Pemimpin Itu Bertanggungjawab Di Dunia Dan Diaudit di Akhirat
Oleh: Rahmah
Aktivis Muslimah Indonesia, Ustazah Iffah Ainur Rochmah menyatakan bahawa pemimpin akan bertanggungjawab bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat. “Dalam Islam, pemimpin itu identik dengan pertanggungjawaban. Bertanggungjawab di dunia dan akan diaudit di akhirat” ujarnya dalam saluran YouTube Blusukan dengan tajuk Pemimpin Mencintai dan Dicintai Rakyat, Rabu (18/12/2024).
Menurutnya, seorang Muslim memahami pemimpin sebagai seorang yang taat pada perintah Allah dan akan dipertanggungjawabkan.
“Seorang pemimpin itu tidak lepas daripada pemahamannya dan kesedarannya untuk taat kepada Allah SWT dan akan diminta pertanggungjawaban sebagaimana hadis, ‘Seorang imam (pemimpin) adalah ra’in (pengembala) yang dia bertanggungjawab atas gembalaannya (rakyatnya),” kutipnya daripada hadis riwayat Imam Bukhari.
Beliau mengatakan, dalam sistem hari ini, hubungan antara pemimpin dan rakyatnya dilihat sebagai sebuah kontrak sosial, di mana rakyat sepakat memilih pemimpin dan pemimpin itu bersedia memimpin kerana adanya kontrak tersebut.
Kontrak Sosial
“Dalam pandangan sistem hari ini, kita mengatakan pemimpin itu seperti kontrak sosial sahaja. Hubungan antara pemimpin dan rakyatnya adalah kontrak sosial. Rakyat sepakat memilih seorang pemimpin dan pemimpin itu mahu memimpin rakyatnya kerana ada kontraknya,” katanya.
Beliau menambahkan, kontrak sosial merupakan teori politik sekular yang menyatakan bahawa hubungan pemerintah dan rakyat adalah berdasarkan kesepakatan bersama.
“Ketika pemimpin negara hanya memimpin berdasarkan kontrak sosial, ia seperti teori politik sekular. Seperti kontrak biasa, di mana kesepakatan nilai kontrak menentukan berapa besar layanan atau imbal balik yang diberikan,” jelasnya.
Menurutnya lagi, kontrak sosial menjadikan pertanggungjawaban itu tidak dominan pada pemimpin, tetapi tanggungjawab sesuai kontrak semata namun dianggap benar-benar sudah bertanggungjawab.
“Hanya bertanggungjawab sesuai kontrak, misalnya harus memenuhi apa yang diinginkan oleh rakyat. Contohnya jika rakyat ingin didengar aspirasi, ternyata aspirasinya didengar sahaja bukan dipenuhi,” tuturnya.
Ustazah Iffah melanjutkan penjelasannya, “Kalau penguasa merasa kontraknya dengan rakyat itu ala kadar dengan ketentuan-ketentuan yang rakyat sudah terima, asal ada yang disubsidi, rakyat sudah senang meskipun bukan semuanya. Asal ada yang diberikan bantuan maka seolah ini sudah peduli rakyat,” ujarnya.
Beliau menerangkan bahawa tiada jaminan pemimpin benar-benar dimuhasabah agar berubah dalam sistem sekular.
“Pemimpin dalam kontrak sosial cukuplah dengan adanya sidang umum, mahkamah, seperti mekanisme rutin supaya pemimpin tidak gunakan jalan itu untuk memperkaya diri sendiri, menjalankan kehendaknya sendiri,” ungkapnya.
Beliau menjelaskan bahawa perubahan dalam sistem politik dan pemerintahan perlulah diusahakan bersama dengan memberikan rujukan Islam kepada masyarakat.
“Teruslah memberikan rujukan Islam dalam urusan politik dan pemerintahan dengan kita bercakap terus kepada masyarakat agar mereka memiliki semangat sampai mahu memperjuangkan sistem politik Islam dan membandingkan bagaimana gambaran sistem hari ini dengan sistem Islam,” simpulnya.
Sumber: https://www.youtube.com/live/yZj7qXIwfyA?si=yTE9EO5-zNNnNn6-