[Kitab Muqaddimah Dustûr] Majlis Umat
Oleh: Gus Syam
Telaah Kitab kali ini membahas Majlis Umat yang tertuang dalam Fasal 105 Kitab Muqaddimah Dustûr.
Majlis Umat adalah orang-orang yang mewakili kaum muslim dalam menyampaikan pendapat sebagai bahan pertimbangan bagi Khalifah. Orang-orang yang mewakili penduduk wilayah disebut Majlis Wilayah. Orang-orang non-muslim dibolehkan menjadi anggota Majlis Umat untuk menyampaikan pengaduan tentang kezaliman para penguasa atau penyimpangan pelaksanaan hukum-hukum Islam.
Keberadaan Majlis Umat secara syarie ditetapkan berdasarkan perilaku Rasulullah SAW dan para sahabat. Rasulullah SAW dalam urusan-urusan tertentu bermusyawarah dengan para sahabat besar. Beliau sering meminta saranan dan pendapat mereka dalam urusan-urusan tertentu. Hanya saja, ada beberapa sahabat yang sering diajak bermusyawarah dan dimintai pendapat oleh Nabi SAW. Mereka adalah Abu Bakar, Umar, Hamzah, Ali, Salman al-Farisi, Hudzaifah, dan sebagainya.
Nabi SAW merupakan pemimpin yang paling banyak bermusyawarah dengan para sahabat beliau. Beliau tidak pernah lepas dari saranan-saranan ahlul ra’yi (para pemikir) serta orang yang beliau pandang memiliki kecemerlangan dan kelebihan berfikir. Mereka memberikan penjelasan berdasarkan kekuatan iman serta ketakwaan mereka dalam rangka menyebarkan dakwah Islam. Mereka berjumlah tujuh dari kaum Anshar dan tujuh orang lagi dari kaum Muhajirin. Di antaranya adalah Hamzah, Abu Bakar, Ja’far, Umar, Ali, Hasan, Husein, Ibnu Mas’ud, Salman, ‘Ammar, Hudzaifah, Abu Dzar, Miqdad dan Bilal.
Imam Ahmad telah meriwayatkan dari Ali yang mengatakan: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Tak seorang nabi pun sebelumku kecuali diberi tujuh pemimpin (kaum), pembantu yang mulia. Aku telah diberi empat belas pembantu, pemimpin yang mulia, tujuh dari Quraisy dan tujuh dari Muhajirin.”
Dalam riwayat Imam Ahmad yang lain, dari jalur Ali, disebutkan nama-namanya, “…Hamzah, Ja’far, Ali, Hasan, Husain, Abu Bakar, Umar, Miqdad, Abdullah bin Mas’ud, Abu Dzar, Hudzaifah, Salman, ‘Ammar, dan Bilal.”
Beliau juga meminta pendapat kepada yang lain, selain mereka. Hanya saja bezanya, frekuensi beliau bermusyawarah dengan mereka lebih kerap. Jadilah mereka seperti Majlis Syura.
Pada masa Kekhilafahan Abu Bakar RA, beliau meminta pendapat secara khusus kepada beberapa orang sahabat dari kalangan Muhajirin dan Anshar tatkala ada urusan-urusan kenegaraan yang penting. Mereka adalah ahlu syura dari kalangan ulama dan para sahabat yang mahir berfatwa. Ibnu Saad menuturkan sebuah riwayat dari Qasim, bahawa Abu Bakar ketika menghadapi suatu urusan yang menurut beliau perlu dimusyawarahkan dengan ahlul ra‘yi (orang yang ahli) dan ahli fikih dalam urusan tersebut, beliau memanggil beberapa orang lelaki dari kaum Muhajirin dan Anshar. Di antaranya adalah Umar, Uthman, Ali, Abdurrahman bin Auf, Muadz bin Jabal, Ubay bin Kaab, dan Zaid bin Tsabit. Masing-masing dari mereka memberikan fatwa pada masa Abu Bakar RA. Semua fatwa masyarakat yang bersumber dari mereka. Hal itu terus berlangsung pada masa Abu Bakar RA. Pada saat Umar diangkat menjadi khalifah, beliau juga memanggil orang-orang tersebut.
Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam bab Khumûs, bahawa Uthman, Abdurrahman bin Auf, Zubair dan Saad bin Abi Waqash meminta izin kepada Umar untuk memasuki rumah kediaman Umar. Umar mengizinkan. Kemudian mereka duduk dengan tenang. Lalu datang Ali dan Abbas yang juga meminta izin masuk. Umar pun mengizinkan. Ali dan Abbas pun masuk, memberi salam lalu duduk. Abbas berkata, “Wahai Amirul Mukminin, berikanlah keputusan antara aku dan orang ini (Ali RA)—kedua orang ini sedang berselisih dalam hal fai’ yang diberikan Allah kepada Rasulullah SAW dari harta Bani Nadlir.” Mendengar hal itu, Uthman dan sahabatnya berkata, “Wahai Amirul Mukminin, buatlah keputusan diantara mereka berdua agar satu sama lain dapat merasa puas.” Berkatalah Umar, “Kusampaikan kepada kalian dan bersumpahlah kalian dengan nama Allah yang dengan izin-Nya berdiri langit dan bumi. Apakah kalian mengetahui bahawa Rasulullah SAW telah berkata, ’Segala sesuatu yang kami tinggalkan tidak diwariskan tetapi menjadi sedekah. Yang Rasulullah SAW maksudkan itu adalah beliau sendiri.’” Berkatalah mereka semua, “Memang benar beliau telah bersabda seperti itu.” Umar lalu berpaling kepada Ali dan Abbas seraya berkata, “Bersumpahlah kalian berdua dengan nama Allah, tahukah kalian berdua bahawa Rasulullah SAW telah bersabda seperti itu?” Mereka berdua menjawab, “Memang benar beliau telah bersabda seperti itu.” Berkatalah Umar, “Kerana itu akan kukhabarkan kepada kalian tentang hal ini, iaitu bahawa Allah SWT telah mengkhususkan fai’ ini kepada Rasul-Nya dan tidak diberikan kepada seorang pun selain beliau.” Kemudian Umar membacakan ayat (yang ertinya): Apa saja harta rampasan (fai’) yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya (dari harta benda) mereka—sampai firman Allah—Sungguh Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” Hal ini menunjukan bahawa fai’ ini benar-benar menjadi milik Rasulullah SAW. Demi Allah, harta tersebut dihindarkan dari kalian, tidak diwariskan kepada kalian. Akan tetapi, beliau telah memberikan sebahagian dari harta tersebut kepada kalian dan membagikannya di antara kalian. Sebahagian bakinya dibelanjakan oleh Rasulullah SAW untuk keperluan keluarganya selama setahun dan sebahagian bakinya lagi dijadikan oleh beliau tetap menjadi harta milik Allah. Rasulullah telah melakukan hal tersebut selama hayatnya. Bersumpahlah dengan nama Allah, apakah kalian mengetahui hal itu?” Mereka semua menjawab, “Ya.” Seterusnya Umar berkata, “Kemudian Allah mewafatkan Nabi-Nya SAW dan saat itu Abu Bakar berkata, ‘Aku adalah pengganti Rasulullah SAW’ Lalu Abu Bakar menahan harta tersebut dan kemudian melakukan tindakan seperti yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW Allah mengetahui bahawa dia (Abu Bakar) dalam mengelola harta tersebut sungguh berada dalam sifat yang benar, baik, mengikuti petunjuk serta mengikuti yang haq. Kemudian Allah mewafatkan Abu Bakar dan akulah yang menjadi pengganti Abu Bakar. Aku pun menahan harta tersebut selama dua tahun dari masa pemerintahanku. Aku memperlakukan harta tersebut sesuai dengan apa yang telah dilakukan Rasulullah SAW dan Abu Bakar. Selain itu Allah mengetahui bahawa aku dalam mengelola harta tersebut berada dalam kebenaran, kebaikan, mengikuti petunjuk dan kebenaran.” (HR al-Bukhari).
Keweujudan Majlis Umat juga didasarkan pada dalil-dalil syariah yang mewajibkan kaum muslim melakukan muhâsabah li al-hukkâm (memuhasabah penguasa). Imam at-Tirmidzi menuturkan sebuah hadis dari Jabir RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
سَيِّدُ الشُّهَدَاءِ حَمْزَةُ بْنُ عَبْدِ الْمُطَلِّبِ، وَرَجُلٌ قَامَ إِلَى إِمَامٍ جَائِرٍ فَأَمَرَهُ وَنَهَاهُ فَقَتَلَهُ
“Pemimpin para syuhada adalah Hamzah bin Abdul Muthalib dan seseorang yang berdiri di hadapan pemimpin. Lalu dia memerintah pemimpin itu melakukan kemakrufan dan mencegahnya melakukan kemungkaran. Kemudian pemimpin itu membunuh dirinya.” (HR at-Tirmidzi dan al-Hakim).
Abu Umamah RA berkata: Pernah ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW, ketika beliau sedang melontar jamrah pertama, seraya berkata, “Ya Rasulullah, jihad apa yang paling utama? Rasulullah SAW tidak menjawab. Ketika beliau melontar jamrah kedua, orang itu bertanya lagi kepada Rasulullah SAW. Namun demikian, beliau tetap tidak menjawab. Ketika beliau selesai melontar Jamrah Aqabah, dan meletakkan kaki beliau di tunggangan untuk beliau kendarai, beliau bertanya, “Di mana orang yang bertanya tadi? Lelaki itu menjawab, “Saya, ya Rasulullah!” Beliau SAW bersabda, “Kalimat al-haq yang dikatakan di hadapan pemimpin pendosa,” (HR Ibnu Majah, Ahmad, ath-Thabarani dan al-Baihaqi).
Penduduk Yaman juga pernah melaporkan bacaan yang dibaca Muadz bin Jabal yang terlalu panjang ketika menjadi imam solat. Nabi segera menegurnya. Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan dari Abu Mas’ud al-Anshari yang mengatakan: Ada seseorang melapor (kepada Rasul), “Wahai Rasulullah, saya hampir tidak pernah mengikuti solat (berjemaah) kerana panjangnya (bacaan) fulan yang menjadi imam kami.” Lalu saya tidak melihat Nabi SAW dalam memberikan nasihat dengan sangat marah melebihi hari itu. Beliau lalu bersabda, “Wahai manusia, kalian hendaklah bergegas (bersama untuk solat). Siapa yang menjadi imam solat orang lain hendaklah memperpendek bacaan sebab di kalangan jemaah ada yang sakit, lemah dan orang yang mempunyai hajat.”
Masih banyak riwayat-riwayat lain yang menunjukkan aktiviti muhâsabah yang dilakukan oleh kaum muslim saat itu.
Menyampaikan pendapat, aspirasi, teguran (muhâsabah) dan usulan kepada pemerintahan Khilafah merupakan hak setiap warganegara. Mereka berhak menggunakan hak itu secara langsung, atau mewakilkannya kepada orang lain.
Adapun kebolehan orang-orang kafir menjadi anggota Majlis Umat hanya sebatas pada hak untuk menyampaikan pengaduan terhadap praktik-praktik penyimpangan terhadap syariah Islam yang dilakukan oleh pegawai negara. Mereka tidak memiliki hak untuk melakukan kritik (muhâsabah) terhadap kebijakan-kebijakan negara yang tegak di atas syariah Islam. Mereka juga tidak memiliki hak dan tidak boleh terlibat dalam musyawarah urusan-urusan negara dan masyarakat. Hal ini kerana, orang-orang kafir adalah umat yang wajib didakwahi. Mereka adalah orang-orang yang memiliki keyakinan kufur yang perlu dikembalikan ke jalan lurus. Oleh kerana itu, mereka tidak boleh dimintai pendapat dalam pengaturan urusan rakyat. Ketentuan seperti ini tidak boleh diertikan bahawa syariah Islam berlaku diskriminatif kepada orang kafir. Sebab, Daulah Islamiyah adalah negara yang menjadikan syariah Islam sebagai satu-satunya aturan untuk mengatur kehidupan masyarakat dan negara. Syariah Islam telah mengatur hak-hak dan kewajipan warganegaranya berdasarkan syariah Islam. Selain itu al-Quran dan Sunnah Nabi SAW melarang menjadikan orang-orang kafir sebagai teman kepercayaan. Ini haram kerana bertentangan dengan firman Allah SWT:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ بِطَانَةٗ مِّن دُونِكُمۡ لَا يَأۡلُونَكُمۡ خَبَالٗا وَدُّواْ مَا عَنِتُّمۡ قَدۡ بَدَتِ ٱلۡبَغۡضَآءُ مِنۡ أَفۡوَٰهِهِمۡ وَمَا تُخۡفِي صُدُورُهُمۡ أَكۡبَرُۚ قَدۡ بَيَّنَّا لَكُمُ ٱلۡأٓيَٰتِۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡقِلُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kalian mengambil teman kepercayaan kalian orang-orang yang di luar kalangan kalian (kerana) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudaratan bagi kalian. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kalian. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, sementara apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepada kalian ayat-ayat (Kami) jika kalian mengerti.” (TMQ Ali Imran [3]: 118).
Adapun konteks memberikan pengaduan dan penyimpangan yang dilakukan oleh pegawai Daulah Khilafah, maka orang-orang kafir diberi hak. Banyak riwayat sahih yang menuturkan pengaduan orang-orang kafir terhadap penyimpangan, kezaliman, atau buruknya pelayanan mereka kepada rakyat.
Khalifah Umar bin al-Khattab RA pernah menerima pengaduan dari orang Yahudi atas apa yang dilakukan oleh Amru bin Ash saat menjadi amil di Mesir (Lihat: Al-Muwatha‘, karya Imam Malik).
WalLâhu al-Musta’ân wa Huwa Waliyyu at-Tawfîq.