[Seputar Gerakan Islam] Fasa Mekah (Bahagian 1/22)
Pertama, tahapan dakwah secara rahsia. Fasa pendek ini memiliki ciri khusus berupa kerahsiaan yang sempurna. Sebabnya, hikmah yang ada menuntut untuk tidak mengumumkan dakwah yang datang secara tiba-tiba. Ini dilakukan agar penduduk Mekah tidak bergerak serta bangkit dan akan bergejolak kemarahannya. Sekalipun demikian, kerahsiaan menuntut keteguhan dan bulatnya tekad yang sangat tinggi tatkala berhadapan dengan berbagai ujian, musibah, cabaran, dan kesusahan.
Dengan demikian, fasa ini memerlukan adanya peribadi-peribadi yang mampu melakukan hal itu. Oleh sebab itu, perlu ada aktiviti menyiapkan mereka. Sungguh Rasulullah SAW telah mendakwahkan orang-orang berhampiran beliau untuk mengajak mereka masuk Islam.
Aktiviti itu diawali dengan mendakwahkan isteri beliau, Khadijah binti Khuwailid yang dengan segera menyambut dan menerima seruan tersebut, lalu mengimaninya. Demikian juga mawla beliau, Zayd bin Haritsah, sepupu beliau, Ali Abi Thalib, dan sahabat beliau, Abdullah bin Abi Qafa (Abu Bakar ash-Shiddiq). Kemudian orang-orang yang termasuk dalam as-sabiqun al-awwalun, Uthman bin Affan, Zubair al-Awwam, Abdurrahman bin Auf, Saad bin Abi Waqqash, Thalhah bin Ubaidillah, Bilal bin Rabbah, Abu Ubaidah A bin al-Jarah, Abu Salamah bin Abd al-Asad, dan Arqam bin al-Arqam. Demikian pula Litsman bin Mazh’un beserta saudaranya Qudamah dan Abdullah, Ubaidah bin al-Harits bin al-Muthallib bin Abd Manaf, serta Said bin Zaid dan isterinya Fathimah binti Khattab, Khubab bin al-Arat, Abdullah bin Mas’ud, dan lain-lain.
Mereka kemudian diikuti dengan masuk Islamnya manusia, baik lelaki mahupun perempuan. Mereka (kaum muslim) itu semuanya mengadakan pertemuan dengan Rasulullah SAW secara rahsia. Rasul menunjukkan mereka pada agama ini secara rahsia. Beliau menyampaikan wahyu yang beliau terima berupa ayat Al-Quran yang jelas kepada mereka.
Dengan demikian, dakwah pada permulaan fasa in bersifat fardiyyah (individual) dan siriyyah (rahsia). Sekalipun demikian, beritanya telah sampai kepada orang-orang Quraisy. Mereka belum mendatangkan kesusahan dan menyusahkan urusan dakwah kerana mereka menduga bahawa perkara terkait dakwah Muhammad tersebut tidak akan menimbulkan bahaya bagi mereka.
Dengan demikian, mungkin dikatakan bahawa pada fasa ini telah berkumpul di sekitar Rasul sejumlah orang mukmin yang membenarkan risalah dan mengimani kenabian Muhammad SAW. Oleh kerana itu, fasa ini boleh dinilai sebagai fasa tabligh (penyampaian) Islam dan tatsqif (pembinaan) orang-orang Mukmin dengan apa yang diturunkan oleh Allah SWT berupa Al-Quran al-Karim.
Oleh kerana itu, mungkin fasa ini dinamakan sebagai marhalah tatsqif (fasa pembinaan) kerana dalam fasa ini aktivitinya dihadkan pada penyampaian Islam melalui kontak yang bermacam-macam.
Dengan itulah dilakukan persiapan sekelompok orang-orang mukmin yang membenarkan risalah Islam nan sempurna. Fasa ini berlangsung–sebagaimana yang telah kami sebutkan terdahulu dan sebagaimana telah diketahui–selama tiga tahun.
Sumber: Muhammad Said Abu Za’rur, Seputar Gerakan Islam.