Teori Kuda Mati
Oleh: Ustaz Yan S Prasetiadi
نظرية الحصان الميت هي استعارة ساخرة توضح بأن هناك بعض الناس أو المؤسسات أو الشعوب تتعامل مع مشكلة واضحة وكانّها غير مفهومة، لكن بدل الاعتراف بالحقيقة، يتعامون ويتفننون في تبريرها والفكرة ببساطة:
Teori Kuda Mati merupakan metafora satire (makhluk) yang menggambarkan bagaimana beberapa orang, lembaga, atau bahkan suatu bangsa menghadapi masalah yang sudah jelas, tetapi mereka justeru bersikap seolah-olah masalah itu tidak ada atau tidak difahami. Alih-alih mengakui kenyataan, mereka justeru mengabaikannya dan berusaha mencari pembenaran. Inti dari teori ini mudah:
لو اكتشفت بأنك راكباً على حصان ميت، فإن أفضل حل وأبسطه هو أن تنزل من فوقه وتتركه
Jika anda sedar bahawa anda sedang menunggang kuda yang sudah mati, solusi terbaik dan paling mudah adalah turun dari kuda itu dan meninggalkannya.
ولكن الواقع فعليًا: أنَّ هناك أناس أو مؤسسات أو شعوب بدلاً من أن تنزل من على الحصان، يتخذون اجراءات اخرى مثل:
Namun, realitinya, banyak orang, organisasi, atau bangsa yang justeru mengambil langkah-langkah lain yang tidak masuk akal, seperti:
- يأتون بسرج جديد.
- Membeli pelana baru untuk kuda mati tersebut.
- يأتون بالعلف للحصان.
- Memberi makan kuda mati tersebut.
- يغيرون الفارس الذي يركبه.
- Mengganti penunggangnya dengan orang lain.
- يعزلون الموظف الذي يتولى رعايته ويأتون بموظف جديد بدلاً عنه.
- Memecat orang yang bertanggung jawab merawat kuda dan menggantinya dengan orang baru.
- يعقدون اجتماعات لمناقشة اجراءات لزيادة سرعة الحصان.
- Mengadakan pertemuan untuk membahas strategi meningkatkan kecepatan kuda.
- تشكيل لجان وفرق عمل لدراسة الحصان الميت وتحليل الموضوع من كل الجوانب، فاللجنة تعمل لأشهر ثم ترفع التقارير ومقترحات حلول للحصان ميت.
- Membentuk kumpulan dan unit khas untuk meneliti kuda mati tersebut dari berbagai aspek. Mereka bekerja berbulan-bulan, menyusun laporan, dan akhirnya mengusulkan keputusan dan memberi cadangan terkait kuda mati itu.
- في النهاية، اللجان تتوصل لنفس النتيجة، المعروفة من البداية “الحصان ميت”.
- Setelah sekian lama, akhirnya unit khas tersebut mencapai kesimpulan yang telah pun diketahui sejak dari awal: “Kuda ini memang telah mati.”
- ولكن مع ضياع كل الجهد والموارد والوقت، يكابرون في قول الحقيقة، ومن أجل التبرير يقارنون الحصان بأحصن ميتة مثله ويوصون بأن الحصان ميت لأنه ينقصه التدريب، ويحتاج إلى دورة تدريبية.
- Namun, disebabkan sudah banyak tenaga, waktu, dan sumber daya yang terbuang, mereka tetap enggan mengakui kebenaran. Bagi mencari pembenaran, mereka mula membandingkan kuda mereka dengan kuda mati yang lain dan menyatakan bahawa kuda ini sebenarnya tidak mati, hanya kurang latihan dan perlu pelatihan khusus.
- وهذه الدورة تتطلب زيادة ميزانية الحصان.
- Lalu, mereka mengajukan anggaran (bajet) tambahan untuk “melatih” kuda mati tersebut.
- وفي الأخير يعيدون تعريف كلمة “ميت” لكي يقنعوا أنفسهم بأن الحصان ما زال حيا.
- Pada akhirnya, mereka mengubah definisi kata “mati” agar dapat meyakinkan diri sendiri bahawa kuda itu masih hidup.
الدرس المستفاد من هذه النظرية يكشف كم يوجد هناك من أناس تفضل البقاء في حالة إنكار للواقع وتضيّع وقتها وجهدها في محاولات فاشلة، بدل من الاعتراف بالمشكلة من البداية ومعالجتها.
Pelajaran dari teori ini menggambarkan bagaimana banyak orang lebih memilih hidup dalam penafian, membuang waktu dan tenaga dalam usaha yang sia-sia, daripada menerima kenyataan dan segera mencari solusi yang tepat sejak awal.