[Soal-Jawab Seputar Gerakan Islam] Target dan Metode Dakwah Harakah Islamiah (Bahagian 4/5)
Jika tujuan tercapai, penguasa yang berpengaruh di dalam masyarakat akan menyerahkan kekuasaannya kepada umat, yakni apabila mereka melihat bahawa majoriti mendukung tegaknya daulah Islam. Akan tetapi sikap penguasa tersebut tidak mungkin terjadi, kecuali setelah dikerahkannya kekuatan senjata/militer untuk melawan rakyatnya.
Kemudian militer gagal dalam mengatasi keadaan atau malah bergabung dengan rakyat, maka barulah kelompok dakwah tadi dapat melaksanakan apa yang telah digariskan sebelumnya tentang peraturan Daulah Islam, panji-panji Islam “Laa ilaaha illallah Muhammad Rasulullah” dapat ditegakkan, dan kemuliaan kaum muslim dapat dicapai.
Adapun kelompok dakwah yang arahnya terhad kepada perbaikan terhadap peribadi sendiri untuk menyucikan dan menyelamatkan dirinya, maka sebahagian daripada mereka walaupun berdakwah di tengah masyarakat, tetapi dakwahnya hanya bersifat ajakan kepada masyarakat untuk kembali kepada Allah tanpa menentukan caranya.
Mereka mengatakan bahawa yang penting kembali kepada Allah dan hidup sebagaimana para sahabat Rasulullah SAW hidup. Adapun masalah perubahan masyarakat dan negara, itu adalah pemberian dari Allah SWT sehingga kaum muslim tidak perlu menjangkakan perubahan tersebut.
Berikut ini kesimpulan dari bentuk aktiviti ketiga macam kelompok di atas:
Pertama, bahawasanya titik sentral aktiviti kelompok yang pertama dan yang ketiga adalah individu. Mereka membatasi geraknya dengan hal-hal yang berkaitan dengan individu. Hal ini menunjukkan bahawa tujuan kelompok dakwah seperti ini hanyalah berusaha memperbaiki tingkah laku individu saja, serta mengembangkan wawasan anggotanya dengan tsaqafah (kebudayaan) Islam yang berkaitan dengan individu.
Adapun bahagian tsaqafah Islam yang berkaitan dengan masyarakat dan menjadi dasar bagi suatu negara, serta yang berhubungan dengan bentuk-bentuk interaksi antara individu-individu rakyat, ini dianggap bukanlah suatu hal yang patut mendapat parhatian. Sebabnya, hal tersebut tidak berkaitan dengan individu dan tidak berpengaruh terhadap baik dan buruknya akhlak (budi pekerti) individu. Tentu saja apa yang mereka lakukan adalah suatu kekeliruan.
Mari kita ambil suatu masyarakat yang terdiri atas 10 juta penduduk untuk dijadikan contoh. Apabila di tengah masyarakat tersebut terdapat suatu gerakan Islam atau suatu perti politik yang menjadikan perbaikan individu sebagai langkah awal untuk memperbaiki masyarakat secara keseluruhan, pastilah kelompok dakwah ini akan memulai usaha perbaikan total dari individu-individu tertentu. Ini dilakukan sampai terdapat sejumlah orang yang berkeyakinan tentang wajibnya mengadakan perbaikan di dalam masyarakat. Jumlah mereka makin hari makin bertambah terus hingga mencapai ratusan orang.
Kemudian aktiviti mereka dilanjutkan dengan memperbaiki individu masyarakat lainnya secara terus-menerus sehingga berhasil mengubah ribuan orang, walaupun jumlah tersebut tidak seluruhnya menjadi bahagian dari gerakan Islam tersebut (sebahagian hanya sebagai pendukung). Tentu saja kelompok dakwah atau pun perti politik Islam seperti ini akan merancang program pembinaan dengan kadar yang intensif. Namun titik perhatiannya adalah perbaikan individu, baik aspek-aspek akidah, ibadah, akhlak, dan muamalah, termasuk juga mempersiapkan program latihan kepemimpinan sesuai dengan strategi dakwah yang telah digariskan oleh pimpinan gerakan.
Apabila jumlah orang yang behasil diperbaiki telah mencapai misalnya 6 juta orang, ditambah 2 juta orang yang telah menjadi anggota, bererti daripada jumlah masyarakat yang 10 juta itu tinggal bakinya yang 2 juta belum diperbaiki. Apakah dengan keadaan seperti ini masyarakat dapat berubah secara automatik jika pemerintahannya masih menganut sistem yang tidak islami?
Ditambah pula perlembagaan (undang-undang dasar) negaranya bersifat sekular dan sistem ekonominya masih berlandaskan kapitalis Barat, serta peraturan kehakimannya masih menjadikan undang-undang Barat sebagai sumber setiap perkara peradilan. Jadi, siapa yang akan mengubahnya? Sebabnya, masalah sistem dalam hal ini telah dipisahkan (oleh kelompok dakwah ini) dari unsur individu.
Kemudian apabila tahapan ini telah dicapai oleh suatu gerakan misalnya, maka langkah yang kedua adalah merealisasikan hukum-hukum Islam yang berkaitan dengan masyarakat dan negara. Walaupun semua hukum tersebut boleh dicari dalam kitab-kitab fikih yang memperkaya khazanah Islam, tetapi kelak akan timbul pertanyaan, siapa yang akan menggalinya?
Sesungguhnya masalah ini tidak termasuk urusan individu dan tidak ada kaitannya dengan perbaikan individu. Sebabnya, individu-individu yang telah diperbaiki tidak pernah dididik tentang hukum-hukum yang menyangkut urusan-urusan kenegaraan dan hubungan antarabangsa. Oleh kerana itu, siapa yang akan mempersiapkan dan menerapkannya?
Mereka, para pengikut kelompok ini, sama sekali belum pernah mendapatkan gambaran mengenai sistem Islam. Oleh kerana itu, walaupun peratusan perbaikan individu itu mencapai 100% di kalangan masyarakat, tetapi jika hal-hal yang membentuk masyarakat tidak diperhatikan, kerosakan masyarakat akan tetap ada.
Ini kerana yang menjadi penyebabnya adalah kerosakan sistem/peraturan masyarakat, padahal hal ini tidak ada kaitannya dengan individu. Oleh kerana itu, metode dakwah semacam ini tidak akan mampu memperbaiki masyarakat dan hanya sebatas memperbaiki individu belaka.
Kedua, kelompok yang memperhatikan perbaikan masyarakat. Kelompok ini bergerak sesuai dengan keadaan dan perkembangan. Mereka meyakini bahawa kerosakan masyarakat disebabkan oleh rosaknya pemikiran umat, serta rosaknya sistem pemerintahan yang pada gilirannya mempengaruhi kehidupan masyarakat ke arah yang tidak islami.
Oleh kerana itu, sistemnya yang perlu diperbaiki setelah sebelumnya aqliyah dan nafsiyah umat diperbaiki dan dirawati. Tujuannya tidak lain adalah mengubah sistem pemerintahan yang biasanya memengaruhi aqliyah dan nafsiyah umat sehingga masyarakat dapat berubah secara menyeluruh.
Sumber: Abdurrahman Muhammad Khalid, Soal-Jawab Seputar Gerakan Islam.