MULTI-TASKING DAN SKALA KEUTAMAAN
Oleh : Ustazah Yanti Tanjung
Sudah kudratnya wanita tidak boleh terlepas dari peranan ibu dan pengurus rumah tangga, sekaligus tidak akan pernah lepas dari rutin mengasuh anak, mendidik mereka dan mengerjakan seluruh urusan rumah tangga. Namun seringkali semangat untuk menjalani semua itu padam dan tertatih-tatih menjalaninya di tengah harapan masa depan anak-anak kelak gemilang.
Kerana semangat itu muncul bukan dari tersedianya material melimpah tapi lebih dari terjaganya suasana keimanan dalam jiwa, suasana meraih redha Allah yang terjaga.
Peranan ummun wa rabbatul bait itu adalah peranan utama, bukan peranan sampingan, sehingga kesibukan ibu sepanjang hidupnya mengurusi anak, memasak, mencuci, membersihkan rumah, merapikan pakaian dan sejumlah besar pekerjaan lainnya tidak akan berhenti hingga kematian menghentikannya.
Wajar bila Allah dan Rasulnya memberikan syurga bagi setiap apapun yang dijamah oleh ibu di dalam rumah tangganya. Adalah anak-anak sangat memerlukan sentuhan ibu dalam mengelolanya, di tengah sibuknya pekerjaan rumah tangga anak berada di tengah-tengah aktiviti tersebut.
Janganlah kesibukan urusan rumah tangga ini mengabaikan pengasuhan yang benar dan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak. Seringkali para ibu disibukkan dengan memasak, mencuci, dan sebagainya, sementara anak- anaknya tidak dikelola.
Oleh kerana itu perlu berfikir benar, berfikir serius, berfikir cepat, berfikir sistematik dan berfikir rawak dalam mengelola rumah tangga dan anak. Sedari awal pagi semua aktiviti dimulakan, seorang ibu perlu melakukan banyak perkara untuk menyelesaikan semua urusan sesuai target. Sebelum subuh sudah bangun, solat subuh berjemaah, setelah subuh anak-anak dihantar tahfiz dan belajar, berikutnya mandi, sementara sarapan sudah tersedia di meja kerana ayah dan anak-anak sedia untuk berangkat, ayah kerja manakala anak-anak ke sekolah, sisi lain anak yang masih kecil masih perlu diuruskan di rumah.
Berikutnya bagaimana dengan cucian, menyeterika pakaian dan agenda dakwah hari itu? Tentunya memerlukan multi-tasking yang selalu siap sedia dalam fikiran, waktu dan tenaga.
Berikutnya juga diperlukan skala keutamaan amal dimana sangat memerlukan ilmu dan tsaqafah untuk mengambil keputusan mana yang perlu didahulukan mana yang boleh ditunda. Tentunya pagi-pagi tidak memungkinkan untuk memasak rendang buat sarapan, atau buka laptop untuk menulis naskah untuk media. Perlu ada pencermatan dan mengatur aktiviti-aktiviti yang hendak dilakukan. Kewajipan tentu lebih utama, berikutnya perkara yang sunnah, selanjutnya perkara yang mubah. Hampir-hampir ibu sukar kesempatan melakukan perkara yang mubah, seperti menonton TV misalnya, atau sekadar rekreasi kerana banyaknya yang perlu dilakukan dan itu berulang setiap harinya.
Multi-tasking itu sebahagian dari kepiawaian dan kepakaran ibu, sementara skala keutamaan adalah kemampuan ibu dalam mengatur dan mengurus amal sesuai syariah.