AKSES MAKANAN BERNUTRIEN TERHALANG KERANA MASALAH PENGAGIHAN
Penulis : Rahmah
Sejarawan Salman Iskandar mengatakan bahawa akses pada makanan bernutrien kepada masyarakat terhalang kerana pengagihan sumber yang diswastakan. “Akses makanan bernutrien, keperluan asas, atau keterjaminan makanan tidak dapat dirasakan oleh kaum Muslim pada hari ini, kerana pengagihan sumber semuanya diswastakan,” ujarnya dalam saluran YouTube Peradaban Islam ID dengan tajuk Cara Jitu Khilafah Menjamin Gizi Rakyatnya, Sabtu (11/01/2025).
Menurutnya, kekayaan (sumber) hanya beredar di tangan pihak tertentu, sehingga masyarakat tidak dapat mengakses keperluan asas mereka dengan baik. “Harta itu hanya berputar di sebahagian pihak dan ramai di antara umat yang kemudian tidak dapat mengakses dengan baik keperluan asas mereka,” katanya.
Beliau menyatakan, perlu ada tindakan pihak berkuasa untuk memberi jaminan pada rakyat berdasarkan syariat Islam agar pengagihan sumber sekaligus akses terhadap keperluan asas itu sepenuhnya disediakan oleh negara. “Apa yang selayaknya diterapkan oleh pihak berkuasa untuk memberi jaminan kepada warganya agar dapat mengakses makan bernutrien, keterjaminan makanan, atau keperluan dan sebagainya, maka setiap tindakan negara mestilah diterapkan dengan syariat Islam,” jelasnya.
Beliau menerangkan lagi, akses kepada keperluan asas berupa makanan dan minuman secara percuma berlaku ketika era Khilafah Uthmani. “Rumah tepung atau restoran yang disediakan oleh negara dapat diakses secara percuma oleh para musafirin, at-thalibun (pelajar), muhaditsin (ahli hadis). Jika memerlukan wang, ada jaminan dirham dinar melalui dapur-dapur yang ada, selain makanan, minuman, dan bermukim beberapa waktu kerana menempuh perjalanan yang jauh,” ujarnya.
Dia menyatakan bahawa Sultan Uthmani ke-8 digelar Bayezid al-Adli (seorang yang adil). “Disebut dan digelar Al-Adli kerana beliau menegakkan keadilan tanpa kecuali ketika meluaskan wilayah Uthmani ke wilayah Semenanjung Balkan, Eropah Kristian, dan Eropah Timur,” jelasnya.
Dikatakan, Sultan Bayezid Al-Adli mendapati ramai penduduk Kristian yang merupakan golongan kurang upaya dan yang terkena penyakit mental, telah dibunuh kerana dianggap tidak memberi sebarang sumbangan kepada masyarakat dan negara. “Orang-orang Eropah Timur ketika itu beranggapan, sesiapa yang tidak memiliki sebarang sumbangan bagi negara, umat, dan masyarakat seperti golongan kurang upaya; yang terkena gangguan mental; bahkan gangguan jiwa, mereka ini tidak memiliki manfaat bagi umat dan masyarakat. Maka mereka telah disembelih, dibunuh dan dibuang oleh orang-orang Kristian dan Eropah di Semenanjung Balkan,” ungkapnya.
Menyikapi hal tersebut, Sultan Beyazid II telah membuktikan keadilan Islam dengan mendirikan Darul Syifa yang menghimpun dan merawat golongan yang tidak bernasib baik ini. Semuanya dihimpun dan diambil untuk menjadi pesakit di Darul Syifa dan itu diterapkan di seluruh wilayah Uthmani,” ujarnya.
Maka menurutnya, keadilan Islam adalah sebagai rahmat kerana penguasa yang adil akan memberi jaminan keadilan bagi pemenuhan keperluan asas rakyatnya. “Konsep keadilan Islam adalah sebagai rahmat bagi semesta dan keselamatan bagi sekalian alam yang diberlakukan oleh penguasa yang adil dalam memberi jaminan keadilan untuk memenuhi keperluan asas,” akhirinya.