Nasihat Aktivis Muslim: PM Malaysia Jangan Akui Entiti Yahudi Zionis
Oleh: Syamsiyah Jamil
Jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia, Ustaz Abdul Hakim Othman menasihati Perdana Menteri (PM) Malaysia supaya bertaubat, kerana secara tidak langsung mengakui keberadaan entiti Yahudi Zionis di tanah kaum Muslim dan menyeru supaya mengambil tindakan yang benar.
“Wahai Perdana Menteri, sesungguhnya kami tidak terkejut dengan pendirian anda, bahawa entiti Yahudi berhak wujud kerana anda menyokong penyelesaian dua negara yang diatur Amerika, sebuah penyelesaian yang mengakui keberadaan entiti Yahudi di tanah Palestin”, ujarnya dalam Kenyataan Media di akaun rasmi TikTok Jurucakap HTM bertajuk: Entiti Yahudi Berhak Wujud dan Mempertahankan Dirinya?, Khamis (21/11/2024).
Lanjutnya, pendirian tersebut secara jelas dan nyata merupakan sebuah pengkhianatan kepada Palestin kerana telah memberikan hak kepada entiti Yahudi Zionis untuk menduduki tanah umat Islam.
Ustaz Hakim memberikan soalan retorik, “Adakah si penjajah berhak mempertahankan diri mereka daripada serangan orang yang dijajah ketika orang yang dijajah melawan untuk menghalau mereka dari tanah jajahan?”
“Jika Perdana Menteri Malaysia mengakui penjajahan Israel terhadap tanah Palestin, maka beliau mesti turut mengakui penjajahan Belanda, Jepun, dan British terhadap tanah Melayu dan mengakui hak semua penjajah ini untuk mempertahankan diri daripada serangan orang Melayu yang berjuang menghalau mereka,” ujarnya.
Ia mengatakan, PM Malaysia telah masuk ke dalam perangkap musuh kerana ungkapan “Israel berhak mempertahankan diri” adalah slogan dan propaganda Yahudi Zionis yang didukung oleh Amerika dan sekutu-sekutunya untuk menunjukkan mereka tidak bersalah apabila membantai umat Islam dan menghancurkan Gaza.
“Keberadaan entiti Yahudi adalah haram di sisi Islam, kerana ia berdiri di atas tanah rampasan milik umat Islam,” tegas mantan peguam tersebut.
“Penyelesaian dua negara yang diterima dari Amerika juga haram di sisi Islam, kerana mengakui keberadaan Israel di atas tanah milik umat Islam. Ia juga haram untuk menyerahkan walau sejengkal tanah Palestin kepada musuh Islam,” tegasnya.
Satu-satunya tindakan yang wajib diambil ke atas Yahudi adalah perang, lanjutnya, kerana mereka adalah kaum kafir, iaitu kaum yang sedang berperang dengan umat Islam.
“Sebagai seorang Perdana Menteri, kewajipan anda dan rakan-rakan sejawat yang Muslim di seluruh dunia ialah menggerakkan tentera untuk menghapuskan entiti haram dan penjenayah tersebut. Bukan malah mengakui keberadaan atau hak mereka untuk mempertahankan diri, apatah lagi menjadi ‘iron dome’ mereka,” tutupnya.
Sumber: https://vt.tiktok.com/ZS6tYK4VU/