BERBANGGA DIRI
Oleh: Ustaz Irfan Abu Naveed
Sebagai pengingat, terutama bagi yang diuji dengan populariti , dimana populariti telah menggelincirkan banyak pembesar, Fir’aun, Heraclius Romawi, Kisra Parsi, dan yang semisalnya adalah sedikit dari sekian banyak buktinya.
Apa yang menjadi ujian ketika seseorang berada pada puncak populariti? Kagum dan bangga pada diri sendiri, (baca: lupa diri) dan lupa bercermin diri sebagai makhluk lemah dan hamba ciptaan Allah, yang bahkan untuk mengedipkan mata dan bernafas saja memerlukan Allah. Ulama memperingatkan mereka yang takjub pada dirinya sendiri:
إعجاب المرء بنفسه دليلٌ على ضعف عقله
“Kekaguman seseorang pada dirinya sendiri adalah indikator kelemahan akal fikirannya.”
Mengapa dikatakan indikasi lemah akal fikirannya? Kerana dia mengagumi sesuatu yang sebenarnya tak layak dikagumi, kerana apa yang dikagumi hakikatnya bukan lah miliknya, melainkan milik Allah Yang Maha Agung, yang adakalanya menguji makhluk-Nya dengan hal-hal yang bagi manusia suatu keagungan itu sendiri.
Ciri-ciri “al-‘I’jab ‘ala al-nafs” ini menjangkiti seseorang adalah mudah merendahkan orang lain, obsesi pada kedudukan dan penghormatan, dan enggan dinasihati, serta merasa cukup dengan ilmu yang ada.
Namun, ada hal yang tak kurang juga rosak dan merosakkan, lebih dari berbangga terhadap diri sendiri adalah berbangga kepada pemikiran yang menyimpang dari Islam, hingga didakwa sebagai harga mati, padahal menyalahi Islam, ini lebih rosak dan merosakkan dunia dan akhirat seseorang.
أعاذنا الله وإياكم من هذا الداء الفاسد المفسد