Tiga Sebab Kenapa Perlu Peduli Gaza
Oleh: Hidayah Muhammad
Jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia Ustaz Abdul Hakim Othman mengatakan, ada tiga sebab mengapa perlu peduli kepada Gaza.
“Kita menyuarakan bantahan kita, menyuarakan protes kita ini kerana kita perlu peduli Gaza. Dan ada tiga sebab kenapa kita perlu peduli kepada Gaza,” ujarnya dalam Demonstrasi Aman dan Penyerahan Memo Bantahan Di Kedutaan Amerika Syarikat, Isu Pengusiran Penduduk Gaza, Jumaat (28/2/25).
Pertama, kenapa perlu peduli kepada Gaza, kerana Gaza berada dalam wilayah Palestin, yang merupakan sebahagian daripada Palestin, yang merupakan bumi umat Islam, yang merupakan bumi yang Allah SWT berkahi. Gaza dengan kata lain terkait dengan akidah umat Islam.
“Gaza tidak boleh dipisahkan dari akidah kita, Gaza sebahagian daripada Palestin, di situ ada Masjidil al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam. Gaza yang merupakan sebahagian Palestin itu merupakan bumi Isra Mikraj Rasulullah SAW. Kita menyakini itu kerana ia merupakan sebahagian daripada akidah kita,” ungkapnya.
Kedua, kenapa perlu peduli kepada Gaza, kerana orang-orang yang berada di Gaza itu merupakan saudara-saudara kita.
“Mereka saudara seakidah dengan kita, saudara-saudara kita yang wajib kita bela. Mereka sedang ditindas, mereka sedang dizalimi, mereka sedang dibunuh habis-habisan. Mereka adalah saudara kita, maka kita kena ambil peduli,” tegasnya.
Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang bangun di pagi hari, tetapi tidak peduli nasib umat Islam. Maka mereka bukan sebahagian dari umat Islam”.
Ketiga, kenapa umat Islam peduli kepada Gaza, kerana Gaza merupakan sebahagian Palestin dan itu tanah umat Islam.
“Itu tanah kita semua, bukan tanah orang-orang Gaza saja, bukan tanah orang-orang Palestin saja, bukan tanah orang-orang Arab saja, tapi merupakan tanah untuk kita semua. Apabila Trump mengatakan ingin mengambil alih Gaza, Gaza merupakan tanah kita, yang wajib kita peduli, wajib kita pertahankan,” jelasnya.
Beliau menyimpulkan, perlu ada satu solusi untuk masalah Gaza. Solusi yang bila diambil boleh menyelesaikan selama-lamanya. “Kita mahukan solusi untuk masalah Gaza, tapi apakah solusi itu? Khilafah! Ini solusi yang kita mahukan,” simpulnya.
Sumber: https://www.facebook.com/share/v/151pMGWjut/