TINDAKAN HUKUMAN JENAYAH ISLAM BAGI MUSLIMAH YANG MENAMPAKKAN AURAT DI TEMPAT UMUM
Oleh : KH. M. Shiddiq Al-Jawi
Soalan :
Bagaimana penerapan hukuman bagi muslim atau muslimah yang membuka aurat di tempat umum? Siapakah yang berhak menerapkan pelaksanaan hukuman tersebut?
Jawapan :
Ada dua pertanyaan daripada penanya. Pertanyaan pertama,”Apa tindakan hukuman bagi muslim atau muslimah yang membuka aurat di tempat umum?” Jawapan, hukumannya adalah tindakan jenayah syariah yang disebut ta’zîr. Apa itu ta’zîr? Ta’zîr adalah hukuman syariah yang dijatuhkan untuk pelanggaran syariah yang tidak ada nash khusus mengenai jenis hukuman-nya dan tidak ada kaffarah (tebusan)-nya. (‘Abdurrahmân Al-Mâlikî, Nizhâm Al-‘Uqûbât, [Beirut : Dârul Ummah], Cetakan II, 1990, hlm. 17-22).
Pelanggaran syariah yang dijatuhkan hukuman ta’zîr pada prinsipnya adalah setiap perbuatan jenayah (al-jarîmah, criminal act) sesuai standard syariah Islam, namun tidak ada hukumannya secara khusus dari Al-Quran dan As-Sunnah. Secara umum, yang termasuk perbuatan jenayah (al-jarîmah) dalam Islam adalah setiap perbuatan seseorang meninggalkan apa yang diwajibkan syariah atau perbuatan seseorang melakukan yang diharamkan syariah. (‘Abdurrahmân Al-Mâlikî, Nizhâm Al-‘Uqûbât, hlm.15).
Contoh-contoh perbuatan-perbuatan seseorang meninggalkan yang diwajibkan syariah yang hukumannya ta’zîr, misalnya :
Pertama, meninggalkan solat wajib.
Kedua, tidak melakukan puasa Ramadhan, dengan makan atau minum pada siang hari di bulan Ramadhan tanpa uzur syarie.
Ketiga, tidak membayar zakat, baik zakat fitrah mahupun zakat mâl.
Keempat, tidak menjalankan kewajipan menutup aurat bagi wanita muslimah dalam kehidupan umum, iaitu kewajipan mengenakan kerudung (khimâr) dan jilbâb (busana gamis longgar terusan).
Kelima, tidak membayar hutang, dan sebagainya.
Contoh-contoh perbuatan-perbuatan seseorang melakukan yang haram yang hukumannya adalah ta’zîr, misalnya :
Pertama, melakukan transaksi riba,
Kedua, melakukan suap menyuap/rasuah (risywah).
Ketiga, memberi atau menerima hadiah suapan kepada pegawai.
Keempat, melakukan khalwat (bersunyi-sunyian) secara berdua-duaan antara lelaki dengan wanita yang bukan mahramnya.
Kelima, melakukan ikhtilâth (campur baur) antara lelaki dan wanita, misalnya ikhtilâth di jalan umum, ikhtilâth dalam kenderaan umum, ikhtilâth di sekolah dan kampus, ikhtilath di walimah nikah, dsb.
Lalu hukuman ta’zîr bagaimana yang boleh dijatuhkan oleh Qadhi (hakim syariah) bagi pelaku pelanggaran syariah yang mana hukumannya termasuk ta’zîr, khususnya untuk perbuatan muslim atau muslimah yang membuka aurat di tempat umum?
Jawapan, Qadhi (hakim syariah) akan menentukan jenis dan/atau kadar hukuman ta’zîr, dari macam-macam ta’zîr yang telah ditetapkan syariah, yang jumlahnya ada 14 (empat belas) jenis hukuman ta’zîr, sebagaimana yang dihuraikan secara terperinci oleh Syeikh ‘Abdurrahmân Al-Mâlikî dalam kitabnya Nizhâm Al-‘Uqûbât.
Ta’zîr itu boleh berupa hukuman mati (al-qatl), penyaliban (ash-shalb), penjara (al-habs), pengucilan/pengusiran (al-hajr) atau larangan hakim kepada orang awam untuk bercakap dengan tertuduh, pengasingan (an-nafyu), hukuman cambuk (al-jild) maksima sepuluh kali cambukan, denda dalam bentuk wang (al-gharâmah), pemusnahan barang jenayah (itlâful mâl), misalnya pemusnahan dadah, penerbitan oleh penjenayah (at-tasyhîr) di media massa, dan sebagainya. (‘Abdurrahmân Al-Mâlikî, Nizhâm Al-‘Uqûbât, hlm. 157-175).
Khusus untuk perbuatan muslim atau muslimah yang membuka aurat di tempat umum, Syeikh ‘Abdurrahmân Al-Mâlikî sudah menjelaskan jenis hukuman ta’zîr-nya, iaitu berupa hukuman cambuk atau berupa hukuman penjara. Syeikh ‘Abdurrahmân Al-Mâlikî menjelaskan :
كُلُّ مَنْ كَشَفَتْ شَيْئًا مِنْ عَوْرَتِهَا غَيْرَ وَجْهِهَا وَكَفَّيْهَا تُعاقَبُ بِالْجِلْدِ ، فَإِنْ لَمْ تَرْتَدِعْ عُوقِبَتْ بِالْحَبْسِ حَتَّى سِتَّةِ أَشْهُرٍ
“Barang siapa [perempuan] yang membuka auratnya selain wajah dan dua telapak tangannya, maka dia dihukum dengan hukuman cambuk. Jika dia tidak menghentikan perbuatannya [setelah dihukum cambuk], dia diancam dengan hukuman penjara paling lama enam bulan.” (‘Abdurrahmân Al-Mâlikî, Nizhâm Al-‘Uqûbât, hlm. 184).
Demikian jawapan untuk pertanyaan pertama.
Adapun pertanyaan kedua, iaitu “Siapakah yang berhak menerapkan pelaksanaan hukuman tersebut?”, jawapan, yang berhak hanyalah Qadhi (hakim syariah) yang mewakili Imam (Khalifah) dalam negara Khilafah. Hanya Imam (Khalifah) saja, yang berhak menerapkan pelaksanaan hukuman jenayah Islam, bukan yang lainnya. Siapa pun yang bukan Qadhi (hakim syariah) yang mewakili Imam (Khlaifah) dalam negara Khilafah, seperti hakim dalam sebuah sistem pemerintahan kerajaan, walaupun menerapkan Syariah Islam, demikian pula hakim dalam sistem pemerintahan republik, walaupun menerapkan Syariah Islam, semua itu tidak berhak secara mutlak untuk melaksanakan hukuman atau tindakan dalam sistem kehakiman jenayah Islam.
Jadi, kami tegaskan sekali lagi, bahawa yang berhak melaksanakan sistem kehakiman jenayah Islam adalah hanya Imam (Khalifah) yang menjadi ketua negara dalam Negara Khilafah, atau orang yang mewakili Imam (Khalifah) itu, seperti Qadhi (hakim syariah) dan sebagainya. Maka dari itu, secara syarie tidak boleh ada seorang pun juga siapa pun dia, baik dia individu, mahupun kelompok, mahupun negara, yang menjalankan hukum jenayah (hukuman) yang disyariatkan, seperti hukuman potong tangan, hukuman qishash, hukuman cambuk bagi pezina, dan sebagainya, termasuk juga berbagai hukuman ta’zîr.
Hal itu disebabkan hukuman jenayah Islam tersebut dulunya hanya dilaksanakan oleh Rasulullah SAW sebagai Imam (Ketua Negara) dalam Daulah Islamiyyah, yang kemudian dilanjutkan oleh para khalifah sesudahnya sebagai Imam (Khalifah) bagi kaum muslimin dalam negara Khilafah. (Imam Nawawi, Al-Majmû’ Syarah Al-Muhadzdzab, Juz XXII, hlm. 76).
Berikut ini kami sampaikan beberapa kutipan pendapat ulama yang menjelaskan bahawa yang berhak melaksanakan hukuman jenayah Islam hanyalah Imam (Khalifah) saja sebagai ketua negara Khilafah, bukan yang lain :
(1) فِي اَلْمَوْسُوْعَةِ اَلْفِقْهيَّةِ اَلْكُوَيْتيَّةِ : إتَّفَقَ الفُقَهَاءُ عَلَى أَنَّهُ لَا يُقِيْمُ الْحَدَّ إِلَّا اْلإِمَامُ أَوْ نائِبُهُ
(1) Dalam kitab Al–Mausû’ah Al–Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah disebutkan bahawa, “Para fuqaha (ahli fiqih) telah bersepakat bahawa tidak ada yang berhak menjalankan hudûd kecuali Imam (Khalifah) atau wakilnya (seperti Qadhi atau hakim syariah).” (Al–Mausû’ah Al–Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah, Juz XVII, hlm. 144).
(2) قَالَ بْنُ الرُّشْدِ : وَأَمَّا مَنْ يُقِيْمُ هَذَا الحَدَّ فَاتَّفَقُوْا عَلَى أَنَّ اْلإِمَامَ يُقيمُهُ ، وَكَذَلِكَ اْلأَمْرُ فِي سَائِرِ الْحُدُوْدِ
(2) Ibnu Rusyd berkata, “Adapun siapa yang menegakkan had (hukuman) ini [iaitu cambuk untuk peminum khamr], maka ulama telah sepakat bahawa hanya Imam (Khalifah) sajalah yang menegakkannya, demikian pula semua hudûd yang lain.” (Ibnu Rusyd, Bidâyatul Mujtahid wa Nihâyatul Muqtashid, Juz II, hlm. 483).
(3) قَالَ الإِمامُ النَّوَويُّ : أَمَّا الأَحْكامُ فَإِنَّهُ مَتَى وَجَبَ حَدُّ الزِّنَا أَوْ اَلسَّرِقَةِ أَوْ الشُّرْبِ لَمْ يَجُزْ اسْتيفاؤُهُ إِلَّا بِأَمْرِ الإِمامِ ، أَوْ بِأَمْرِمَنْ فَوَّضَ إِلَيْهِ الإِمَامُ النَّظَرَ فِي الأَمْرِ بِإِقَامَةِ الحَدِّ . . .
(3) Imam Nawawi berkata, “Adapun hukum-hukum ini [hudûd], maka sesungguhnya ketika telah wajib menjatuhkan had (hukuman) untuk perbuatan zina, pencurian, dan minum khamr, maka tidak boleh ada yang melaksanakannya, kecuali berdasarkan perintah Imam [Khalifah], atau perintah orang yang telah diberi kuasa oleh Imam [Khalifah] untuk mempertimbangkan pelaksanaan had tersebut…” (Imam Nawawi, Al-Majmû’ Syarah Al-Muhadzdzab, Juz XXII, hlm. 76).
Kesimpulannya, yang berhak melaksanakan berbagai penerapan hukuman jenayah Islam, termasuk berbagai hukuman ta’zîr, hanyalah Imam (Khalifah) atau orang yang mewakili Imam seperti Qadhi (hakim syariah), dalam bingkai negara Khilafah, bukan yang lain. Siapapun orangnya, seperti hakim dalam sebuah sistem pemerintahan kerajaan, walaupun menerapkan Syariah Islam, demikian pula hakim dalam sistem pemerintahan republik, walaupun menerapkan Syariah Islam, semua itu tidak berhak secara mutlak menurut syarak untuk melaksanakan hukuman atau tindakan dalam sistem kehakiman jenayah Islam. Wallâhu a’lam.
——–
*Sumber asal: https://shiddiqaljawi.com/sanksi-pidana-islam-bagi-muslimah-yang-menampakkan-aurat-di-tempat-umum/