[ Siri Kejatuhan Khilafah: Apa yang Umat Islam Perlu Pelajari? ]
Bahaya Konspirasi Kuasa Asing
Umat Islam perlu sentiasa berwaspada terhadap campur tangan kuasa asing yang berniat memecah-belahkan kekuatan umat.
Kuasa Barat seperti British dan Perancis menggunakan diplomasi, sokongan ketenteraan, serta pengaruh politik untuk memastikan kejatuhan Khilafah Uthmaniyah.
Oleh itu, penting umat Islam pada hari ini celik politik Islam agar memahami tindak tanduk politik musuh berdasarkan perspektif Islam. Malah, para pemimpin negeri kaum Muslim ini telah menunjukkan kepada kita bahawa mereka telah terus menerus terjerumus dalam permainan politik Barat. Sebab itulah juga umat pada hari ini masih dalam keadaan terpisah-pisah. Tatkala umat di Palestin dibantai dengan dahsyat akibat kerjasama negara-negara kafir Barat dan sekutunya. Kita masih tidak mampu menghalang kejahatan mereka berpuluh tahun kerana terperangkap kerana mengikuti kompas politik antarabangsa mereka.