ADAKAH ISRAEL AKAN PATUH KEPADA PERJANJIAN GENCATAN SENJATA ?
Oleh: Muhammad Ayyubi (Pengarah Komuniti Mufakkirun Siyasiyyun)
Masihkah ada ruang di dalam hati kita untuk percaya kepada Israel, sementara mereka telah berulang kali mengingkari perjanjian antarabangsa.
Israel telah melakukan beberapa pelanggaran perjanjian antarabangsa, antara lain:
Pelanggaran Undang-Undang Kemanusiaan
- Pelanggaran hak asasi manusia di Tebing Barat dan Gaza.
- Penggunaan keganasan yang melampau terhadap orang awam.
- Sekatan Gaza yang mengehadkan akses untuk mendapatkan keperluan asas.
Pelanggaran Undang-Undang Antarabangsa
- Pendudukan wilayah Palestin yang tidak sah.
- Pembangunan pemukiman di Tebing Barat yang melanggar Resolusi PBB 242.
- Pengambilalihan tanah Palestin untuk projek infrastruktur Israel.
Pelanggaran Perjanjian
- Perjanjian Oslo (1993) yang tidak dipatuhi.
- Perjanjian Camp David (1978) yang tidak sepenuhnya diimplementasikan.
Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2334 (2016) tentang:
- Pembangunan pemukiman.
- Penggunaan senjata kimia dan fosforus putih.
- Memusnahkan/merosakkan fasiliti kesihatan dan sekolah.
- Penganiayaan terhadap tahanan Palestin.
Jika saat ini Hamas dan Israel melakukan kerjasama gencatan senjata selama 42 hari, apakah nasibnya tidak sama dengan perjanjian perjanjian terdahulu?.
Secara normal, orang mukmin yang cerdas tidak akan terjatuh ke dalam lubang yang sama dua kali.
لَا يُلْدَغُ الْمُؤْمِنُ مِنْ جُحْرٍ وَاحِدٍ مَرَّتَيْنِ
“Seorang mukmin tidak akan masuk ke dalam lubang yang sama dua kali.”
Sementara itu, sehari setelah perjanjian gencatan senjata, mereka telah mengebom wilayah Gaza hingga menyebabkan 27 orang terbunuh.
Tidak ada bahasa yang dapat difahami oleh Israel kecuali bahasa perang. Jihad akan menghentikan seluruh kejahatan mereka.
Sudah pasti jihad yang sepadan, negara melawan negara. Jihad yang diorganisasi dengan rapi oleh sebuah negara, didanai dengan dana yang tidak terbatas, tentera tentera tetap yang digaji oleh negara dan peralatan perang yang canggih.
Andai saja seluruh kekuatan kaum muslimin diarahkan berjihad di Palestin dan dikomando oleh Khalifah, maka dengan gabungan tentera aktif Top 10 negara muslim berjumlah 4.2 juta tidak perlu waktu yang lama untuk mengalahkan Israel yang hanya memiliki 170 ribu tentera aktif dan 450 ribu tentera simpanan.
Akan tetapi sayangnya kekuatan besar kaum muslimin tercerai berai dalam sempadan nasionalisme sehingga tidak berdaya untuk berhadapan dengan Israel yang kecil itu.
Saatnya umat Islam menyedari kekuatannya dan mengembalikan kejayaannya di bawah kekuasaan Khilafah Islamiyah.[]