|
Jawapan kepada Soalan: Pemindahan Penduduk Gaza (Terjemahan)
=========
Soalan:
[Al Jazeera melaporkan di laman webnya pada 26/1/2025: “(Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata bahawa beliau sedang mendesak Jordan, Mesir, dan negara-negara Arab lain untuk menerima lebih ramai pelarian Palestin dari Gaza selepas perang Israel ke atas wilayah itu menyebabkan krisis kemanusiaan. Apabila ditanya sama ada cadangan ini bersifat sementara atau jangka panjang, Trump menjawab: ‘Ia boleh jadi yang ini atau itu'”].
Tidakkah ini bermakna bahawa Trump meletakkan para pemerintah Jordan dan Mesir dalam keadaan yang sangat memalukan, lebih-lebih lagi kerana mereka sebelum ini menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan pemindahan tersebut?
Adakah ini juga bermakna bahawa Trump sedang merancang untuk mengosongkan Semenanjung Gaza daripada penduduknya bagi mengilhakkannya kepada entiti Yahudi. Lebih-lebih lagi apabila para pemimpin Arab—malah semua pemimpin umat Islam—berdiam diri ibarat kuburan tanpa bergerak sedikit pun untuk berdepan dengannya?
Adakah ini menandakan perubahan dalam dasar Amerika, atau ia masih sama tetapi dengan pendekatan yang berbeza?
—
Jawapan:
Untuk menjelaskan jawapan kepada persoalan di atas, mari kita semak perkara berikut:
1- Trump tidak menyembunyikan matlamatnya, sebaliknya Trump secara terang-terangan menyatakan niatnya, tidak seperti pendahulunya, Joe Biden. Contohnya, Biden cuba menipu rakyat dengan mendakwa bahawa Amerika sedang berusaha untuk melaksanakan projek “penyelesaian dua negara,” namun ia hanyalah sekadar kata-kata kosong tanpa makna.
Al Jazeera telah melaporkan pada 4/1/2024 di laman rasminya: “Presiden AS Joe Biden berkata semalam, Jumaat, bahawa terdapat beberapa model untuk penyelesaian dua negara, menunjukkan bahawa beberapa negara di PBB tidak mempunyai angkatan bersenjata mereka sendiri….” (Aljazeera 4/1/2024). Hal ini menunjukkan bahawa Biden merujuk kepada sebuah model negara dari jenis tersebut, yakni negara tanpa angkatan bersenjata!
Bagaimanapun, Trump menyebut kebenaran akan objektifnya tanpa menipu rakyat. Beliau menyatakan semasa kempen pilihan rayanya, berkata: “Apabila anda melihat peta, peta Timur Tengah, ‘Israel’ adalah tempat kecil yang kecil berbanding dengan kawasan daratan gergasi ini. Saya sebenarnya berkata: ‘Adakah ada cara untuk mendapatkan lebih banyak?’” (Sky News 19/8/2024), bermakna dia mahu mengembangkan entiti Yahudi dengan legitimasi penempatan di Tebing Barat dan memberi mereka kebebasan untuk merampas tanah dan menubuhkan penempatan baru di atasnya.
2- Ini disahkan melalui pelantikan seseorang yang berkongsi pandangan sama dengannya, iaitu Duta Besar AS ke entiti Yahudi, iaitu Mike Huckabee, yang digambarkan oleh Trump dalam akaun Truth Socialnya pada 13/11/2024 sebagai: “Dia mencintai ‘Israel’ dan orang ‘Israel’, dan begitu juga orang ‘Israel’ mencintainya, dan Mike akan bekerja tanpa jemu untuk membawa keamanan ke Timur Tengah.”
Antara kenyataan Mike Huckabee sebelum ini adalah sebagaimana yang diterbitkan oleh BBC pada 13/11/2024, memetik Jewish Channel 12, bahawa Huckabee terkenal dengan kenyataannya menyokong entiti Yahudi, termasuk kenyataan yang dibuat pada 2015, dia berkata: “Sejarah Israel terhubung ke rantau tersebut, menjangkau ribuan tahun, lebih kuat berbanding 400 tahun hubung-kait Amerika dengan Manhattan.”
Dia mempunyai banyak klip video di media sosial yang disiarkannya pada 2017 di mana dia mengatakan, “Tiada Tebing Barat, ia adalah Judais dan Samaria, tidak ada hal seperti penempatan, mereka adalah komuniti-komuniti, mereka adalah kejiranan-kejiranan, mereka adalah bandar-bandar, tidak ada yang namanya pendudukan.”
3- Duta ini memperbaharui kenyataannya kepada Jewish Channel 7 pada 15/11/2024, dengan berkata: “Saya tidak boleh mengatakan sesuatu yang saya tidak percayai. Saya tidak pernah sanggup menggunakan istilah Tebing Barat. Tidak ada sesuatu seperti itu. Saya bercakap tentang Judais dan Samaria, saya memberitahu orang bahawa tidak ada pendudukan.” Dia berkata: “Ingatlah bahawa selama empat tahun Trump menjadi presiden, tidak ada presiden yang lebih menyokong Israel daripada dia dalam sejarah. Segala-galanya, daripada mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara, kepada memindahkan kedutaan Amerika dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis, dan mengiktiraf Bukit Golan sebagai hak milik sah Negara ‘Israel’, serta juga tidak cuba memajukan penyelesaian dua negara, kerana ia tidak praktikal dan tidak dapat dilaksanakan [hampir tidak realistik].” Beliau berkata: “Saya tidak percaya bahawa penyelesaian dua negara adalah sah. Ini adalah jawatan yang saya sudah sandang sejak bertahun-tahun, dan ia adalah kedudukan yang dipersetujui Trump, dan saya menjangkakan ia akan diteruskan.”
Melalui kenyataan-kenyataan inilah ciri-ciri dasar Trump terhadap isu Palestin boleh dilihat, bahawa ia mengabsahkan pendudukan di Tebing Barat dan penempatan haram.
4- Ini bermakna pentadbiran Trump tidak mempunyai projek baru khusus untuk isu Palestin, hatta untuk mewujudkan negara bagi mereka, tidak kira apa pun saiznya. Sebaliknya, perkara-perkara yang sedang berlaku bergerak ke arah pengiktirafan rasmi Amerika terhadap entiti Yahudi melalui legitimasi penempatan haram di Tebing Barat, seperti yang ditunjukkan dalam kenyataan duta Amerika kepada entiti Yahudi, dan bahawa Trump menyokongnya dalam hal ini. Trump memujinya, yang bermaksud bahawa Trump memujinya atas ideanya mengenai isu tersebut.
Ini disahkan lagi oleh penarikan balik sekatan Trump ke atas para peneroka haram Yahudi yang melakukan pelanggaran, yang dianggap oleh Amerika sebagai kesalahan semasa pentadbiran Biden. Keamanan yang dimaksudkan oleh Trump ialah menerima entiti Yahudi di tanah-tanah yang dirampasnya di Tebing Barat dan membina penempatan mereka di atasnya. Dalam masa sama, memberikan hak kepada Pihak Berkuasa Palestin untuk terus kekal pada masa ini dengan sebahagian autonomi agar ia boleh terus berkhidmat kepada entiti Yahudi di bawah alasan koordinasi keselamatan. Dalam masa sama terus memeras orang ramai dengan mengutip cukai daripada mereka, untuk memberi makan (baca: sumber pendapatan) kepada para petugas Pihak Berkuasa Palestin yang sembari menyediakan beberapa perkhidmatan perbandaran.
5- Trump cuba menunjukkan kebolehannya untuk mencapai apa yang dia mahukan, dan bahawa dia mampu berdamai sehingga memperdayakan para penguasa di rantau tersebut, serta memberi harapan kepada mereka sebagaimana syaitan memberi harapan kepada pengikutnya.
Al Jazeera melaporkan pada 23/1/2025: “Presiden AS Donald Trump berkata bahawa pencapaian pentadbirannya lebih banyak dalam tempoh 4 hari berbanding apa yang telah dicapai oleh pentadbiran bekas Presiden Joe Biden dalam 4 tahun. Seolah-olah menekankan bahawa jika bukan kerana pentadbirannya, perjanjian gencatan senjata di Gaza tidak akan dimuktamadkan minggu ini. Dia juga menyebut bahawa Kerajaan Arab Saudi akan melabur $600 bilion di Amerika Syarikat, namun dia akan meminta mereka menjadikannya kepada satu trilion dolar.”
Walau bagaimanapun, Trump turut melampirkan “cenderahati” dari perjanjian ini kepada entiti Yahudi, seperti yang dilaporkan oleh akhbar Yahudi Yedioth Ahronoth pada 14/1/2025: “‘Israel’ akan mempunyai hak untuk menamatkan gencatan senjata jika difikirkan perlu, dan Rumah Putih akan menghapuskan beban disebalik pembatalan sekatan yang sebelum ini dikenakan oleh pentadbiran Biden ke atas beberapa peneroka haram yang melakukan perbuatan jenayah, dan akan melancarkan kempen antarabangsa terhadap kedua-dua Mahkamah PBB yang telah melakukan siasatan atau pendakwaan terhadap Israel, terutamanya terhadap Netanyahu dan menteri pertahanannya Galant atas tuduhan melakukan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan.”
6- Oleh itu, Trump, semasa tempoh pertama dan semasanya, telah menerima pakai kepentingan Yahudi, malah resolusi antarabangsa yang ditetapkan oleh Amerika dan negara-negara besar lain, Amerika sedang mengejar negara-negara yang melanggar resolusi-resolusi ini. Trump juga menjejaskan resolusi-resolusi yang menentang kepentingan Yahudi ini. Dia telah merosakkan resolusi PBB yang menganggap Tebing Barat sebagai tanah yang diduduki (dijajah) di mana entiti Yahudi tidak mempunyai hak untuk menetap, sebaliknya mesti menarik diri dari sana ke sempadan 4 Jun 1967.
Dia juga telah menjejaskan resolusi PBB mengenai Baitulmaqdis Timur sebagai tanah Palestin yang diduduki, serta resolusi mengenai isu Dataran Tinggi Golan sebagai pendudukan ke atas tanah Syria.
Malah beliau telah mengiktiraf legitimasi mengenai keputusan entiti Yahudi untuk mengilhakkan Baitulmaqdis (al-Quds) dan Bukit Golan. Ini mengesahkan bahawa beliau akan mengiktiraf legitimasi penempatan haram dan apa yang telah dirampas oleh orang Yahudi setakat ini di Tebing Barat, sekaligus membenarkan lebih banyak penempatan ditubuhkan atau diperluaskan. Hal ini telah bermula sejak beliau mengampuni para peneroka haram yang dikenakan sekatan semasa penggal Biden.
7- Trump akan meneruskan rancangannya untuk menubuhkan entiti Yahudi dengan membuat seluruh negara di rantau ini bangkit dan menormalisasikan hubungan dengan entiti tersebut sebagai langkah memperakui keabsahan mereka serta tinadakan perampasan tanah-tanah Palestin. Antara negara yang dicalonkan untuk tujuan ini ialah Arab Saudi, terutamanya atas faktor hubungan erat Putera Mahkota Saudi itu dengan Trump, yang telah bersungguh-sungguh melakukan tindakan susulan terkait normalisasi entiti tersebut dengan Arab Saudi. Ini mungkin tidak akan ditangguhkan, kerana pematuhan sepenuhnya rejim Saudi terhadap apa yang dikehendaki oleh pentadbiran Republik yang diketuai oleh Trump telahpun difahami oleh setiap orang yang memiliki penglihatan dan berwawasan.
Trump mengumumkan pada 23/1/2025 bahawa “Arab Saudi akan melabur $600 bilion ke dalam ekonomi Amerika, dan saya akan meminta untuk menaikkannya kepada satu trilion dolar.” (Al-Hurra America, 23/1/2025), dan dia menyatakan bahawa perkara ini berlaku dalam panggilan telefon dengan Putera Mahkota Saudi, Bin Salman, pada petang Rabu 22/1/2025.
Itulah dia, dengan hanya satu panggilan telefon, pemerintah de facto Arab Saudi segera mematuhi permintaan presiden Amerika untuk menyokong ekonomi Amerika dengan ratusan bilion dolar. Ini menunjukkan sejauh mana kesediaan rejim Saudi untuk tunduk kepada permintaan Amerika semasa tempoh Trump. Oleh itu, dengan hanya satu panggilan telefon, Bin Salman akan mengumumkan kesediaannya untuk menormalsasikan hubungan dengan entiti Yahudi itu apabila diminta berbuat demikian.
8- Sehubungan itu, sesiapa yang mengamati tindakan Trump yang menyokong entiti Yahudi itu akan mendapati kenyataan Trump termasuk dalam persoalan mengenai pengosongan Semenanjung Gaza daripada penduduknya dan mengilhakkannya kepada orang Yahudi, terutamanya apabila ditanya sama ada ini adalah cadangan sementara atau jangka panjang, Trump berkata, “Boleh jadi ini atau itu” (Al Jazeera 26/1/2025).
Sesiapa yang merenung perkara ini akan mendapati ia perkara biasa bagi Trump.
Mengenai apa yang dinyatakan dalam soalan: “Bukankah ini bermakna Trump meletakkan para pemerintah Jordan dan Mesir dalam lingkungan yang memalukan, terutamanya kerana mereka sebelum ini menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan pemindahan ini?”
Trump tidak pernah peduli tentang mereka, sama ada mereka tercekik atau tidak, lebih-lebih lagi kerana dia sebelum ini telah membuat kenyataan yang lebih jelas berbanding kenyataan ini, yang mana sebelum ini dia mengatakan: “Apabila anda melihat peta, peta Timur Tengah, ‘Israel’ adalah tempat yang kecil berbanding dengan daratan gergasi ini. Saya sebenarnya berkata: ‘Adakah ada cara untuk mendapatkan lebih banyak?’” (Sky News 19/8/2024).
Kenyataan awalnya adalah mengenai perluasan entiti, manakala kenyataan seterusnya ialah mengenai salah satu cara untuk mengembangkan entiti. Dan nampaknya Trump mahu menyediakan suasana kepada para ejen pemerintah untuk meneruskan pemindahan paksa ini yang sebelumnya ditolak oleh mereka, terutamanya di Mesir dan Jordan.
Dalam erti kata lain, ia adalah satu proses “testing the waters” – menguji untuk melihat sama ada para pemerintah ini boleh menekan rakyat untuk melaksanakan kenyataan Trump dan memindahkan mereka dari tanah air mereka, mengosongkannya dan mengilhakkannya kepada orang Yahudi, atau menangguhkan hal ini ke masa lain yang Trump fikirkan wajar seandainya rakyat menentang kedua-dua rejim, serta menghalang mereka daripada merealisasikan langkah itu, yang merupakan tindakan pengkhianatan kepada Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman.
9- Kita sedar bahawa para penguasa di negara-negara Islam khususnya di sekitar Palestin tidak malu kepada Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman, serta melaksanakan perintah Trump adalah salah satu keutamaan mereka. Ini jelas daripada tindakan mereka berebut-rebut untuk mengucapkan tahniah kepada Trump atas kemenangannya dalam pilihan raya dan jawatan presiden Amerika Syarikat, walaupun dia terang-terangan tidak menyembunyikan kesetiaannya kepada Yahudi dan permusuhannya terhadap Islam serta umat Islam. Sekalipun demikian, para penguasa ini tetap bersaing untuk mengucapkan tahniah kepadanya:
a- RT – Arab World News – 6/11/2024, diterbitkan: Memetik agensi berita Saudi SPA, raja Arab Saudi mengucapkan tahniah kepada Trump yang memuji “hubungan sejarah yang hampir kecil perbezaannya di antara kedua-dua negara dan rakyat yang bersahabat, yang mana semua orang berusaha untuk mengukuhkan dan berkembang dalam semua bidang.”
Ia juga menyiarkan ucapan tahniah presiden Turki melalui platform X: “Saya mengucapkan tahniah kepada rakan saya Donald Trump yang memenangi pilihan raya presiden…kami berharap hubungan Turki-AS akan diperkukuh.”
b- Al Jazeera menerbitkan pada 6/11/2024 ucapan tahniah daripada Presiden Mesir: “Saya mengucapkan tahniah kepada Presiden-terpilih AS, Donald J. Trump…dan untuk memupuk perkongsian strategik antara Mesir dan A.S. serta rakyat mereka. … memajukan kepentingan bersama kedua-dua negara yang bersahabat.”
Dan daripada Raja Jordan, “Tahniah diucapkan kepada Presiden Donald Trump kerana memenangi pilihan raya presiden AS. Tidak sabar untuk bekerjasama dengan anda sekali lagi demi meningkatkan kerjasama lama Jordan dengan Amerika Syarikat…”
Juga daripada Perdana Menteri Pakistan di laman X, “Tahniah kepada Presiden-terpilih Donald Trump atas kemenangan bersejarahnya untuk penggal kedua! Saya berharap dapat bekerjasama rapat dengan Pentadbiran yang akan datang untuk mengukuhkan dan meluaskan lagi perkongsian Pakistan-A.S..”
c- Malah Ahmad al-Sharaa, ketua pentadbiran baharu di Syria, mengikuti jalan yang sama dan disiarkan di Facebook pada 20/1/2025: “Bagi pihak kepimpinan dan rakyat Republik Arab Syria, saya mengucapkan tahniah kepada Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat.” Beliau berkata, “Kami yakin beliau adalah pemimpin yang membawa keamanan ke Timur Tengah dan memulihkan kestabilan di rantau ini.”
Ini adalah penguasa negeri-negeri umat Islam. Semoga Allah menghukum mereka, bagaimana mereka melakukan tipu daya.
10- Walau bagaimanapun, kami juga menyedari bahawa umat Rasulullah (saw) dengan orang-orang yang jujur dan ikhlas, akan menjadikan kenyataan Trump dan pengikutnya dari kalangan para penguasa tersebut, sebagai zarah-zarah debu yang berterbangan. Kepatuhan penduduk Palestin, bumi bertuah, adalah fakta yang terkenal di negeri mereka. Sesiapa yang menyaksikan ribuan di antara mereka berjalan dengan kaki mereka sendiri, -dalam keadaan cuaca yang sukar, serta keadaan geografi yang lebih mencabar, – bergegas pulang ke rumah-rumah mereka. Walaupun mereka tahu ia telah dihancurkan oleh serangan kejam orang Yahudi, namun bagi mereka, mencapai/tiba di sana (rumah-rumah mereka) adalah suatu kemenangan yang besar. Sesiapa yang telah menyaksikan semua itu dan merenungnya secara mendalam akan menyedari bahawa kenyataan Trump dan rancangannya untuk mengosongkan Palestin daripada rakyatnya, walaupun dengan berbagai rencana tambahan dari para penguasa Ruwaibidhah-nya yang setia, namu semua itu akan menjadi bumerang bagi mereka:
(وَقَدْ مَكَرُوا مَكْرَهُمْ وَعِنْدَ اللهِ مَكْرُهُمْ وَإِنْ كَانَ مَكْرُهُمْ لِتَزُولَ مِنْهُ الْجِبَالُ)
“Dan sesungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka (untuk menentang Islam), sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walau rancangan jahat mereka itu, dapat melenyapkan gunung-ganang sekalipun.” (TMQ Ibrahim [14]:46)
Seterusnya, Tanah Berkah ini akan kembali kepada penduduknya, menjadi kediaman bagi Islam. Semua penguasa Ruwaibidhah ini akan lenyap, dan negara Islam Khilafah Rasyidah (Khilafah di atas petunjuk yang benar), akan kembali, insya Allah. Memerangi Yahudi dan menghapuskan pendudukan mereka, ia akan berlaku, insya Allah.
Sadiq al-Musadaq (Yang Benar, Yang Dipercayai) (saw) berkata dalam Musnad Ahmad dari Hudzaifah: ثُمَّ تَكُونُ خِلَافَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ “Kemudian akan ada Khilafah di atas manhaj kenabian…”
Imam Al-Bukhari juga meriwayatkan dari Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhu, dia berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: «تُقَاتِلُكُمْ الْيَهُودُ فَتُسَلَّطُونَ عَلَيْهِمْ…» “ Orang-orang Yahudi akan memerangi kamu, dan kamu akan mengalahkan mereka”.
Imam Muslim juga meriwayatkannya dengan sabda Ibn Umar, dari Nabi (saw) yang bersabda: « فَلَتَقْتُلُنَّهُمْ الْيَهُودَ لَتُقَاتِلُنَّ…» “Kamu akan memerangi orang Yahudi dan membunuh mereka…” Kemudian bumi bersinar dengan kemenangan Allah, Al-Qawi Al-Aziz.
11- Tetapi seperti yang telah kami katakan sebelum ini, dan kami mengulanginya dalam kesimpulan ini:
Namun, hukum Allah menetapkan bahawa Dia tidak menurunkan malaikat dari langit untuk menegakkan bagi kita Khilafah untuk memerangi musuh kita tatkala kita duduk-duduk sahaja. Sebaliknya, Allah menurunkan malaikat-malaikat-Nya sebagai bala bantuan dan berita gembira tentang Nusrah-Nya (kemenangan) kepada orang-orang yang beriman kepada Tuhan mereka dan Dia tambahkan bagi mereka petunjuk, pasukan bagi umat Islam, kesabaran dalam peperangan, yang dilindungi oleh pemimpinnya (khalifah) dan mereka akan memerangi musuh mereka di belakangnya: (بَلَى إِنْ تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا وَيَأْتُوكُمْ مِنْ فَوْرِهِمْ هَذَا يُمْدِدْكُمْ رَبُّكُمْ بِخَمْسَةِ آلَافٍ مِنَ الْمَلَائِكَةِ مُسَوِّمِينَ) “Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertakwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing. (TMQ Ali Imran [ 3]:125).
Kemudian kita pasti akan termasuk orang-orang yang berhak menerima khabar gembira.
(نَصْرٌ مِنَ اللهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ) “…pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.” (TMQ As-Saff [61]:13)
—
Pada 28 Rejab 1446H 28 Januari 2025M
Amir Hizb ut-Tahrir
Sumber: https://www.facebook.com/mediaoffice032025/posts/122108294282719924
|