Peranan Wanita adalah Ummu Wa Rabbatul Bayt dan Ummu Ajyal
Penulis : Hidayah Muhammad
Aktivis Muslimah Malaysia, Shafiqah Hakim, menyatakan bahawa peranan wanita dalam Islam terbahagi kepada dua, iaitu dalam ranah domestik (bidang rumah tangga) sebagai ummun warabbatul bait (ibu dan pengurus rumah tangga) dan dalam ranah umum (lingkungan umum) sebagai ummu ajyal (ibu generasi).
“Peranan wanita dalam Islam terbahagi kepada dua. Pertama, sebagai ummun wa rabbatul bayt (ibu dan pengurus rumah tangga) dalam ranah domestik. ini adalah tanggung jawab utama yang telah ditetapkan oleh Allah Swt. Kedua, sebagai ummu ajyal (Ibu generasi) dalam ranah publik. Seorang wanita atau ibu mempunyai peranan sangat besar untuk mendidik generasi.” ujarnya dalam Program Open Circle Muslimah, Ummu Wa Rabbatul Bayt : Karier Muslimah Ideal, Sabtu (18/01/25).
“Seorang wanita atau ibu mempunyai peranan sangat besar dalam mendidik generasi,” ujarnya menegaskan.
Beliau menambah lagi, tugas seorang ibu bukan sekadar mengurus makanan, pakaian, dan sebagainya. Tetapi lebih dari itu, seorang ibu berperanan juga dalam membentuk karakter dan keperibadian anak-anaknya.
“Ummun wa rabbatul bayt bukan sekadar peranan atau karier seorang suri rumah tangga. Samada dia seorang suri rumah atau yang bekerja, tetap menjadi ummun wa rabbatul bayt, yang menentukan dia berjaya atau tidak terletak pada bagaimana dia melaksanakan peranan tersebut,” tuturnya.
Beliau melanjutkan dengan mengatakan, sebagai ummu ajyal, wanita bukan hanya ibu kepada anak-anak, tetapi ibu kepada generasi akan datang.
“Jangan remehkan peranan seorang wanita. Wanita mempunyai peranan yang sangat besar untuk mendidik generasi. Didikannyalah yang akan membentuk generasi penerus. Jadi kalau kita ingin generasi mendatang menjadi generasi yang hebat, semua dimulai daripada seorang ibu,” tegasnya.
“Peranaan mulia yang diberikan Islam sebagai ummun wa rabbatul bayt dan ummu ajyal adalah satu model hebat untuk para ibu. Bukan hanya mendidik anak, namun menjadi pendidik generasi masa hadapan. Jadi berbahagialah dengan peranan tersebut,” tutupnya.