[Aktiviti] 15 Disember 2024 (Ahad) – Program ‘Muslimah Gathering’ membawakan perbincangan intelektual dengan tema Muslimah Ideal: Inspirasi dari Palestin. Dalam pertemuan kali ini membincangkan bagaimana menjadikan sosok muslimah Palestin sebagai inspirasi kepada Muslimah yang lainnya kerana kekuatan akidah dan jati diri mereka dalam menghadapi ujian getir peperangan yang telah berlangsung sekian lamanya. Sebagai saudara seakidah, para pembentang mengajak semua muslimah yang hadir untuk cakna terhadap peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka bagi sama-sama memperjuangkan kebebasan saudara seIslam di seluruh dunia dan khususnya kini buat umat Islam Palestin yang dalam peperangan sejak setahun yang lalu.











