Perbandingan Tiga Akidah Negara (Ateis, Sekular, dan Islam)
Umat Islam kini dibahagikan kepada ratusan negara bangsa. Walaupun jumlahnya sangat banyak, tetapi jika dilihat dari sudut akidah negara, ia hanyalah sebuah negara sekular dan ateis.
Tidak ada satu pun umat Islam yang tinggal di negara yang berakidah Islam. Sedangkan akidah negara sangat berkait rapat dengan pelaksanaan syariah Islam, daripada bermulanya pelaksanaan secara kaffah, separuh-separuh, sehinggalah kepada anti-syariah.
Berikut adalah tiga perbandingan akidah negara yang dimaksudkan:
- Pertama, negara yang berakidah ateis.
Kerana mereka tidak percaya kewujudan Tuhan, secara automatik negara juga tidak menggunakan peraturan Tuhan. Malah wanita Islam yang hanya bertudung adalah dilarang atas alasan ekstremisme, radikalisme, keganasan, dan anti-ini, anti-itu. Salah satu contoh negara ateis ialah China yang memperlakukan Muslim Uighur di Xinjiang.
- Kedua, negara yang berakidah sekular.
Negara seperti ini percaya kewujudan Tuhan, tetapi peraturan kehidupan bernegara tidak menggunakan peraturan Tuhan. Boleh dikatakan lebih daripada 90% negara yang ada hari ini berakidah sekular termasuk di negeri-negeri Islam.
Di semua negeri Islam hari ini (termasuk Indonesia), akidah negaranya adalah sekular kerana walaupun ada yang mendakwa secara de jure berdasarkan Islam sekalipun (seperti Arab Saudi dan Malaysia), namun secara de facto sistem pemerintahannya diambil dari luar Islam dan sebahagian undang-undang yang diterapkannya bukan dari Islam.
Sesiapa sahaja yang mendakwahkan penerapan Islam secara kaffah berkemungkinan besar akan dianiaya dan dijenayahkan dengan alasan ekstremisme, radikalisme, keganasan, dan anti-ini, anti-itu.
- Ketiga, negara yang berakidah Islam.
Negara ini menjadikan tiada Tuhan selain Allah Subḥānahu Wa Taʿālā dan Nabi Muhammad ﷺ sebagai pesuruh-Nya sebagai akidah dengan maksud yang benar, bukan sekadar dakwaan. Segala peraturan-Nya dilaksanakan oleh negara secara kaffah. Para fuqaha menggelar negara sebagai Khilafah.
Bagaimana nasib non-Muslim di negara ini?
Jangan risau, Islam melarang non-Muslim dipaksa masuk Islam. Islam juga menjamin kebebasan warganegara non-Muslim untuk beribadat mengikut agama masing-masing, menjaga kehormatan, nyawa dan harta benda. Selain itu, ia juga menghapuskan yuran sekolah dan hospital. Seperkara lagi, mereka tidak dituntut menyertai peperangan fizikal melawan musuh negara.
Malangnya, pada masa ini tidak ada negara berakidah Islam. Tetapi ia pernah wujud selama 1,300 tahun – dengan segala dinamikanya – sejak Nabi Muhammad ﷺ berhijrah ke Madinah, diikuti oleh Khilafah Rasyidah, Khilafah Umayyah, Khilafah Abbasiyah, sehingga Khilafah Uthmaniyyah runtuh pada 28 Rejab 1342 H/ 3 Mac 1924 M.
Negara berakidah Islam ini adalah rumah sebenar umat Islam, bukan yang lain. Seperti ikan air masin, rumah sebenarnya adalah laut, bukan kolam air tawar. Insya-Allah, Khilafah Rasyidah yang kedua – sebagaimana bisyarah daripada Rasulullah ﷺ – akan tegak kembali dalam masa terdekat ini. Aamiin.
Sumber: Joko Prasetyo, Wartawan