang memungkinkan perbezaan satu dengan yang lainnya dan tidak memiliki standard baku yang sama.
Idea HAM sangat bertentangan dengan Islam. Islam memandang bahawa manusia tidak bebas secara mutlak. Perilaku seorang muslim terikat dengan tuntunan syariat Allah dan Sunah Rasul-Nya. Islam tidak mengenal konsep hak asasi dan kebebasan. Adapun mengenai hak, Islam hanya mengenal konsep hak manusia yang sudah tersusun dan teratur dengan baik dan terperinci. Imam Al-Ghazali menyebutnya sebagai maqâshidusy syarî‘ah (pokok-pokok yang menjadi tujuan syariat), di antaranya hifzh ad-din (menjaga agama), hifzh an-nafs (menjaga jiwa), hifzh al-‘aql (menjaga akal), hifzh an-nasl (menjaga keturunan), dan hifzh al-maal (menjaga harta benda).
Syariat menetapkan sanksi (hukuman) bagi pembunuh, pencuri, perogol, dan penganiaya untuk memelihara berharganya satu nyawa manusia. Islam juga memelihara akal manusia dengan kewajipan menuntut ilmu bagi setiap muslim. Islam mengatur sistem pergaulan sosial, di antaranya menghalalkan pernikahan dan mengharamkan zina. Tujuannya tidak lain untuk memelihara nasab dan keturunan. Islam juga memberikan hukum-hukum seputar pengelolaan harta agar tidak ada yang terzalimi dari harta tersebut. Semua ketetapan syariat berlaku bagi lelaki dan perempuan muslim.
Umat Hendaklah Waspada
Barat memahami bahawa bangkit dan hancurnya peradaban kapitalisme ada pada Islam dan kaum muslim. Oleh kerana itu, mereka sentiasa merosak pemikiran umat dengan idea sekularisme, demokrasi, HAM, liberalisme, dan segala produk warisan ideologi kapitalisme untuk menghalangi lahirnya generasi pemimpin peradaban Islam. Yang tinggal hanyalah generasi yang suka bermaksiat dan bergaya hidup hedonistik, sekular, dan liberal. Kempen HAM selalu masif dan menjadi agenda utama Barat dalam menjauhkan pemikiran Islam dan menjadikan pemikiran Barat sebagai paradigma berfikir bagi kaum muslim.
Oleh kerana itu, penting bagi kaum muslim untuk memahami bahawa HAM hanyalah penyamaran dan alat propaganda Barat untuk menjauhkan generasi muslim dari gambaran Islam kaffah. Allah SWT menciptakan manusia dalam rangka untuk beribadah dan taat kepadanya (surah Adz-Dzariyat: 56). Manusia memiliki kewajipan mengikuti ketetapan-ketetapan Allah.
Bagi mewujudkan keadilan hakiki bagi kaum muslim dan umat manusia pada umumnya, kita tidak boleh bergantung pada solusi sekular atau bersandar pada nilai-nilai HAM ala Barat. Umat memerlukan sistem dan kepemimpinan Islam yang mampu menyelesaikan persoalan kaum muslim dunia dari penjajahan, penganiayaan, diskriminasi, dan kerosakan yang diakibatkan oleh penerapan ideologi sekular kapitalisme
Kepemimpinan Islam
Solusi permasalahan dunia Islam hanya dapat diselesaikan oleh kaum muslim dan menurut paradigma Islam, iaitu kehadiran sistem Islam kaffah dan pemimpin kaum muslim yang mampu menerapkannya secara menyeluruh. Kehadiran negara Khilafah sangat diperlukan umat kerana beberapa alasan berikut:
Pertama, keadaan negeri muslim terjajah, seperti Palestin, Rohingya, Uyghur, dan negeri lainnya memerlukan kekuasaan khalifah sebagai pemimpin tertinggi umat Islam sedunia untuk mengerahkan tentera demi membebaskan negeri-negeri terjajah. Perisai inilah yang diperlukan agar umat benar-benar terbebas dari belenggu penjajahan orang-orang kafir.
Kedua, menyelamatkan generasi dari kerosakan ideologi sekular kapitalisme yang melahirkan kebebasan dan HAM dengan penerapan sistem pendidikan berasaskan akidah Islam serta sistem sosial, budaya, dan masyarakat yang benar-benar menjalankan syariat secara menyeluruh.
Ketiga, keadilan hukum dan terpenuhinya hak-hak dasar manusia hanya akan tercipta manakala sistem Islam berjalan secara kaffah berikut sanksi (hukuman) bagi pelanggarnya. Selain itu, sistem politik ekonomi Islam akan menghapus segala bentuk diskriminasi politik, jurang sosial, dan kemiskinan secara integral dan fundamental.
Kepemimpinan Islam akan mampu mewujudkan kehidupan yang dinaungi dengan kebaikan dan rahmat Islam. Oleh kerana itu, satu-satunya jalan untuk melawan kempen HAM adalah mendakwahkan Islam kaffah, memahamkannya ke tengah-tengah umat, dan memperjuangkan penerapan sistem Islam kaffah yang akan melindungi umat dari kerosakan idea Barat. Umat hendaklah menjadikan pemikiran Islam sebagai jalan dan poros hidupnya sehingga permasalahan hidup manusia dapat diselesaikan dengan sistem dan kepemimpinan Islam yang sangat kita rindukan.
Sumber: https://muslimahnews.net/2024/12/11/33661/