[Nafsiyah] Ancaman Memakan Harta Haram
Oleh: Al-Faqir Arief B. Iskandar
Harta yang haram ada dua jenis iaitu, (1) harta yang haram dari segi zatnya, (2) harta yang haram dari segi cara ia diperolehi.
Contoh harta haram dari segi zat ialah daging babi, daging binatang yang disembelih bukan atas nama Allah SWT, arak, daging binatang buas dan lain-lain. Mengenai harta yang haram dari segi zatnya, Rasulullah SAW bersabda, “Demi jiwaku yang berada di tanganNya, sesungguhnya jika seseorang memasukkan makanan yang haram ke dalam perutnya, maka tidak akan diterima amalnya selama 40 hari; dan seorang hamba yang tumbuh dagingnya dari kecurangan dan riba, maka neraka lebih baik baginya.” [HR ath-Thabrani]
Baginda juga bersabda, “Daging tidak tumbuh dari makanan yang haram, kecuali neraka lebih utama bagi dirinya.” [HR At Tirmidzi]
Contoh harta yang haram dari segi cara perolehannya ialah harta yang diperoleh melalui judi, riba dan kontrak yang bukan syariah (insurans, pelaburan, bursa saham/saham, tukaran mata wang asing, pertukaran mata wang tidak secara tunai, kredit emas, dan lain-lain). Mengenai hal ini, Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa mengumpulkan harta yang haram, kemudian bersedekah, maka tidak ada pahala baginya kecuali dosa.” [HR Ibnu Huzaimah].
Mudah-mudahan kita terhindar dari dua jenis harta yang haram, iaitu harta yang memang haram zatnya, dan harta yang haram perolehannya walaupun barangnya halal.
Wa mâ tawfîqî illâ billâh wa ’alaihi tawakkaltu wa ilaihi unîb.